Hari ni nak lari tajuk sikit..tetiba je timbul mode kawin...wakakkaa..
Hari ni 29/4/2011 akan tercipta satu dimensi baru perkahwinan di Raja Britain apabila si kacak tu (aduhhh..terpesona kejap) akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kate..Saya ni bukannye follow sangat cite-cite diorang ni..tapi bila berita, newspaper waima majalah pun asyik cite jek..jadi berkenan la pulak nak tumpang sekaki...(mode : menyibuk)..
Kalau tengok dari rupa paras Putera william ni...dia banyak mewarisi kejelitaan ibunya...mendiang Puteri Diana berbanding adiknya yang lebih kepada bapanya.. Sikapnya juga seakan-akan sama (anak omak dio nihhh)...
Pasangannya pulak Catherina Elizabeth Middelton a.k.a "Kate" jelita tapi nampak sedikit matured (berumur)
kalau bergandingan dengan Putera William..apa-apa pun mereka tetap sepadan. Detik-detik percintaan yang terpaut di zaman universiti menyatukan mereka (ooo...cinta monyet rupanya). Walaupun percintaan mereka pernah terputus di tengah jalan tapi tu la kan (kalau dah jodoh tak kemana)..menyatukan mereka kembali dan membawa ke gerbang perkahwinan.
Saya ni bukanlah update sangat pasal fesyen tapi saya suka melihat gaya si Kate ni. Gayanya yang sederhana tetapi menawan itu membuatkan setiap langkahnya akan diperhatikan (masalah dong!!!)..Baju, kasut, tas tangan, fesyen rambut, aksesori semua akan dinilai. dan di komen (sian dia) coz pengaruh mendiang ibu mertuanya..Ape-ape pun dia sangat bertuah kerana berjaya menawan hati Putera William (bukan senang ooooo..)..
Tak sabar nak balik umah nak tengok tv (ade siaran langsung)...chow....
No comments:
Post a Comment