Iklan

Monday, 4 April 2011

"FELDA dulu dan kini.....

Pagi-pagi isnin ni...macam sengal jek kepala otak.."Monday blues" ku telah menyerang...tengah fikir nak story pasal menda ape...Fikir punya fikir "FELDA" yang bermain dalam kepala otak saya..Nak syer la mana yang patut.
Mengikut bapa yang berkhidmat dengan FELDA dan sering berpindah randah menjadikan saya sebahagian daripada warga FELDA. Mewujudkan sebuah tanah rancangan sepertimana hari ini bukanlah perkara mudah. Meneroka hutan belantara (sebab tu dipanggil PENEROKA) untuk dijadikan kawasan penempatan bukanlah suatu perkara yang dianggap mustahil. Berhadapan dengan pelbagai risiko menjadikan mereka alah bisa tegal biasa. Berbekalkan sedikit wang saku yang dibekalkan pihak FELDA tidak mungkin dapat menampung keluarga yang sedang berkembang. Selain wang disediakan juga sebuah rumah kotak dan sebidang tanah. Kalau rajin dapat la rezeki lebih..kalau penyakit malas tu ada duit banyak gunung pun jadi rata...Kemudahan asas seperti elektrik hanya menggunakan generator (kalau tak de minyak ...bergelap le). Sumber air tetap masih belum ada..yang ada hanya sumber galian (telaga) atau sungai yang tak pasti tahap kebersihannya...daif kan!!!...Jauh dari dunia luar (dalam hutan tebal) bagaikan hidup di alam lain. Disebabkan bekalan makanan juga terhad..pelbagai makanan hutan menjadi santapan...tampoi, lemba, udang galah, ikan baung dan cendawan (kalau lepas hujan mesti banyak..tambah-tambah kalau ade petir)..sebab tu pepatah pun ade menyebut "tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan" menjadi sajian saya sewaktu kecil..Pengalaman ini saya perolehi semasa saya menetap di Felda Nitar 1, Mersing Johor.
Yang ni...buah tampoi


Inilah pokok lemba....
Kini setelah sedekat berlalu..saya berpeluang menjejakkan kaki, banyak perubahan dan kemudahan diperolehi. Pada masa kini, para peneroka sudah boleh menarik nafas lega. Kebanyakan anak-anak mereka telah berjaya ke menara gading. Segala penat lelah selama ini telah pun dibayar dengan kejayaan anak masing-masing. Kalau dulu rumah kotak, kini kebanyakan kediaman mereka juga sudah berubah. Memperolehi pendapatan sekitar RM1,500.00 - RM2,000.00 sebulan cukup melegakan. Tu belum kira anak-anak nak bagi...Kalau ada anak 10 orang, setiap sorang bagi RM100..dah jadi RM1,000.00. Pergorbanan selama ini membanting tulang empat kerat telah pun dibayar
Tidak cukup dengan itu, kini mereka juga didedahkan dengan penggunaan teknologi. Setiap daripada mereka memperolehi sebuah "notebook" dan juga modem..atas tiket " satu rumah satu komputer"..walaupun kebanyakan mereka tidak tahu menggunakannya tetapi sedikit sebanyak usaha untuk memodenkan mereka supaya tahu akan perkembangan semasa.
Kini felda telah berubah wajah..dijadikan contoh terbaik sebagai salah satu cabang untuk menghapuskan penduduk miskin tegar. Banyak juga negara luar berminat untuk menjadikan FELDA ada di negara mereka..

No comments:

Post a Comment