Iklan

Monday 18 April 2011

Puding Roti Karamel

Puding roti karamel ni...sedap sangat..saya ubah sikit resepinya supaya menepati citarasa tekak saya yang tidak berapa gemarkan susu (sesetengah jenis sahaja)...

Nampaknya eksperimen saya minggu ni menjadi..tapi disebabkan sikap tak sabar telah membuatkan puding saya pecah (sebab tak cukup keras/sejuk)...By the way...tak sia-sia buat ...anak-anak pun suka...So pada sesiapa yang nak cuba buat ...saya bagi resepi yek...

Bahan-bahan:

Karamel...

1/4 cawan gula pasir
1/4 air panas

cara membuatnya :

- Masak gula tanpa minyak didalam kuali (disyorkan) menggunakan api yang perlahan sehingga cair.
- Padamkan api...tuangkan air panas tadi kedalam gula ...kacau segera agar gula tidak berketul..Masa ini gula cepat mengeras...
- Tapiskan gula yang telah cair kedalam loyang...
- Biarkan ianya sejuk seketika...

Puding....

*3 keping roti (dikoyak dan dibuang kerak-kerak kat tepi tu)
*1 1/4 cawan susu cair
*1/2 cawan air suam
*1/4 susu pekat (boleh tambah kalau nak lebih manis)
*1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (size B).

Cara membuatnya :

- Blend kesemua bahan bertanda * kecuali telur...
- Pecahkan telur dan kacau sehingga telur sebati (jangan kocak macam buat telur dadar tu ye) cukup kekadar menyatukan kuning-kuning telur tu sahaja.
- Campurkan telur kedalam bahan yang diblender tadi dan kacau sebentar.
- Tapiskan kesemua bahan tadi agar hasilnya lebih halus kedalam adunan gula karamel tadi dan masak menggunakan kaedah "steam bath" iaitu meletakkan air didalam bekas yang lebih besar daripada loyang.
- Masak menggunakan suhu 130 darjah celcius lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
- Akhir sekali, sejukkan sebentar agar mudah untuk dikeluarkan..


No comments:

Post a Comment