Iklan

Wednesday 26 December 2012

Makkahtul Mukarramah...

Saat n3 ni ditulis..aku baru 5 hari pulang dari tanah suci Mekah. Masih terasa kesyahduan, keheningan dan macam2 rasa la. Tak leh diluahkan dengan perkataan. Walaupun ini kali kedua aku kesana. Pergila berapa byk kali pun perasaan tu akan tetap sama. Pemergian aku kali ini disambut dengan penuh kedukaan...mana tidaknya baru sehari aku sampai di kota Madinah aku dikejutkan dengan berita pemergian ibu mertuaku. Sayu dan syahdu..apa nak buat bukan rezekiku untuk menatap wajahnya buat kali terakhir..Jika diikutkan hati mahu saja pulang tapi memandangkan tiketnya terlalu mahal selain memikirkan apalah yg aku boleh buat jika aku pulang (takut x sempat) lebih baik aku memanjatkan doa di bumi Allah yang tenang ini.
Yang membuatkan aku bertambah sebak, bila waktu pengebumian dijalankan aku menunaikan solat jumaat di Masjid Nabawi..mungkin memahami kesedihan atau kebetulan imam Masjid Nabawi terpaksa mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak hampir 3 kali...tersedu-sedu..sampikan dia tidak boleh meneruskan pembacaan..terpaksa diulang semula solat..Aku serta rombongan keluarga yang lain apa lagi tersedu-sedua la...

Saturday 15 December 2012

volkswagen memecah tradisi trend kereta


Dulu-dulu volkswagen hanya dikenali dengan model kereta kodoknya iaitu bettle tapi sekarang hampir 20 model dikeluarkan. Antaranya:-
- Golf
- Golf GTi
- Polo
- Polo sedan
- Polo GTi
- Passat
- Passat CC
- Toureg
- Sharan
- Touran
- Jetta
- Bettle.

Kesemua model volkswagen ini telah merubah presepsi masyarakat yang hanya mengetahui volkswagen hanya mengeluarkan kereta kodok...bak kata mak saya.
Menggunakan teknologi canggih dan body kereta yang mantap..volkswagen telah berjaya mendominasi carta pembelian tertinggi untuk 2012. Model yang paling mendapat sambutan adalah "GOLF". Menggunakan kapasiti TSI yang bermaksud "Turbo Suspention Injection" membuatkan model ini mendapat tempat dihati anak muda yang gemarkan rupabentuknya yang comel dan daya pecutan yang stabil.
Link : www.volkswagen.com.my

Ermmm...bila la boleh dapat pakai kereta ni...

Apam polkadot


Wednesday 5 December 2012

Durian crepe

Selepas fenomena cupcake, macaroon,pavlova dan lain-lain sekarang ni timbul durian crepe plak. Disebabkan terlalu banyak permintaan sebab tu sekeajp je jadi popular. First time rasa...errrmm!!! not bad sedap so langkah seterusnya nak cari resepi.

Nasib baiklah seorang kawan ni bermurah hati untuk memberikan resepinya..Alhamdulillah ada lagi orang yang baik kat bumi ni ye..Maklumla zaman sekarang ni mana ada yang free..klu ada pun belum tentu betul.

Maka eksperimen pertama pun bermula, jadi tu memang jadi tapi kulitnya tebal x jadi nipis macam kat kedai tu..so??? dimanakah silapnya dari gaya geleknya kah? dari gaya bancuhannyakah?tak jumpa jawapan. wuawua!!! nangis. Tapi tak putus harapan coz tau rasa tu dah ada cuma skill je belum jumpa. Maksudnya resepi ni boleh diguna pakai..hikhikkkk

Hari ni saya bermurah hati untuk syer resepi durian crepe...sape2 yang dah ada tu kalau nak compare2 untuk menambahbaikan repesi anda apa salahnya. Resepi ni pun saya dah ubah sikit-sikit mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan :-

Bahagian kulit

250gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
25gm butter
sedikit gula
sedikit garam
sedikit santan

Untuk isi

100gm whipping cream - non diary cream (gold label)

Cara membuatnya:-

- Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung ubi
- Pecahkan telur satu persatu - kacau sehingga kuningnya pecah
   Campurkan kedalam tepung
- cairkan butter (campur kedalam bancuhan tepung).
- masukkan gula, garam dan santan
- kacau sehingga sebati
- Jika terdapat ketulan tepung, sebaiknya diblender untuk mendapatkan tekstur yang halus
- Masak seperti buat lempeng.
- Biarkan ianya masak untuk satu bahagian sahaja
- Biarkan crepe tadi sejuk sepenuhnya kerana kalau masih panas dikhuatiri whipping cream akan cair
- Balutkan bersama whipping cream, durian dan whipping cream semula.
- Siap untuk dihidang.

Monday 26 November 2012

Bandung...syurga membeli belah

Dah lama tak update blog... x de cerita yang menarik untuk diupdate so biarkan lah.
Kali ni nk story mory percutian saya n family ke bandung, Indonesia best betul. Biasala sebelum pg sana smpat la survey blog2 yg pernah pegi ke bandung...teruja. penerbangan kesana mengambil masa lbh kurang 2 jam 20minit setibanya di airport bandung, terkejut..punya ciput airport dia..dalam hati secure ke sistem diorg ni..kalau kat malaysia ni secanggih2nya. dh lebih kurang mcm hentian duta je...uissh2x padahal international airpot tu.. sampai je andy (sahabat disana) sudah siap menunggu..x smpat nk posing kat airpot kecik tu coz hujan lebat..kelam kabut. Sampai kat bandung jam 5.45ptg tp gelapnya sama je mcm wktu malaysia.Di Indonesia waktu diorg lewat 1 jam dr Malaysia ...so smpat lagi nk shopping Mmg byk FO kat sini...ade yg local brand n ade juga international brand. wlupn smpi kat sana 6.30ptg tp dh gelap...wlupn letih smangat shopping ttp membara.. kitaorg pg serang kat jln dago untuk permulaan..

Tempat shopping kain..murahhhhh!!!!
Restoran Sunda - cantik decorasinya

Rumah Mode

Airport
Masakan Padang

Masakan Sunda

Friday 8 June 2012

Hantaran Fira & Nizam (26/5/2012)

Berkonsepkan fresh flower..saya adunkan pelbagai jenis bunga so sweet kan..jom layang picture.. sirih junjung.. Ni la dia pengantinnya..so sweet

Tuesday 8 May 2012

Telekung bersulam

Telekung di datangkan dari Indonesia..kualitinya dijamin.. Sesekali sekala inginkan kualiti telekung yang bagus untuk dibawa solat...apa salahnya. Sedangkan alat make-up, kasut, handbang pun sanggup berhabisan.
Material : 100% cotton Sulaman terus ke kain (bukan tampalan)... warna : Purple (pada sulaman)dan soft pink Teknik jahitan : Menggunakan benang dua warna..dan sulaman yang halus
Berminat sila email di nurizbake@gmail.com Stock amatlah terhad...

Monday 27 February 2012

Hantaran pertunangan my "SIL"...25.2.2012

Mood minggu ni x seberapa coZ msh lg dlm mood cuti. maklumla minggu lps cuti pnjang coz adik ipar bertunang.


Inilah dia tuan punya badan..so sweet pink in other word pinky day..
Terasa macam nak kawin balik...pandang ke atas mengimbau kenangan lalu...ahhhh!!! touching nye..

Telah diberi kepercayaan utk menyiapkan 5 dulang hantaran pada awalnya bertemakan bunga segar (fresh flower). Pernah tgk tapi x pernah buat. Kebanyakan hasil kerja saya sebelum ni menggunakan bunga palsu.

Hasil carian saya di google terjumpa la satu blog iaitu www.arma-cotoure.blogspot.com.
melihat hasil tangannya perghhh mmg kelas..Sy jdkn blog tersebut sebagai panduan.Wlaupun sy jdkan panduan x bermaksud saya menciplak hasil kerja beliau bulat2..

hasil kerja seseorng iu pastinya tidak sama bergantung pada kretiviti masing-masing. Tak hairan selebriti spt nurul syuhada nurul ain mendaparkan khidmat beliau. Faham-faham je la kn klu dh melibatkn selebriti maka servisnya juga perlu setanding...Utk sy yg blm ade ape2 nama ni..saat ini utk sy mbina jenama sy sendiri...btl x?..betul...betul...betul upin jawab..heheheh

Kepada manja n ayiem...tahniah diucapkan. Ini merupakakan fasa pertama kehidupan berumahtangga...Kalau jodoh kalian berpanjangan byk lg moment2 indah yg korang akan lalui.

Ok la daripada sy mmbebel pnjang...jom layan gmbar2 ni

Dan klu ade yg berminat untuk medapatkan khidmat saya...sila emailkan seperti yang tertera. (nurizbake@gmail.com)
Saya juga menjadi pembekal bunga-bungaan segar. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan...






Sirih junjung yang tak berapa nak junjung...new style


Bunga belum cukup kembang..Bila dah kembang memang cantik (ayat puji diri sendiri)...

Bunga tangan (Hand bouquet)

Thursday 9 February 2012

Penutupan sementara tempahan cup cake dan birthday kek..

Tempahan untuk kek dan cup cake terpaksa saya tolak sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak..

Harap maaf jika sekiranya..saya terpaksa menolak tempahan dari anda. Kesian memang kesian tetapi saya pun harus kesiankan diri saya juga.

Terima kasih tidak terhingga kepada pelanggan-pelanggan yang setia memberikan komen positif terhadap hasil kerja saya..Akan saya perbaiki lagi mutu, persembahan dan kualiti pada masa akan datang.

Di samping itu juga, kini saya sedang mengikuti kursus menambah baik skill hiasan cup cake. Disebabkan minat saya harus menyelitkan sedikit waktu walaupun dalam keletihan.

Usaha tanggan kejayaan..Allah s.w.t amat menyukai orang yang senantiasa berusaha dan tidak mengenal erti kalah dan jemu..AMIN...

Hantaran Pertunangan...

Tengah mencari-cari idea untuk mengilhamkan hantaran pertunangan adik ipar saya hujung februari ni..

Ilham dah datang coz ade sorang coustemer yang mahukan fresh flower menjadi tema untuk hantaran perkahwinannya dan saya akan mentransformasikan ke hantaran dia. "first come first serve"..heheheh (tak aci)....

Atas permintaan bakal pengantin (ahaksss...yang mahukan hantarannya nampak elegan so saya membayangkan fresh flower)..dah alang-alang (anak perempuan last yang kawin)..mestilah kena glamor (bak katanya...I kan artis)...errrmmm belasah la janji happy..

Nantikan gambar yang akan saya update tak lama lagi..Hopefully akan memuaskan hatinya..

Home made susu kacang soya

Kali ni saya nak syer macam mana nak buat air susu kacang soya..Nampak macam senang kan. tapi kalau tak tau buat..berkemungkinan ke singki la jawapnya.

Walaupun kebanyakan orang tau macam mana nak buat air soya bean ni tapi saya tetap nak kongsi cara membuatnya.
Setiap orang lain caranya kan..so tak salah kalau ilmu tu dikongsi bersama..

RESEPI :-

1). 1 mangkuk kacang soya
2). 2 mangkuk air
3). 2 helai daun pandan
4). Gula sesedap rasa..

Cara membuatnya :-

1. Rendam kacang soya sehingga kembang (ambil masa 5-6 jam utk betul-betul kembang)
2. Pastikan kulit kacang soya tu dibuang (kadang-kadang ade orang blend skali - punca rasa payau).
3. Tapis Kacang soya menggunakan kain (supaya hampasnya tak ikut sekali)
4. Masak bersama daun pandan sehingga buih-buih hilang. (Pastikan ianya sentiasa dikacau, kalau tak hasilnya tak cantik)
5. Bancuh bersama air gula..
6. Siap untuk dihidang..

Ini lah hasilnya...jemput minum...

Tuesday 31 January 2012

Gubahan bunga - Nuriz florist

Sedia menerima tempahan gubahan bunga mengikut citarasa terkini. Selain tu saya juga menerima tempahan membuat hamper (perayaan, kelahiran dan hantaran pertunangan)....

Berminat...boleh la hubungi saya di email  nurizbake@gmail.com.my
Harga...tertakluk kepada kualiti dan kuantiti bunga selain aksesori tambahan (cth : pasu)
F.O.C untuk gubahan.

blogku...

Untuk 2012 ni ...inilah first entry saya. Lama sungguh saya meninggalkan dunia blog coz sekarang ni dah bisness sendiri. Masa yang diperuntukan pun dah kurang. Tempahan kek pun terpaksa ditolak atas sebab masa. Sayang sebenarnya nak stop tapi terpaksa la berkorban dan yang paling utama pelaburan tu dah berhabis beribu tak kan nak lepas cam gitu jek kan. Tapi tak pe mungkin untuk sementara je..(ayat pujuk hati).

Kat umah plak lain cite...dah macam lipas kudung (bedesup katanya). Dengan anak-anak dah mula sekolah, kemas rumah lagi..huhuhu ...daaa nasib.
Alhamdulillah Impian 2011 telah pn terlaksana. Ape impian saya tu??. Of course nk buat bisness sendiri. Cukup-cukup la nak kayakan orang..sendiri pun nak merasa kaya gak (hehehehe)..bisness ape??..haaaa sekarang ni sedang berjinak-jinak dengan pembekalan kerajaan. Biarla penat sikit pun tapi hasilnya berbaloi..tak gitu..

Nanti saya update hobi baru..