Iklan

Friday, 30 September 2011

Vietnam with Love... part 2

Hari ke-2..aku ditemani tour guide yang bernama Mila..glamor si Mila ni..coz penah masuk TV kat Malaysia..untuk rancangan kat ASTRO (bersama fara breep..breep tu) tak tau tajuk.

Destinasi pertama...tempat borong kain..nama tempat pun tak ingat..(dey apa daaaa...). Kat sini memang gile tengok kain..coz cantik-cantik. Cakap jek nak kain ape (cotton veitnam, jessey, lycra, cotton silk, vishcos (sorry klu salah eja), vietnam silk semua ada. Harga..memang teramatlah berpatutan.

Dah habis borong kain..pegi pulak tempat jual baju kurung siap. Rupa-rupanya si Mila ni ade kedai jual baju (borong)..so memang kena la ..habis aku borong baju kat tempat dia.


Kiriman dari teman-teman dan saudara mara juga banyak tapi lebih tertumpu kepada jubah..jadi aku pn minta la si mila ni carikan tmpat jual jubah memandangkan jubah yang ade di kedai dia tidak berjaya menarik minat aku untuk membeli..






Penat dah sebenarnya berjalan (sampai 4 buah kedai) x de yang bekenan (jubah)..perut pun lapar..pg la makan tengahari (padahal dh pukul 3.00 ptg) di Halal @ Saigon..Sesiapa yang pernah berkunjung ke Vietnam pasti tau akan restoran ni..ramai orang malaysia makan disini coz kerajaan malaysia ade keluarkan certificate halal. Errgghhh..alhamdullillah kenyang....

Memandangkan si mila ni kebocoran (ala..masalah pompuan biase la tu) jadi kiteorang kenala ikut dia balik umah..nak jugak tengok macam mana umah diorang..sedih, dan teramatlah daif kaum muslim champa disana...kawasan kampung yang aku anggap mcm kampung kat malaysia ni..jauh meleset. Nak masuk ke kampung diorang hanya boleh berjalan kaki, motor atau berbasikal...kalau jalan kaki memang ngam2x jek..kalau selisih ngan motor kena la berhenti..tapi kalau motor sama-sama motor..tu aku x pasti mcm mana (boleh bayangkan tak..betapa sempitnya kawasan mereka)..kalau rumah tu tak yah bayangla..sempit gile...kalau kentut pun orang boleh dengar..Begitulah kaum muslim disana ...ditindas.

Ok..next destination...tempat jubah...yeeyyy..akhirnya jumpa..tapi masa dah lewat kedai dah nak tutup...kerek gile ..tak de budi bahasa..halau aku and the geng. Serius cakap kedai dia nye baju memang cantik-cantik (rugi kalu tak beli). Kalau ikutkan sakit hati (coz kena halau)..tak hingin aku nk pegi lagi..tapi memandangkan hanya kedai tu je yang ade jubah yang meletup-letup..perasaan tu kena la buang jauh-jauh..

Malam telah pun melabuhkan tirainya walaupun jam baru menunjukkan jam 6 petang waktu tempatan. Walaupun kaki terasa kejang...tapi nafsu shopping tu masih menebal...pompuan pompuan..selasai membersihkan diri,rehat kejap..Aku n the geng sambung lak shopping kat night market..Kali ni dapat la lama sikit...

Vietnam with love...

Kali ni aku berpeluang menghabiskan saki baki cutiku untuk ke luar negara. Destinasi seterusnya "Vietnam"...negara yang kian pesat membangun setelah bebas dari komunis.

Kembara aku kali ini..cukup-cukup mencabar..mana taknya...setelah berebut tiket murah dari Air Asia sejak bulan 2 (2011)..boleh lak lupa ambik laguage.. dah tu bl nak check in baru perasan yang passport aku..dh nk expired (6 bulan)..dah terlebih 13 hari..wua wua wua!!!!..jangan la cam gini. So, moral of the story..check dulu ye.

Dah la lupa ambik laguage masa pergi (kena la bayo) (makin kaya Air Asia kan kan kan)....pastu laguage untuk balik hanya 15kg..cukup ke?..kalau dah Vietnam tu namanya tempat shopping????..jawabla sendiri..

Disebabkan passport aku yang dah nk expired (6 bulan tu) aku pergi atas risiko sendiri (pihak Air Asia dah memaklumkan) apa-apa yang berlaku ke atas aku..atas tanggunjawab sendiri. Cuak la jugak. Aku dengan penuh tawakal dan tawaduk berharap agar tidak ada apa-apa kemungkinan yang berlaku. Alhamdulillah....ujian pertama selamat.

Belum pn sampai Vietnam ...dah macam-macam dugaan. Penerbangan aku yang sepatutnya pukul 7.40 malam (setelah diberi notis oleh pihak Air Asia coz delay) sekali lagi flight delay ke 8.20 malam..mak aiii..bila nak sampi cam gini ...rugi masa tau..

Teksi meter yang boleh dipercayai....
 Akhirnya..penerbangan AK 884 selamat mendarat di Lapangan Terbang Tanson jam 10.30 malam..ok la kan..coz waktu vietnam 1 jam awal. Salah seorang kawan aku memang dh pernah pegi so tak de masalah untuk aku n the geng terus ke hotel. Sempat la juga mengedik kat night market wlupn tak sampai 1 jam...ok la tu ...(coz esok masih ada) ayat pujuk hati sendiri...

Sama la macam pelancong-pelancong yang lain tempat wajib pegi kat Vietnam ni mesti la Ben Thant market (betul ke aku eja ni). Tempat ni lebih kurang macam pusat jualan setempat la..smua ada..tak yah nk pening2x dah..tapi harga dia mahal skit tapi kalau pandai tawar ..dapat je.

adik ipar aku penah pegi ke sana sebelum ni..ade kenalan disana yang sudi menjadi tour guide kiteorg. senang skit nk tawar menawar. Tak banyak tempat yang kiteorang pergi memandangkan waktu yang singkat. Untuk firts time ni kire ok..nanti kita repeat ye...horayyyy...

Tuesday, 5 July 2011

Novel menarik...

Mentang-mentang Nora elena tu diadaptasi dari novel Kasih Yang suci...terus ku cari novel tu untuk ku baca..walaupun 60% jalan cite dah tau tapi nak jugak (sambil hentak kaki) baca novel tu. Adik ipar bagi pinjam tak nak..eksyen nak gak beli sendiri. Bukan ape nak buat koleksi sebenarnya..

Bayangkan dah cetakan yang ke-11 novel ni..fulamak!!! gempak tu puas cari novel ni semua out of stock. Disebabkan novel ni macam pisang goreng panas..aku pn kenala oder dulu. Tension sebenarnya kalau kena menunggu ni.
Inilah dia novel yang ditunggu-tunggu..
akhirnya dapat jugak...sangatlah puas...hehehehe
Novel kasih suci kena tunggu 2-3 hari kata budak kat kedai buku tu..akak nak oder ke x?..off course la nak dik oiii. Sementara nk tunggu 2-3 hari tu aku pn ape lagi cari la novel lain (tetiba jadi rajin nak baca novel..kalau diingat-ingat balik last baca novel masa sekolah dulu)..eee teruknya.

At the last, aku beli 3 buah novel (ombak rindu (tak lama lagi masuk panggung), andai itu takdirnya & cahaya cinta). Update skit sinopsis kalau2x ade yang nak beli..

1.) OMBAK RINDU (SINOPSIS)

Cite ni gile best..dah dapat bayangan tentang watak dan pelakon-pelakonnya..(dalam filem pelakon utamanya Aaron aziz (my hero...cehhhh!!!, maya karin, lisa surihani dan ramai lagi).

Cite ni mengisahkan tentang Izzah seorang anak yatim-piatu yang telah dibela oleh bapa saudaranya yang kejam. Sanggup menjual anak saudaranya itu demi membayar hutang-piutang. Selepas dijual dia (Izzah) dijadikan sebagai GRO...huhuhu sian..Pada waktu ini lah dia berkenalan dengan hariz (yang merupakan salah seorang pelanggannya). Pelbagai pujukan dan rayuan ditagih agar hariz membantunya untuk keluar dari tempat yang dia sendiri tidak pernah rela untuk melakukannya....seterusnya...sila la beli yek novel ni..boleh mengalirkan air mata..

2). CAHAYA CINTA

Novel ni kadang-kadang tak lari jauh jalan citenya..Novel cahaya cinta ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Zahania a.k.a anis. Mempunyai ijazah kedoktoran namun terpaksa melupakan cita-citanya kerana terpaksa berkahwin dengan pilihan ayahnya yang bernama Nizam. Tujuan utama perkahwinan ini dilangsungkan kerana ayah anis memerlukan wang unutk membiayai rawatan penyakit ibunya.

Namun perkahwinan yang dibina tidak seperti yang diharapkan. Sepak terajang menjadi habuannya hampir setiap hari. Makan minumnya juga tidak dibela. Sehinggalah dia terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan dan anak yang dikandungnya. Jawatan sebagai tukang cuci (cleaner) di syarikat Rizman telah mengubah segala-galanya...seterusnya..sila la beli ..saya tukang promote jek..

3). ANDAI ITU TAKDIRNYA


Akan saya update sedikit masa lagi..coz belum sempat nak baca...

Saya dah baca novel ni..huhu..Rasa-rasanya antara empat-empat novel yang saya baca..novel ni paling banyak saya tumpahkan ayor mate..makkkk aiii..sadis gile (emo jap)

Ok..novel ni mengisahkan seorang wanita yang bernama Aleya. Hidup dalam keluarga yang sederha dan sgguh bijak sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di universiti tempatnya belajar dia secara diam telah meminati teman sekuliahnya yang bernama Syed Aizril..Si syed ni merupakan anak orang kaya. hey..anak org kaya ni belagak nak mampus ditambah pulak ngan hensem..errmm ape lagi bertambah-tambah lah perah santannya. Tapi dalam masa yg sama dia rupanya meminati si Aleya ni..tapi egonya yg melambung2 tinggi..dipandang sepi..

So kisah seterusnya...waduh2x...menyayat hati..klu bt drama ni..sure meletop cm "Nora Elena"...sadis gile...

Bagi sesiapa yang dah baca novel ni boleh la kite sama-sama syer..yek

wassalam....

hari-hari keje...huhhhhhh...

Penat..itulah ungkapan yg aku boleh cakap..kenapa?..setelah ketiadaan bibik dirumah ni..aku la penggantinya (sepatutnya memang pun)..ditambah pula officemate aku pun dah berhenti..aduiiiiii..bak kata pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga"..gedebuk atas kepala..

Sekarang ni..kat umah masih under control..anak aku sufi jadi assistant bibik (habis ku kerahkan tenaga dia) huhuhu kejam nye, ala bunyi jek cam kejam tapi tak pun. Rumah pun masih teratur dan kemas (sejuk hati bila penat-penat balik rumah tengok keadaan rumah bersih dan tenang) buatnya macam kapal nak karam..kiok terus..

Syok gak sebenarnya tak de bibik ni tak ganggu privasi aku..lagi pun anak-anak dah besar dah boleh diharap dan yang penting tak kacau mak dia nak rehat.

Rumah punya hal settle..tup! tup! office pulak bikin hal..Bebal tahan gaban untuk tugasan aku kat office ni. Terpaksalah study balik pasal account coz officemate aku (bhgian acct) dah cha alip but (cabut)..huhuhu.

Ya Allah...tolonglah hamba mu ini..wa tatau mana satu mau buat ni. Mana nak kejar bahagian purchaser, order barang, hantar document or claim, collect cheque, meeting lagi dan terbaru handle account pulak. Kalau la bos aku baca ni...mampus!!!!. tapi ape nak buatkan dah namanya pekerja kena la ikut arahan tapi takkan la tak faham2x...hihihihi gaji kasi up la sikit..baru mood cantikkkk..

Keja di pejabat ni sebenarnya lebih penat dari orang yang bekerja kat luar..coz keje guna otak ni silap haribulan otak jem..badan pun jem..mintak simpang malaikat 44.

Friday, 17 June 2011

Berakhirnya Nora elena

Huhhhhh!!!..lega...(kalau tak sesak nafas)..nak menunggu episod demi episod drama paling menarik tahun ni..(Nora Elena)..Kalau dilihat pada tajuknya tak de ape pun istimewa tentang cite ni tapi bile dah tengok..layannnnn (kat atas kepala kuar banyak bintang) hehehehe.....boleh jadi isu kat office or jiran tetangga (akhir-akhir ni). Saya tak la layan sgt cite melayu..sekadar tengok mana yang sempat sj..tapi nora elena pnya pasal..smpai umah sharp..tak leh tukar channel lain wlupn iklan..(mengamuk anak saya coz tak dapat tgk chanel kartun)...sory ek..bagi ibu layan cite ni dulu..

Lakonan mantap aaron aziz dan siti saleha (amat-amat la sesuai) wlupn jarak usia jauh beza..gaya lakonan yg bersahaja membuatkan semua orang pompuan mengimpikan seorang suami yang sabar, penyayang, romantik, kaya, smart, pemurah & perogol (errm mungkin tidak) heheheh seperti Seth Tan..tapi persoalannya adakah masih ade lagi ciri-ciri lelaki idaman seperti ni???..fikir-fikirkanlah...

Ending story yang menarik..walaupn ade banyak blog yang meceritakan kekurangan (sikit nye hal) tapi overall memang blh cover balik.
Episod yang terakhir semalam 16/6/2011 ditonton oleh 2.7juta orang...tahniah!!!!..

Melalui chat bersama aaron aziz di tv3 semalam..dia sesungguhnya tidak menyangka yg drama ni akan meletup kebabooo. Memang pun..saya ni dr yg tak berapa minat si aaron ni blh jadi fanatik..huhuhu (goodbye remy ishak)..ape kata orang hot in the market..

Pe pe pun pesanan untuk aaron aziz..jangan lupa family yek (wife n anak-anak). time dah glamor ni la ramai pompuan (cm yvonne tu terhegeh-hegeh)..coz awk tu dh dikenali. So hargailah mereka..dulu hanya wife u jek yg  nampak (so memang patut kalau dia nk jeles kan...kan...

Tuesday, 14 June 2011

kek sponsor...

Untuk bulan ni...ade 2 biji kek yang aku sponsor (dalam waktu yang sama promote skali)..

Kek pertama aku buat khas untuk majlis perkahwinan adik iparku bertemakan biru (light blue). Disebabkan aku duduk di KL dan kenduri di Perak, aku telah mengambil langkah selamat untuk menyudahkan kerja-kerja dirumahku. Al maklumlah nama pun kenduri kan..bila masa pulak aku nk buat..jumpa sedara-mara tak hingat dunia..masa ni la nk borak bagai...kang kek entah kemana. so jalan yang aku pilih amatlah tepat (syabas!!!)..(mode : puji diri sendiri)...

To ehsan sabri (aboy) dan nurfaizah..tahniah diucapkan..semoga bahagia melayari kehidupan sebagai sepasang suami isteri, dirahmati Allah s.w.t hendaknya, sentiasa berkasih sayang, saling hormat-menghormati sesama sendiri. Insya Allah aman rumahtangga...fuhhh!!!...ayat aku tak ingat. Tapi inilah kenyataan.

Untuk kek kedua aku buatkan khas untuk majlis pertunangan sepupuku. Atas permintaannya ku tunaikan. Tema merah putih menjadi pilihan (coz dia berkenan tengok kek yang aku buat sebelum ni)..Angah!!..imah nak sebiji kek macam ni (refer pada kek sebelum ni) katanya padaku. Jadi mengenangkan kiteorang close masa kecik2 dulu..aku pun buatla untuk dia ..

To shima and Ikmal a.k.a iskandar..tahniah diatas ikatan pertunangan ini..semoga ikatan yang dibina akan erat dan tersimpul rapi untuk dibawa ke jinjang pelamin..tak lama je lagi tu..(dengar cite bulan 12)..so 6 bulan dr sekarang.

Bermulanya sesi ke 2 persekolahan...

Hari ni dah start balik budak-budak sekolah. Macam biase (eh sebelum ni tak biasa)...rutin harian pagi2 hantar budak-budak pergi sekolah..cuma yang lainnya..sekarang ni semua kena uruskan sendiri..kenapa?..coz bibik yang bertuah itu telah melepaskan dirinya dari jajahanku (huhhhh!!! ayat..macam kejam jek)...

Actually tak banyak berubah pun rutin harian..semuanya masih dalam kawalan..berehhhh!!!!...
Cumanya kalau hari-hari sebelum ni ..semua bibik yang uruskan aku main order jek tapi sekarang ni kena buat sendiri (tak de order2)..nasib baik budak2 semua dah besar...dah boleh disuruh. Untuk first day ...Alhamdulillah...tak terasa kelam kabut sangat coz dah prepare awal tapi kesian kat diorang berdua ni...(sebab dah biase duduk rumah tetiba kena duduk nursery plak) tapi tak pe la kan...hidup ni kena survival skit.

To amirul dan sufiya..be strong ok..this is what we call "indipendent".....

Friday, 10 June 2011

nora elena semakin mendebarkan...

Klimaks cite ni dh nk sampai..untuk minggu depan pastinya penuh dengan amarah..(peperangan tercetus)...seth cemburu nora ngan amir...nora dapat tahu seth yang rape dia ....perghhh!!!.tak sabau den nk nunggu..Tak kurang jugak nk tau pe yg akan terjd pd yvoone..

Kalau mengikut novel yang saya baca....nora macam tak leh terima anak dia tu...coz marah gile ngan seth...then si yvoone ni culik ank diorang. Dipaksanya seth kawin ngan dia..Tapi bila tgk sinopsis nora elena adaptasi dari novel kasih suci hanya diambil sehingga episod ke 13..lepas daripada episod tu kebanyakan sudah ada penambahan..Yang bestnya watak  yvoone dalam novel mati coz accident. Walaupun ramai orang marah dengan watak yvoone tapi saya bagi 4.5 bintang (drpd 5) untuk wan sharmila..Anak saudara kepada pelakon wan maimunah ni memang pandai main peranan..(timing) sampaikan saya pun geram tengok dia..

Dan paling penting kesudahan cerita ni akan dapat disaksikan minggu hadapan (coz dah nak habis)...Bosanla pulak lepas ni..(sbb sejak ade Nora elena ni blk umah sharp)..

Sunday, 5 June 2011

Nora elena vs Kasih yang suci

Saya ni bukanlah peminat drama bersiri...tapi penangan drama nur kasih melekatkan saya depan tv..Selesai tamat drama nur kasih...tak de drama yang melekatkan saya depan tv. Tetapi selepas munculnya drama bersiri Nora Elana di slot akasia kat tv3...terus jadi peminat setia..Sampai rumah pn tepat pd waktunya..takut termiss...

Membariskan pelakon hebat seperti Aaron Aziz, siti saleha dan zul ariffin..lakonan yang dibawakan memang natural dan berkesan dihati penonton. Walaupun siti saleha ni masih baru tapi lakonan dia natural (nampak la memang betul2x tak suka)..dan lakonan aaron aziz yang nakal (memek muka) membuatkan saya ketawa sorang2x..(dalam hati...alangkah bestnya kalau dapat suami romantik cam ni)....
Saya dapat merasakan selepas nur kasih...ni la drama yang membuatkan saya excited (rasa tak sabar nk tunggu next episode)...
antara scene yg saya suka....


akhirnya kalah jua...hehehehe
Kalau drama "nur kasih" suami tak suka si isteri tapi drama "nora elena" isteri tak suka suami..So mana yang lebih kesian......fikir-fikirkan lahhhh....

So..kepada peminat-peminat drama melayu..sokonglah drama kite ek..terbukti drama2 tempatan pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri...Cumanya kena kaji balik waktu siaran..cm tak sesuai waktu maghrib...

Wednesday, 25 May 2011

Penebusan cheese tart...

Akhirnya pengunjung ke 400 telah ditemui...walaupun saya tidak mengetahui kesahihannya (coz tak dapat email) tapi message dari wifenya di inbox fb saya...mengesahkannya...
Ape-ape pun kepada en. Zamzuri...sila email kepada saya details yek...kalau di sekitar lembah kelang boleh la collect kat mane2...(akan saya maklumkan) tapi kalau di luar lembah kelang saya akan cuba sedaya-upaya untuk buat penghantaran (tapi jika sekiranya keadaan cheese tart itu tidak sesempurna yang dijanjikan...mohon maaf ye)..thanks...

Friday, 20 May 2011

Nur kasih The movie....

Nur...nur...nur kasih....pasti ramai yang menunggu kemunculan NKTM kan....termasuklah saya..(tu la penangan nur kasih). Hari pertama ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia 19/5/2011. Saya antara orang yang tidak melepaskan peluang untuk menjadi orang yang pertama menyaksikan kesinambungan drama bersiri Nur Kasih. Fanatik kah saya???...errrmmm boleh la kut..hehehehe. berangan jap..

Masih mengekalkan tiga watak utama (Adam, nur, aidil) didalam filem membuatkan saya berkobar-kobar (peminat remy ishak sebenarnya)..hahahahaha.tak kurang juga watak emak Adam dan Aidil (lakonan liza othman)...lakonannya sebagai seorang ibu memang menjadi.
Setelah 1 1/2 jam menonton dapatlah saya huraikan disini bahawa antara filem dan drama saya lebih suka jalan cerita didalam drama berbanding filem. Ini pendapat saya..apa-apa pun karakter dan penghayatan yang dibawakan para pelakon utamanya masih menusuk kalbu tapi saya tidak la menitiskan air mata sebagaimana dramanya...

Segala-galanya demi nur (demi menebus kembali kesilapan lampau) itu janji Adam .Setelah pelbagai rintangan dilalui akhirnya Nur Aminah hidup sendirian apabila Adam menyahut panggilan illahi...(setelah mereka berusia) Banyak plot yang menarik di dalam NKTM tapi tak leh cite panjang-panjang kang tak feel bagi sesiapa yg belum tengok...

Tapi apa-apa pun tahniah kepada pengarahnya Khabir Bahtia kerana telah merungkaikan segala konflik didalam drama yang diangkat menjadi filem. Thumb up!!!!

Wednesday, 18 May 2011

Asam garam kehidupan

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran dan setiap yang bermula pasti berakhir.....begitulah kisah hidupku
sentiasa diduga...Wahhh...feeling habis..knpa aku?..
Ha..ceritanya cam gini..Semalam 17/5/11 kan cuti umum (wesak day)..so layan movie..cite 2 alam...
Hasil tontonan saya (dicelah-celah jari)...coz penakut (sebenarnya tak la seram) tapi disebabkan kematian menjadi topik utama ...tu yang takut (sedarlah ...kamu pasti akan melaluinya)...

Cerita ni best sebenarnya. menginsafkan...tapi kenapa kurang mendapat sambutan????...walaupun pelakonnya Aaron Aziz...(coz cite2 berbentuk islamic dan tauladan cam ni tidak ditonton oleh remaja2 kat luar sana)..

Jalan ceritanya mengisahkan seorang lelaki bernama Adam...tetapi telah menukar jantina menjadi wanita dengan gelaran Amy. Merupakan seorang artis terkenal (kaya gile)...Hidupnya saling bertukar-tukar pasangan. tu belum kira clubbing, mabuk dan seks rambang..pergghhh...

Punca kejadian sehingga menyebabkan kematiannya disebabkan kekasih hatinya telah bersekongkol untuk mencabulnya secara bergilir-gilir dan pada masa yang sama terpampang kisah peribadinya yang menjelaskan dia sebenarnya seorang LELAKI...Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan lelaki mat salleh..tetapi gambaran perkahwinannya menyamai cara perkahwinan kristian...bermakna dia telah murtad..Masya Allah...
Bila mana perkahwinannya gagal..maka ramailah lelaki2 diluar mendambakan dirinya (tak tau sebenarnya dia pun lelaki).

Peristiwa identitinya dibongkar telah membuatkan dia begitu kecewa dan putus harapan lalu mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri...Aduhhhh sedihnya...

Maka jalan cerita 2 Alam ni bermula disini...pelbagai masalah timbul semasa proses menguruskan jenazahnya. Dari pagi hingga ke malam barulah jenazahnya dapat disemadikan.

Actually jalan cite ni menarik untuk dijadikan pengajaran  tetapi terlalu banyak sangat flash back benda yang sama membuatkan saya rasa (errmmm tak de scene lain ke???)...
Walaupun filem ini tidak mendapat kutipan seperti yang dijangka....(biasela manusia lebih sukakan filem yang berbentuk hiburan berbanding yang boleh dijadikan iktibar) bagi saya ia sebuah cerita yang bagus cuma perlu lebih berdaya kreatif agar tidak mengulangi babak yang sama...

Monday, 9 May 2011

sambutan ulangtahun

Penghujung bulan april dan awal mei memang banyak sangat nak celebrate birthday. Bermula pada 19/4 (My friend -Yani & my bos pnya wife), 20/4 (my son - Amirul Sufi), 23/4 (My sister & my niece - Aliya Damia), 27/4 (My mom - Pn. Shaidah & my SIL - fiza), 28/4 (my MIL - Pn. Zainab), 30/4 (My friend - Shamsul Anuar), 1/5 (My nephew - Shauqiz), 2/5 (My daughter - Ainuriz Sufiya), 3/5 (My cousin - syasya), 5/5 (My birthday), 6/5 (My SIL - Azlina a.ka michelle)..woow banyak tu..

Dalam banyak-banyak birthday yang tersenarai ni...2 orang ni paling banyak cekadak...sape lagi kalau bukan anak saya..Yang si abang mcm entry yg lepas saya dah cite ....celebrate kat sekolah & party pack...purrrrpp(tertelan air liurku melihatkan duitku terbang)..

Kali ni..si adiknya pulak...waduhhh2x...kopak makkkkkk!!!!!...
Disebabkan cuti panjang (coz labour day)..so kiteorg pg la b'cuti (ala..tak gi mana pun ...ulu yam jek)..so tak la buat kek utk si gedik sorang ni..So celebrate kat hutan ulu yam tu je la...tapi bila balik umah ...dia tanya saya..("tak de kek utk ya ke??...hari tu abang ibu buat)...terkesima jap (coz nk carik jawapan sesuai)..hehehehe. Saya katakan pada dia nanti ibu buat (pujuk la konon)...lagi pun kan kite kan baru balik dari ulu yam ibu penat...huhuhu alasan paling konkrit dia pn diam la sekejap..tak lama pas tu dia tanya balik..huhuhu...tak leh jadi cam gini tak tenang aku...Nak mendiamkan dia (agar tidak dianggap berat sebelah) pegi la menggagau cari kek. Dah kite ni tokey kek mana pulak nak tau kedai kek kat mana (coz memang dah lama tak beli kek)..Saya dengan en. suami pegi la mencari kedai kek. Selain kek saya beli la sedikit mee untuk makan2...Ok tamat..

Ingatkan setelah permintaan dipenuhi dah lepaslah beban saya..rupanya esoknya..dia boleh tanya lagi..(huhuhu). Hari tu ibu cakap nak buat kek dora & party pack (macam abang)...aduiihhhh setepet kena...
Saya katakan...la kan dah buat semalam..(dia pun buat muka).. pe la nasib aku ni ...kena buli ngan anak-anak jek..(mode: kesian)..

Hati seorang ibu memang tiada tolok bandingnya. Melihatkan mukanya yang muncung (dah boleh sangkut baju) Saya buatkan juga...kopak lagi. Hasilnya terjadilah sebiji kek Dora dan 80 party pack untuk dihantar ke sekolah. Ha..puaslah hati dia. Perasaan hasad dengki tu tetap ada (abang tak leh lebih) haaaa memang dia la lg lebih ...mana taknya kek dapat 2 biji + party packs lagi extra 50 bags wuawuawua...

Kepada anakku Ainuriz Sufiya bt. Sahnon...ibu doakan ya jadi anak yang solehah dan belajar bersungguh-sungguh..segala kemahuanmu telah ibu turutkan ...so diharap segala pengorbanan ibu ini akan terbalas dengan kejayaanmu...AMIN....

Friday, 29 April 2011

Perkahwinan gilang-gemilang Putera William - Kate

Hari ni nak lari tajuk sikit..tetiba je timbul mode kawin...wakakkaa..

Hari ni 29/4/2011 akan tercipta satu dimensi baru perkahwinan di Raja Britain apabila si kacak tu (aduhhh..terpesona kejap) akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kate..Saya ni bukannye follow sangat cite-cite diorang ni..tapi bila berita, newspaper waima majalah pun asyik cite jek..jadi berkenan la pulak nak tumpang sekaki...(mode : menyibuk)..

Kalau tengok dari rupa paras Putera william ni...dia banyak mewarisi kejelitaan ibunya...mendiang Puteri Diana berbanding adiknya yang lebih kepada bapanya.. Sikapnya juga seakan-akan sama (anak omak dio nihhh)...

Pasangannya pulak Catherina Elizabeth Middelton a.k.a "Kate" jelita tapi nampak sedikit matured (berumur)
kalau bergandingan dengan Putera William..apa-apa pun mereka tetap sepadan. Detik-detik percintaan yang terpaut di zaman universiti menyatukan mereka (ooo...cinta monyet rupanya). Walaupun percintaan mereka pernah terputus di tengah jalan tapi tu la kan (kalau dah jodoh tak kemana)..menyatukan mereka kembali dan membawa ke gerbang perkahwinan.

Saya ni bukanlah update sangat pasal fesyen tapi saya suka melihat gaya si Kate ni. Gayanya yang sederhana tetapi menawan itu membuatkan setiap langkahnya akan diperhatikan (masalah dong!!!)..Baju, kasut, tas tangan, fesyen rambut, aksesori semua akan dinilai. dan di komen (sian dia) coz pengaruh mendiang ibu mertuanya..Ape-ape pun dia sangat bertuah kerana berjaya menawan hati Putera William (bukan senang ooooo..)..

Tak sabar nak balik umah nak tengok tv (ade siaran langsung)...chow....

Thursday, 21 April 2011

Birthday anakku yang ke-8 tahun

Semalam 20.4.2011..genap umur anakku Amirul Sufi bin Sahnon berusia 8 tahun..Karakternya yang cool serta jiwang (gembeng)..tak tentu pasal membuatkan aku kadang-kadang boleh naik angin. Akan tetapi sifatnya yang mengikut apa jek yang ibu dia suruh membuatkan saya sayang dan senang mahu menyuruhnya....

Sempena hari jadinya, saya telah pun menyediakan sebiji kek untuknya. Saya katakan padanya (ibu abang kan tokeh kek..cakap jek nak design ape...wakakakak (mode : berlagak)....Mulanya dia berkehendakkan kek edible print + photo gambar Rio (at the last saya tak dapat memenuhi kehendak dia coz sibuk ngan kerja)...sorry yek sufi ibu tak sempat search gambar rio tu...tapi sebagai ganti ibu telah buatkan sebiji kek "spongebob squarepants" untuk sufi celebrate kat sekolah bersama kawan-kawan.

Disebabkan rasa bersalah tak leh buat kek rio tu...saya pun ikutkan la kehendak dia untuk turut serta menyambut harijadinya disekolah. Seronok melihat dia gembira

Dan paling gembira kedua-dua opah dan atuk datang KL...(nampak sangat cucu kesayangan)...Bukan main happy dia...Walaupun tak dapat hadiah (untuk tahun ni) tapi dapat banyak duit...yeyeyeyeyeye nanti boleh belanja ibu...

Untuk Amirul Sufi bin Sahnon...ibu sayang sufi sangat-sangat..Walaupun selalu kena marah (coz suka ngelat) tapi ibu tau sufi budak yang baik dan pandai (macam ayah)..
Ibu doakan semoga sufi berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh, taat pada ibu-bapa serta belajar bersungguh-sungguh.


Wednesday, 20 April 2011

Contest

Nampaknya web counter hampir mencecah ke angka 300...Siapakah yang bernasib baik untuk mendapatkan "blueberry cheese tart" dari "nurizbake"...Jangan lepaskan peluang ni ok...dan sebagai bukti jgn lupa email pada saya untuk prove...

Thank you....

Monday, 18 April 2011

Puding Roti Karamel

Puding roti karamel ni...sedap sangat..saya ubah sikit resepinya supaya menepati citarasa tekak saya yang tidak berapa gemarkan susu (sesetengah jenis sahaja)...

Nampaknya eksperimen saya minggu ni menjadi..tapi disebabkan sikap tak sabar telah membuatkan puding saya pecah (sebab tak cukup keras/sejuk)...By the way...tak sia-sia buat ...anak-anak pun suka...So pada sesiapa yang nak cuba buat ...saya bagi resepi yek...

Bahan-bahan:

Karamel...

1/4 cawan gula pasir
1/4 air panas

cara membuatnya :

- Masak gula tanpa minyak didalam kuali (disyorkan) menggunakan api yang perlahan sehingga cair.
- Padamkan api...tuangkan air panas tadi kedalam gula ...kacau segera agar gula tidak berketul..Masa ini gula cepat mengeras...
- Tapiskan gula yang telah cair kedalam loyang...
- Biarkan ianya sejuk seketika...

Puding....

*3 keping roti (dikoyak dan dibuang kerak-kerak kat tepi tu)
*1 1/4 cawan susu cair
*1/2 cawan air suam
*1/4 susu pekat (boleh tambah kalau nak lebih manis)
*1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (size B).

Cara membuatnya :

- Blend kesemua bahan bertanda * kecuali telur...
- Pecahkan telur dan kacau sehingga telur sebati (jangan kocak macam buat telur dadar tu ye) cukup kekadar menyatukan kuning-kuning telur tu sahaja.
- Campurkan telur kedalam bahan yang diblender tadi dan kacau sebentar.
- Tapiskan kesemua bahan tadi agar hasilnya lebih halus kedalam adunan gula karamel tadi dan masak menggunakan kaedah "steam bath" iaitu meletakkan air didalam bekas yang lebih besar daripada loyang.
- Masak menggunakan suhu 130 darjah celcius lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
- Akhir sekali, sejukkan sebentar agar mudah untuk dikeluarkan..


Sunday, 17 April 2011

Choclate moist cake...lagi

Repeat order daripada kak zaiti untuk birthday anak dia..Hari tu celebrate kat sekolah katanya..Kali ni untuk celebrate kat umah...

Friday, 15 April 2011

Puding roti...

 Resepi puding roti ni saya dapat dari blog "Dari dapur Madiha" http://mamawadiha.blogspot.com/ ..thanks ye kak..coz sudi kongsi resepi..Nampak dalam blog dia mcm sedap jek..jadi saya pun cuba..
Memang sedap..tapi rasanya saya punya tak berapa jadi la. Tapi untuk 1st trial dikira berjaya la...



Sardin roll...


1st time buat sardin roll...kalau ikut resepi biasa tak payah pakai "bread crumb" pun tapi tekak ni..demand..tau nak yang sedap jek..jadi saya tambah untuk lebih sedap dan rangup...

Kepada sesiapa yang tak tahu bread crumb tu ape..boleh dapat kat kedai jual bahan kek.
Kalau tak tau gak....ala yang lekat pada nugget tu..
kalau tak tau jugak..pegi dapur ambik senduk ketuk kepala..ok..hahahhaha...

Yang ni nak bagi resepi jugak ke???...errrmmm..rasanya semua orang tau masak sardin kan...Kalau ikut resepi saya macam ni ya :-

Bahan untuk inti :-

- Sardin 1 tin
- Bawang merah, bawang putih, cili kering (dikisar)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3-4 biji cili padi
- 1 batang serai
- sedikit asam jawa
- garam secukup rasa

Untuk roti

- Roti secukupnya (jangan pakai gardenia coz lembut sangat)
- Bread crumb
- Sedikit tepung gandum
- sedikit air

Cara-cara membuatnya :-

-Tumis semua bahan-bahan sehingga garing
- Masukkan sardin (hancurkan)
- Masukkan bawang besar (lagi banyak lagi sedap coz manis )
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan garam. Masak sehingga kering.

- Ambil sekeping roti dan leperkan disetiap penjurunya. (supaya mudah untuk digulung)
- masukkan sesudu inti ...dan gulung
- kemudian celupkan kedalam bancuhan tepung gandum dan air (cairkan) agar bread crumb mudah dilekatkan..
- Golekkan roti tadi diatas bread crumb
- Akhir sekali goreng menggunakan minyak yang panas (jgn masak terlalu lama ...nanti roti makan minyak)

Selain itu, sardin ni boleh di jadikan froozen food..Setelah siap di golek diatas bread crumb boleh terus disimpan ke dalam peti sejuk.

P/S : kalau nak simpan lama di dlm freeze..inti sardin tu perlulah dikurangkan bawang besar (takut cepat rosak)...

"SELAMAT MENCUBA"

Wednesday, 13 April 2011

Kata-kata pujangga....

Banyak sebenarnya kata-kata pujangga yang boleh diadaptasikan di dalam kehidupan seharian..
Pembakar semangat untuk memajukan diri dan sebagainya. Kadang-kadang tanpa disedari ianya berkait rapat dalam kehidupan kita seharian.
Berikut.. saya kongsikan kata-kata berharga untuk kalian semua...

- "Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."


Petikan daripada :-
~Kata-kata Pujangga~

Contest....

Mendapat tips dari blogger yang berpengalaman...Bagaimana cara untuk menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke blog anda? Dalam banyak-banyak tips yang diberikan saya tertarik untuk membuat "contest". Untuk meninggkatkan "rating" di dalam sesebuah blog "baru" seperti saya memerlukan kerja keras agar kewujudan kita di alam maya ini disedari. Kini, dunia pemblogan semakin berkembang...banyak blog-blog dihasilkan. Jadi untuk pertama kalinya "contest" yang saya anjurkan ini untuk mengumpul pengunjung yang sudi menjengah blog saya ni...Pengunjung yang ke 300 akan berpeluang untuk mendapat sekotak blueberry cheese tart sercara percuma (mengandungi 25 biji)....

Bagaimana untuk pastikan yang anda pengunjung ke 300?

Sila copy paste kan web counter yang terdapat disebelah kanan blog saya dan emailkan ke nurizbake@gmail.com. Jika anda adalah pemenangnya jangan segan silu untuk menghubungi saya...

Sila tinggalkan komen anda dibawah untuk penambahbaikan didalam blog saya ni...Kerjasama daripada anda semua amatlah saya hargai...

Coklat moist & oreo cheese cake...

Kek ni ditempah oleh kak Zaiti (anak dia kawan baik anak saya) merangkap jiran. Dia order 2 kek sekaligus (coklat moist dan oreo cheese)...thank yek kak...






Oreo cheese cake...

Tuesday, 12 April 2011

Makan ikan patin sampai RM13,000.00

Terbeliak biji mata...kalau saya la yang makan...habis kena sumpah seranah..Agak-agakla...bukan makan kat KL...kat Temerloh..Taulah Temerloh tu Bandar Ikan Patin....tapi jangan la buat macam orang ni tak pegi sekolah.
Purata yang dikenakan untuk seorang berjumlah RM260.00. Menjadi persoalan saya...sedap sangat kah????..(mode : menyibuk)....

Oreo cheese cake....

Dalam banyak-banyak kek yang saya buat...kek inilah yang paling mendapat sambutan...ada yang kata rasa macam "secret resepi"....Rasa keju yang kenyal-kenyal tu...(penilaian diberikan pada mereka yang menggemari cheese)..Kalau ikut tekak kampung saya ni..errrmmm..faham-faham je la yek...woww!!! puji melambung sangat tu ...sapelah saya nak dibandingkan dengan secret resepi tu...cehhhhh.....
Yang pasti oreo cheese cake ni, ditanggung halal dan dijamin kebersihannya....

Blueberry Cheese cake...

 Blueberry cheese cake ni..boss saya yang order...baik bos saya kan (ha...macam tu la support anak buah)...hehehehe...
Harap-harap nanti bos order lagi yek....

Blueberry cheese cake ni (chilled)...kalau nak resepi nanti saya syer yek...tunggu.....

Chocolate moist cake....

 Kualiti gambar tak berapa cantik coz guna kamera handphone...Mana kamera saya???...errmmm si en. suami pakailah apa lagi...
Kek chocolate moist ni di order oleh Mona...untuk birthday anak dia...finishing kek ni tak berapa cantik sebab kek baru masak...(masih panas sewaktu diserahkan) so coklat ganache tu cair...disebabkan dia order last minit..sebab kawan saya terima...kalau orang lain ....saya takut nak buat....


Monday, 11 April 2011

Laksa penang...

Semua orang suka makan laksa...tapi bukan semua orang boleh buat laksa yang sedap. Saya pun tak la pandai..tapi untuk makan sendiri boleh la...Ada banyak jenis laksa..antaranya laksa penang, laksa johor, asam laksa dan laksam...
Kali ni saya nak kongsi resepi untuk buat laksa..(ala senang jek...)..(mode : berlagak)...

Bahan-bahan :-

1/2kg ikan kembong
1/2 kilo ikan sardin
1 inci belacan
1 senduk cili kering (diblander)
2 kuntum bunga kantan
2 ikat daun kesum (lagi banyak lagi sedap)....
15 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit ikan bilis

Bahan-bahan hiasan

1 biji timun
1 pokok salad
1 biji bawang
1 biji cili merah or cili hijau

Cara-cara membuatnya:-

- Rebus kedua-dua jenis ikan tadi sehingga masak dan dikisar separuh halus..(kalau halus sangat nanti tak rasa isi ikan...
- tumbukkan ikan bilis dan belacan..
- Air rebusan ikan tadi akan dijadikan sebagai kuah. Masukkan isi ikan, ikan bilis dan belacan...
- Masukkan juga sesenduk cilik kering yang telah dikisar
- Akhir sekali masukkan bunga kantan, daun kesum dan juga asam keping....

Percubaan pertama buat macaroon...

Ini percubaan pertama saya buat macaroon...nampak macam cantik ...
Rasanya memang manis tapi sedap (coz badam)...maybe kalau saya kurangkan gula atau tambah sikit tepung ...lagi sedap kut...



Macaroon saya nampak smooth...tapi tak timbul dia punya kerak-kerak kat bawah tu...that's mean "mission failed"..So "practise make perfect"...

Thursday, 7 April 2011

Bersamamu ....episod 6/4/2011

Saya selalu juga tengok rancangan bersamamu ni...tapi semalam ade hal tak dapat la tgk sepenuhnya...hanya sekerat jalan...sebelum ni dah nampak iklan kat tv. Bila saya tengok kisah budak lelaki ni yang kena kanser (ketumbuhan kat tepi rusuk dia) sungguh meruntun jiwa.
Tak sangka rakaman untuk rancangan bersamamu episod 6/4/2011 merupakan detik dimana beliau pergi mengadap illahi sewaktu rakaman sedang dijalankan. Anak-anak saya yang pada mulanya sibuk dengan aktiviti masing-masing terus bersama saya menyaksikan rakaman tersebut. Tersentuh hati saya sewaktu menyaksikan saat-saat akhir nafasnya terhenti dirakamkan.
Kite hanya mampu merancang tetapi kuasa Allah itu tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat.

 
Memang sedih melihat insan yang kita sayang pergi untuk selama-lamanya tapi itulah yg sebaiknya daripada melihat dia menderita....

 
Al-fatihah.....

Rempeyek mini...

Rempeyek mini ni  bapa saya yang jual..katanya promote la skit abah pnya produk..Saya dengan sopannya menjawab...baik lah abah...(mode : kontrol ayu)..wakakkaka.
Rempeyek ni bapa saya usahakan bersama sahabatnya semasa kerja dengan felda dahulu..Bila dah pencen masing-masing binggung tak tau nak buat ape..jadi terhasillah rempeyek mini ni...
Sedap dan ranggup itu lah "moto" ciptaan saya untuk menggambarkan betapa sedapnya..Pulun i promote uolss...

Makan rempeyek sambil tengok tv
kalau dah cuba pasti puas hati...
(boleh ke??? pantun cm ni....)...haaaaa belasahla...

Barbie cake

 Kek ni saya buat khas untuk anak dara saya...sekaligus menambahbaikan terhadap skill maknya..
Choclate cake + buttercream

Tempahan...


Tidak mahu membebel panjang,
Cucilah mata untuk tatapan...
wahhhh..berpantun lagi tu...Ini antara tempahan yang saya terima. Terima kasih kepada yang sudi menempah..diharapkan kalian berpuas hati. Banyak sebenarnya gambar (di blog lama)..tapi tu la kan usah dikenang benda yang dah tiada..Jadi korek la balik khazanah berharga ni...

Wednesday, 6 April 2011

Dragon lily...

Dalam banyak-banyak bunga yang ada kat muka bumi ni..saya teramatlah suka dengan bunga "Dragon Lily"...Rupa bentuk, nilai estetika yang ada padanya membuatkan saya jatuh cinta...Walaupun ramai yang menganggap bunga ros itu cantik tapi bagi saya lily lagi cantik...
Bunga lily mendapat namanya dari bahasa latin "Lilium Candidum". Baunya yang wangi menjadikan bunga ini sebagai salah satu medium untuk menghasilkan minyak wangi..Daya tahannya juga menjangkau 5-7 hari jika dijadikan perhiasan. Di Malaysia bunga ini hanya terdapat di tempat tinggi seperti Cameron Highlands.

Menilai sebiji mutiara...

Mutiara merupakan perhiasan yang menawan bila si pemakai mengayakannya..Berbanding berlian dan batu permata yang lain...mutiara nampak lebih berketerampilan dan berkeyakinan serta sesuai digunakan walaupun apa cara sekali pun. Disebabkan saya merupakan peminat setia mutiara, jadi saya nak attachkan la serba sedikit bagaimana terjadinya mutiara...

Tiram merupakan tempat dimana mutiara terhasil dari benda asing yang terperangkap di dalam tiram lalu  tindakbalas yang menghasilkan kalsium dan protein. (Kalau manusia ni macam batu karang la)....

Mutiara ni sebenarnya terbahagi kepada 2 jenis...mutiara air masin dan mutiara air tawar. Dari segi nilai mutiara air masin mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding mutiara air tawar ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada air masin itu sendiri berbentuk bulat, pelbagai warna dan sedikit berat...semakin bulat mutiara tersebut semakin tinggilah nilainya begitula juga dengan warna semakin gelap warna mutiara tu semakin mahal la nilainya.Ini kerana ia dinilai dari umurnya...so macam kelapa la (makin tua makin lemak santannya)...

Bagaimana untuk mengetahui mutiara itu asli???....

1. Untuk menilai sebiji mutiara yang asli...haruslah diketahui yang mana mutiara ini sebenarnya kalis calar. Caranya ...kikis permukaan mutiara menggunakan benda tajam kalau benar ianya asli pasti tidak meninggalkan kesan calar dan serbuk halus akan terhasil... hasil kikisan tadi..
2. Ianya juga kalis api (permukaanya tidak akan terkopek).
3. Warna mutiara terhasil daripada cengkerang kulit tiram dan bergantung pada usianya..pelbagai warna kite boleh lihat dipasaran tetapi harus di ingat mutiara tidak berwarna hijau, biru, merah...

Untuk pengetahuan semua, dalam sebiji tiram tu bukan la hanya sebiji mutiara sahaja sepertimana yang kita bayangkan..ada berpuluh-puluh biji sebenarnya.
Selain itu, mutiara juga diproses untuk menghasilkan bahan kosmetik (rawatan wajah ) dan supliment untuk mengekalkan kesihatan dari dalam. Di China penggunaan kosmetik yang mengandungi mutiara amat popular kerana keberkesanannya.
Jepun, Filipina antara negara yang mempunyai mutiara yang nilainya berpuluh-puluh ribu ringgit. Namun terdapat juga mutiara di Malaysia (Sabah) tetapi kebanyakannya diperolehi dari Selatan Filipina..
Semoga tip dan panduan ini berguna kepada mereka-meraka yang meminati mutiara (macam saya)...

Segala tinggalkan pendapat dan komen anda di bawah...sekian.

Tuesday, 5 April 2011

F1...datang lagi

Saya ni bukan la peminat fanatik sukan permotoran..tapi kalau dapat tiket free sape yang mampu menolak kan???...nampaknya tahun ni belum ada bayang nak pegi F1..huhuhu setelah 2 tahun berturut-turut saya dapat tiket grand stand..walahhhhh!!!!..
Agak-agak kalau nak beli sendiri mampu ke??..saya jawab...tidakkkkkk. Subhanallah mahal. Kebanyakan orang yang menonton F1 di grand stand adalah warga asing (bukan tanpa izin ya)..



Dan pemenangnya Janson Button