Iklan

Monday 27 February 2012

Hantaran pertunangan my "SIL"...25.2.2012

Mood minggu ni x seberapa coZ msh lg dlm mood cuti. maklumla minggu lps cuti pnjang coz adik ipar bertunang.


Inilah dia tuan punya badan..so sweet pink in other word pinky day..
Terasa macam nak kawin balik...pandang ke atas mengimbau kenangan lalu...ahhhh!!! touching nye..

Telah diberi kepercayaan utk menyiapkan 5 dulang hantaran pada awalnya bertemakan bunga segar (fresh flower). Pernah tgk tapi x pernah buat. Kebanyakan hasil kerja saya sebelum ni menggunakan bunga palsu.

Hasil carian saya di google terjumpa la satu blog iaitu www.arma-cotoure.blogspot.com.
melihat hasil tangannya perghhh mmg kelas..Sy jdkn blog tersebut sebagai panduan.Wlaupun sy jdkan panduan x bermaksud saya menciplak hasil kerja beliau bulat2..

hasil kerja seseorng iu pastinya tidak sama bergantung pada kretiviti masing-masing. Tak hairan selebriti spt nurul syuhada nurul ain mendaparkan khidmat beliau. Faham-faham je la kn klu dh melibatkn selebriti maka servisnya juga perlu setanding...Utk sy yg blm ade ape2 nama ni..saat ini utk sy mbina jenama sy sendiri...btl x?..betul...betul...betul upin jawab..heheheh

Kepada manja n ayiem...tahniah diucapkan. Ini merupakakan fasa pertama kehidupan berumahtangga...Kalau jodoh kalian berpanjangan byk lg moment2 indah yg korang akan lalui.

Ok la daripada sy mmbebel pnjang...jom layan gmbar2 ni

Dan klu ade yg berminat untuk medapatkan khidmat saya...sila emailkan seperti yang tertera. (nurizbake@gmail.com)
Saya juga menjadi pembekal bunga-bungaan segar. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan...






Sirih junjung yang tak berapa nak junjung...new style


Bunga belum cukup kembang..Bila dah kembang memang cantik (ayat puji diri sendiri)...

Bunga tangan (Hand bouquet)

Thursday 9 February 2012

Penutupan sementara tempahan cup cake dan birthday kek..

Tempahan untuk kek dan cup cake terpaksa saya tolak sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak..

Harap maaf jika sekiranya..saya terpaksa menolak tempahan dari anda. Kesian memang kesian tetapi saya pun harus kesiankan diri saya juga.

Terima kasih tidak terhingga kepada pelanggan-pelanggan yang setia memberikan komen positif terhadap hasil kerja saya..Akan saya perbaiki lagi mutu, persembahan dan kualiti pada masa akan datang.

Di samping itu juga, kini saya sedang mengikuti kursus menambah baik skill hiasan cup cake. Disebabkan minat saya harus menyelitkan sedikit waktu walaupun dalam keletihan.

Usaha tanggan kejayaan..Allah s.w.t amat menyukai orang yang senantiasa berusaha dan tidak mengenal erti kalah dan jemu..AMIN...

Hantaran Pertunangan...

Tengah mencari-cari idea untuk mengilhamkan hantaran pertunangan adik ipar saya hujung februari ni..

Ilham dah datang coz ade sorang coustemer yang mahukan fresh flower menjadi tema untuk hantaran perkahwinannya dan saya akan mentransformasikan ke hantaran dia. "first come first serve"..heheheh (tak aci)....

Atas permintaan bakal pengantin (ahaksss...yang mahukan hantarannya nampak elegan so saya membayangkan fresh flower)..dah alang-alang (anak perempuan last yang kawin)..mestilah kena glamor (bak katanya...I kan artis)...errrmmm belasah la janji happy..

Nantikan gambar yang akan saya update tak lama lagi..Hopefully akan memuaskan hatinya..

Home made susu kacang soya

Kali ni saya nak syer macam mana nak buat air susu kacang soya..Nampak macam senang kan. tapi kalau tak tau buat..berkemungkinan ke singki la jawapnya.

Walaupun kebanyakan orang tau macam mana nak buat air soya bean ni tapi saya tetap nak kongsi cara membuatnya.
Setiap orang lain caranya kan..so tak salah kalau ilmu tu dikongsi bersama..

RESEPI :-

1). 1 mangkuk kacang soya
2). 2 mangkuk air
3). 2 helai daun pandan
4). Gula sesedap rasa..

Cara membuatnya :-

1. Rendam kacang soya sehingga kembang (ambil masa 5-6 jam utk betul-betul kembang)
2. Pastikan kulit kacang soya tu dibuang (kadang-kadang ade orang blend skali - punca rasa payau).
3. Tapis Kacang soya menggunakan kain (supaya hampasnya tak ikut sekali)
4. Masak bersama daun pandan sehingga buih-buih hilang. (Pastikan ianya sentiasa dikacau, kalau tak hasilnya tak cantik)
5. Bancuh bersama air gula..
6. Siap untuk dihidang..

Ini lah hasilnya...jemput minum...