Iklan

Wednesday 26 December 2012

Makkahtul Mukarramah...

Saat n3 ni ditulis..aku baru 5 hari pulang dari tanah suci Mekah. Masih terasa kesyahduan, keheningan dan macam2 rasa la. Tak leh diluahkan dengan perkataan. Walaupun ini kali kedua aku kesana. Pergila berapa byk kali pun perasaan tu akan tetap sama. Pemergian aku kali ini disambut dengan penuh kedukaan...mana tidaknya baru sehari aku sampai di kota Madinah aku dikejutkan dengan berita pemergian ibu mertuaku. Sayu dan syahdu..apa nak buat bukan rezekiku untuk menatap wajahnya buat kali terakhir..Jika diikutkan hati mahu saja pulang tapi memandangkan tiketnya terlalu mahal selain memikirkan apalah yg aku boleh buat jika aku pulang (takut x sempat) lebih baik aku memanjatkan doa di bumi Allah yang tenang ini.
Yang membuatkan aku bertambah sebak, bila waktu pengebumian dijalankan aku menunaikan solat jumaat di Masjid Nabawi..mungkin memahami kesedihan atau kebetulan imam Masjid Nabawi terpaksa mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak hampir 3 kali...tersedu-sedu..sampikan dia tidak boleh meneruskan pembacaan..terpaksa diulang semula solat..Aku serta rombongan keluarga yang lain apa lagi tersedu-sedua la...

Saturday 15 December 2012

volkswagen memecah tradisi trend kereta


Dulu-dulu volkswagen hanya dikenali dengan model kereta kodoknya iaitu bettle tapi sekarang hampir 20 model dikeluarkan. Antaranya:-
- Golf
- Golf GTi
- Polo
- Polo sedan
- Polo GTi
- Passat
- Passat CC
- Toureg
- Sharan
- Touran
- Jetta
- Bettle.

Kesemua model volkswagen ini telah merubah presepsi masyarakat yang hanya mengetahui volkswagen hanya mengeluarkan kereta kodok...bak kata mak saya.
Menggunakan teknologi canggih dan body kereta yang mantap..volkswagen telah berjaya mendominasi carta pembelian tertinggi untuk 2012. Model yang paling mendapat sambutan adalah "GOLF". Menggunakan kapasiti TSI yang bermaksud "Turbo Suspention Injection" membuatkan model ini mendapat tempat dihati anak muda yang gemarkan rupabentuknya yang comel dan daya pecutan yang stabil.
Link : www.volkswagen.com.my

Ermmm...bila la boleh dapat pakai kereta ni...

Apam polkadot


Wednesday 5 December 2012

Durian crepe

Selepas fenomena cupcake, macaroon,pavlova dan lain-lain sekarang ni timbul durian crepe plak. Disebabkan terlalu banyak permintaan sebab tu sekeajp je jadi popular. First time rasa...errrmm!!! not bad sedap so langkah seterusnya nak cari resepi.

Nasib baiklah seorang kawan ni bermurah hati untuk memberikan resepinya..Alhamdulillah ada lagi orang yang baik kat bumi ni ye..Maklumla zaman sekarang ni mana ada yang free..klu ada pun belum tentu betul.

Maka eksperimen pertama pun bermula, jadi tu memang jadi tapi kulitnya tebal x jadi nipis macam kat kedai tu..so??? dimanakah silapnya dari gaya geleknya kah? dari gaya bancuhannyakah?tak jumpa jawapan. wuawua!!! nangis. Tapi tak putus harapan coz tau rasa tu dah ada cuma skill je belum jumpa. Maksudnya resepi ni boleh diguna pakai..hikhikkkk

Hari ni saya bermurah hati untuk syer resepi durian crepe...sape2 yang dah ada tu kalau nak compare2 untuk menambahbaikan repesi anda apa salahnya. Resepi ni pun saya dah ubah sikit-sikit mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan :-

Bahagian kulit

250gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
25gm butter
sedikit gula
sedikit garam
sedikit santan

Untuk isi

100gm whipping cream - non diary cream (gold label)

Cara membuatnya:-

- Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung ubi
- Pecahkan telur satu persatu - kacau sehingga kuningnya pecah
   Campurkan kedalam tepung
- cairkan butter (campur kedalam bancuhan tepung).
- masukkan gula, garam dan santan
- kacau sehingga sebati
- Jika terdapat ketulan tepung, sebaiknya diblender untuk mendapatkan tekstur yang halus
- Masak seperti buat lempeng.
- Biarkan ianya masak untuk satu bahagian sahaja
- Biarkan crepe tadi sejuk sepenuhnya kerana kalau masih panas dikhuatiri whipping cream akan cair
- Balutkan bersama whipping cream, durian dan whipping cream semula.
- Siap untuk dihidang.