Iklan

Wednesday, 5 December 2012

Durian crepe

Selepas fenomena cupcake, macaroon,pavlova dan lain-lain sekarang ni timbul durian crepe plak. Disebabkan terlalu banyak permintaan sebab tu sekeajp je jadi popular. First time rasa...errrmm!!! not bad sedap so langkah seterusnya nak cari resepi.

Nasib baiklah seorang kawan ni bermurah hati untuk memberikan resepinya..Alhamdulillah ada lagi orang yang baik kat bumi ni ye..Maklumla zaman sekarang ni mana ada yang free..klu ada pun belum tentu betul.

Maka eksperimen pertama pun bermula, jadi tu memang jadi tapi kulitnya tebal x jadi nipis macam kat kedai tu..so??? dimanakah silapnya dari gaya geleknya kah? dari gaya bancuhannyakah?tak jumpa jawapan. wuawua!!! nangis. Tapi tak putus harapan coz tau rasa tu dah ada cuma skill je belum jumpa. Maksudnya resepi ni boleh diguna pakai..hikhikkkk

Hari ni saya bermurah hati untuk syer resepi durian crepe...sape2 yang dah ada tu kalau nak compare2 untuk menambahbaikan repesi anda apa salahnya. Resepi ni pun saya dah ubah sikit-sikit mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan :-

Bahagian kulit

250gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
25gm butter
sedikit gula
sedikit garam
sedikit santan

Untuk isi

100gm whipping cream - non diary cream (gold label)

Cara membuatnya:-

- Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung ubi
- Pecahkan telur satu persatu - kacau sehingga kuningnya pecah
   Campurkan kedalam tepung
- cairkan butter (campur kedalam bancuhan tepung).
- masukkan gula, garam dan santan
- kacau sehingga sebati
- Jika terdapat ketulan tepung, sebaiknya diblender untuk mendapatkan tekstur yang halus
- Masak seperti buat lempeng.
- Biarkan ianya masak untuk satu bahagian sahaja
- Biarkan crepe tadi sejuk sepenuhnya kerana kalau masih panas dikhuatiri whipping cream akan cair
- Balutkan bersama whipping cream, durian dan whipping cream semula.
- Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment