Iklan

Tuesday, 5 July 2011

Novel menarik...

Mentang-mentang Nora elena tu diadaptasi dari novel Kasih Yang suci...terus ku cari novel tu untuk ku baca..walaupun 60% jalan cite dah tau tapi nak jugak (sambil hentak kaki) baca novel tu. Adik ipar bagi pinjam tak nak..eksyen nak gak beli sendiri. Bukan ape nak buat koleksi sebenarnya..

Bayangkan dah cetakan yang ke-11 novel ni..fulamak!!! gempak tu puas cari novel ni semua out of stock. Disebabkan novel ni macam pisang goreng panas..aku pn kenala oder dulu. Tension sebenarnya kalau kena menunggu ni.
Inilah dia novel yang ditunggu-tunggu..
akhirnya dapat jugak...sangatlah puas...hehehehe
Novel kasih suci kena tunggu 2-3 hari kata budak kat kedai buku tu..akak nak oder ke x?..off course la nak dik oiii. Sementara nk tunggu 2-3 hari tu aku pn ape lagi cari la novel lain (tetiba jadi rajin nak baca novel..kalau diingat-ingat balik last baca novel masa sekolah dulu)..eee teruknya.

At the last, aku beli 3 buah novel (ombak rindu (tak lama lagi masuk panggung), andai itu takdirnya & cahaya cinta). Update skit sinopsis kalau2x ade yang nak beli..

1.) OMBAK RINDU (SINOPSIS)

Cite ni gile best..dah dapat bayangan tentang watak dan pelakon-pelakonnya..(dalam filem pelakon utamanya Aaron aziz (my hero...cehhhh!!!, maya karin, lisa surihani dan ramai lagi).

Cite ni mengisahkan tentang Izzah seorang anak yatim-piatu yang telah dibela oleh bapa saudaranya yang kejam. Sanggup menjual anak saudaranya itu demi membayar hutang-piutang. Selepas dijual dia (Izzah) dijadikan sebagai GRO...huhuhu sian..Pada waktu ini lah dia berkenalan dengan hariz (yang merupakan salah seorang pelanggannya). Pelbagai pujukan dan rayuan ditagih agar hariz membantunya untuk keluar dari tempat yang dia sendiri tidak pernah rela untuk melakukannya....seterusnya...sila la beli yek novel ni..boleh mengalirkan air mata..

2). CAHAYA CINTA

Novel ni kadang-kadang tak lari jauh jalan citenya..Novel cahaya cinta ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Zahania a.k.a anis. Mempunyai ijazah kedoktoran namun terpaksa melupakan cita-citanya kerana terpaksa berkahwin dengan pilihan ayahnya yang bernama Nizam. Tujuan utama perkahwinan ini dilangsungkan kerana ayah anis memerlukan wang unutk membiayai rawatan penyakit ibunya.

Namun perkahwinan yang dibina tidak seperti yang diharapkan. Sepak terajang menjadi habuannya hampir setiap hari. Makan minumnya juga tidak dibela. Sehinggalah dia terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan dan anak yang dikandungnya. Jawatan sebagai tukang cuci (cleaner) di syarikat Rizman telah mengubah segala-galanya...seterusnya..sila la beli ..saya tukang promote jek..

3). ANDAI ITU TAKDIRNYA


Akan saya update sedikit masa lagi..coz belum sempat nak baca...

Saya dah baca novel ni..huhu..Rasa-rasanya antara empat-empat novel yang saya baca..novel ni paling banyak saya tumpahkan ayor mate..makkkk aiii..sadis gile (emo jap)

Ok..novel ni mengisahkan seorang wanita yang bernama Aleya. Hidup dalam keluarga yang sederha dan sgguh bijak sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di universiti tempatnya belajar dia secara diam telah meminati teman sekuliahnya yang bernama Syed Aizril..Si syed ni merupakan anak orang kaya. hey..anak org kaya ni belagak nak mampus ditambah pulak ngan hensem..errmm ape lagi bertambah-tambah lah perah santannya. Tapi dalam masa yg sama dia rupanya meminati si Aleya ni..tapi egonya yg melambung2 tinggi..dipandang sepi..

So kisah seterusnya...waduh2x...menyayat hati..klu bt drama ni..sure meletop cm "Nora Elena"...sadis gile...

Bagi sesiapa yang dah baca novel ni boleh la kite sama-sama syer..yek

wassalam....

hari-hari keje...huhhhhhh...

Penat..itulah ungkapan yg aku boleh cakap..kenapa?..setelah ketiadaan bibik dirumah ni..aku la penggantinya (sepatutnya memang pun)..ditambah pula officemate aku pun dah berhenti..aduiiiiii..bak kata pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga"..gedebuk atas kepala..

Sekarang ni..kat umah masih under control..anak aku sufi jadi assistant bibik (habis ku kerahkan tenaga dia) huhuhu kejam nye, ala bunyi jek cam kejam tapi tak pun. Rumah pun masih teratur dan kemas (sejuk hati bila penat-penat balik rumah tengok keadaan rumah bersih dan tenang) buatnya macam kapal nak karam..kiok terus..

Syok gak sebenarnya tak de bibik ni tak ganggu privasi aku..lagi pun anak-anak dah besar dah boleh diharap dan yang penting tak kacau mak dia nak rehat.

Rumah punya hal settle..tup! tup! office pulak bikin hal..Bebal tahan gaban untuk tugasan aku kat office ni. Terpaksalah study balik pasal account coz officemate aku (bhgian acct) dah cha alip but (cabut)..huhuhu.

Ya Allah...tolonglah hamba mu ini..wa tatau mana satu mau buat ni. Mana nak kejar bahagian purchaser, order barang, hantar document or claim, collect cheque, meeting lagi dan terbaru handle account pulak. Kalau la bos aku baca ni...mampus!!!!. tapi ape nak buatkan dah namanya pekerja kena la ikut arahan tapi takkan la tak faham2x...hihihihi gaji kasi up la sikit..baru mood cantikkkk..

Keja di pejabat ni sebenarnya lebih penat dari orang yang bekerja kat luar..coz keje guna otak ni silap haribulan otak jem..badan pun jem..mintak simpang malaikat 44.