Iklan

Thursday 7 April 2016

Amsterdam, Netherland

Sambung story untuk next destination...

masa beli tiket dah sedia maklum yang kitaorang akan naik flight dari Sabiha Gocken International Airport. Untuk makluman Airport ni terletak di bahagian benua Asia dan jarak dari Kota Instanbul lebih kurang 50km (1jam 30minit). Nak pegi naik apa? tu soalan yang terpancul kat mulut..
Ok..kebiasaanya hotel di Istanbul akan alert dan kita kena rajin bertanya. Memang ada service dari hotel ke Airport (tengokla  nak pg airpot mana) cth flight saya jam 9.30pagi jadi shuttle van akan collect jam 6.30pagi (ada schedule of time) bukan sesuka hati boleh pickup..kalau terlambat memang MASAK!!!!!...service shuttle van ni akan pick up betul-betul depan hotel so x jadi masalah. harga pun ok 10euro. Just pesan je kat receptionist hotel utk wakeup call dont worry sure tak kena tinggal...

Airport Schiphol sangat unik nampak croud tapi teratur...
Sampai kat airport terus Check in bag n breakfast (kat istanbul banyak restoran Halal) especially asean site. Penerbangan dari Istanbul ke Amsterdam Schiphol Airport mengambil masa 3jam 30minit. Cuaca memang cantik masa ni tak berawan suhu sekitar 8 darjah celcius tak berawan macam di Istanbul. Dari dalam flight boleh nampak macam petak-petak sawah gitu. cantik sangat!!!.keterujaan untuk mengunjungi Amsterdam membuak-buak (memang simpan impian dari kecik nak pegi tak tahu la kenapa) tak salah menyimpan angan-angan.

Ok..back to story, pesawat selamat mendarat dengan jayanya..alhamdulillah
Dalam train dari Schiphol Airport ke Amsterdam Centraal
as usual kena check in, cop passport dan seangkatan dengannya la...Sama jugak kita orang lepak-lepak dulu sebelum meneruskan perjalanan tapi kali ni kitaorang lepak kat Starbuck je coz tempat lain macam annoying je tak berani. Kat starbuck pun just minum Hot Choclate dan jangan terkejut 1 cup tu bernilai 10euro = RM40.00 (Oh my god???) serius mahal cm gini tapi tak pe la kan...since kita dah tukar duit janganla nk convert duit Malaysia..kalau kira boleh pitam!!!.

Amsterdam Centraal...
Dah hilang pening-pening lalat apalagi cari tiket untuk ke Amsterdam Centraal senang je nk cari kaunter tiket sebelah starbuck je..Tiket murah je dalam 8euro untuk 2 orang lepas tu terus pegi gate 3 utk naik train underground. Dari airport nak ke Amsterdam Centraal ambik masa 20 minit, jangan risau kalau tertinggal train sebab kekerapan dalam 5 ke 10 minit (sangat-sangat effisyen).

Di belakang tu Amsterdam Centraal
pemandangan di luar Amsterdam
Centraal bertentangan dengan terusan.
Amsterdam Centraal ni kira macam KL Central la...besar dan banyak train menghubungkan ke negara-negara eropah yang lain. kalau tak rajin bertanya boleh sesat dek oiiii..Jalan keluar dari stesyen nak cari hotel yang dah siap sedia tempah.
minta bantuan dari polis yang mengawal di situ..bagitau hanya perlu jalan kaki sahaja untuk sampai ke hotel tak perlu naik train or teksi..that good!!! saved cost..

10 minit jalan dah sampai hotel betul-betul di tepi jalan utama dan pusat tumpuan orang ramai. Manusia bertali arus (dalam hati...apa diorang buat ni ha?) 70% daripadanya adalah pelancong macam saya..ha jawapannya melancong la...apa lagi kalau orang tempatan xde keje nak mundar mandir kan. As usual kitaorang akan check in hotel (Neutraal Hotel) Ok untuk hotel ni saya check in untuk 2 hari dengan harga RM588.00 tapi kan saya tersilap pandang masa book huhuhu nak tau kenapa??? kitaorng terpaksa share bilik air..adoiiiii nak cancel dah tak boleh sbb last minit tanya encik suami dia kata ok je then ok la nasib baik konsepnya 2bilik share 1 bilik air..so x de la havoc sgt dgn orang lain, memandangkan hotel ni dekat dengan pelbagai akses, senang la..

Apa yang menarik kat Amsterdam? banyak sebenarnya..kitaorang pilih-pilih untuk lengkapkan 2 1/2hari (off course memang tak boleh cover semua) Kat sini saya senaraikan tempat menarik supaya uolls yang ada hati nak pergi tak meraba-raba nak mencari :-

* Kalverstraat Street
* Flower market
* Damrak Square

Di sekitar Damrak ni pun tak habis jalan sebenarnya..sebab apa? kiri dan kanan adalah shopping area..wow!!!! H&M, Zara, bershka, kedai-kedai souvenier memang berlambak dan untuk pengetahuan uolls semua GANJA adalah legal di Amsterdam..oh ya!!!. tidak menjadi satu masalah pun kalau anda membeli ganja di sana.

Apa lagi tempat menarik selain tempat-tempat yang saya cite ni..ha!!! mostly berada di luar kota Amsterdam..so stay tuned membaca coz saya akan story pengalaman saya berada di tempat yang saya rasakan sangatlah mendamaikan....daaaa...

Wednesday 6 April 2016

Destinasi Pertama ..Istanbul

Setelah melalui penerbangan yang sangat panjang dengan mata yang dah macam panda kami tiba di lapangan terbang Atartuk International Aiport, Istanbul jam 5petang (waktu Turkey) 11.00malam waktu Malaysia beza waktu malaysia dan Istanbul adalah 5 jam.

Hotel saya dah siap book awal-awal melalui booking.com.Tips saya nak share skit kalau pg oversea especially europe country booking.com is better atau pun budgetplace.com. Hotel yang saya dapat ni harganya sekitar RM200.00 (lokasi : sekitar kawasan Sultanahmet). Disebabkan kami tak rushing so lepak-lepak dulu betulkan pinggang yang dah terperap hampir 12jam sambil menikmati suasana di bumi Istanbul cuaca pun boleh tahan sejuk 6c..gigil juga la bila kena tiup angin.
Nama dia maria, tegur kitaorang sebab katanya muka macam
orangMalaysia...off course we are Malaysian and suprisely she also 
from Malaysia stay at Subang Jaya, back to Istanbul for short break 
gathering with her family. dia tunjuk jalan..untungnya kalau kira 
ramah mesra.
Dari Airpot Atartuk kami naik train dari Stesyen Havalimani ke Stesyen Zeytinburnu dan seterusnya tukar stesyen untuk ke Sultanahmed..dari Sultanahmed hanya jalan kaki untuk sampai ke hotel Q seperti yang telah tempah di booking.com

Hotel kat Istanbul ni cantik2 nampak mewah walaupun sebenarnya hotel budget..seni ukiran dengan lampu lip lapnya..terasa berada di hotel 5stars.
Blue Mosque pada waktu malam..

Rehat2kan badan mandi bagai kami keluar balik..Untuk pengetahuan semua bila waktu musim sejuk waktu siang adalah pendek kul 5.00petang dah macam kul 7.30malam...mula tgk jam ingat dah kul 8malam tapi baru kul 6.00petang..so apalagi jalan-jalan la mana tempat yang boleh cover coz esok pagi dah nak terbang ke Amsterdam.

Stesyen Sultanahmet..simple je
stesyennye kat tgh2 jalan raya
Matawang Turki adalah Lira..currency adalah lebih kurang Malaysia saja..tetapi diorang juga terima matawang Euro...Turki ni terbahagi kepada 2 benua. Istanbul berada di Benua Eropah jadi Euro boleh diterima.Apa yang menarik ada kat Istanbul? saya tak sempat nak cover semua tempat memandangkan kesuntukan masa jadi cover area yg berdekatan je off course semua orang kenal "Blue Mousque", Bazar Spice, Taksim Square kan..tapi malangnya saya tak dapat cover tempat tu semua since ada kes bom di Ankara..semua orang jadi lebih berhati-hati. Tak pe la x de rezeki.
Balik je hotel kecoh pasal kes bom di Angkara..dan satu berita yang hot juga ..."Suspeck pengebom Di Paris ditangkap Di Belgium..Wow!!! macam tak selamat je ni tapi program telah disusun sebaik-baiknya..Tawakal je la..

Kita sambung di bumi Amsterdam pulak ye...daaaaaahhhh!!!!

Trip ke Europe


Salam semua..hari ni rajin skit nak upload blog..jenuh juga nk memikir apa nak cite ..
first skali saya nak story pasal tiket flight..dah banyak sangat google airline tapi harga ada yang murah ada juga yang mahal..ramai gak bagitau Qatar airways, etihad dan emirates murah tapi bila tengok tak murah sangat. At last saya jumpa Turkish Airlines tengok tarikh memang ngam kena plak dengan budak cuti sekolah dan harga yang saya dapat serendah RM2,100.00 return. Kalau bernasib baik dan pandai pilih waktu nk search boleh dapat serendah RM1,900.00 (boleh juling-juling bijik mata)..tanya dalam hati betul ke semurah ni..tapi tip saya nak bagi kadang-kadang memang betul tiket murah tapi airportnya jauh bukan airport utama so semak dulu sebelum beli ye..
kembali kepada proses membeli, bila dah tengok segala details apa lagi laju je membeli...settle bab tiket. Destinasi tiket adalah dari KL-Istanbul-Amsterdam. Penerbangan TK0063 mengambil masa 11jam 05minit aduhaiiii!!! kebas punggung. Dari Istanbul ke Amsterdam 3jam 30minit.

Setelah dapat pengesahan tiket daripada Turkish Airline...terus siapkan program jelajahan selama 2minggu. Mula-mula tak tau nak start dari mana tapi setelah search pelbagai blog travel..dapatlah beberapa tips untuk memulakan penjelajahan.

Saya akan share..program saya sepanjang 2 minggu saya berada di sana. pada sapa2 yang nak pergi ke europe dengan budget yang minimum..don't worry i will help you guys.

Wednesday 30 March 2016


Salam...

Lama rasanya tak update blog...bersawang-sawang dah
Kak ngah ni ada story menarik nak share kat uols semua...nak tau story apa x?
ha..pasal europe trip..
Pada kaki2 pelancong yang underbudget dan backpakers akak akan share budget untuk korang jadikan rujukan...