Iklan

Wednesday, 26 December 2012

Makkahtul Mukarramah...

Saat n3 ni ditulis..aku baru 5 hari pulang dari tanah suci Mekah. Masih terasa kesyahduan, keheningan dan macam2 rasa la. Tak leh diluahkan dengan perkataan. Walaupun ini kali kedua aku kesana. Pergila berapa byk kali pun perasaan tu akan tetap sama. Pemergian aku kali ini disambut dengan penuh kedukaan...mana tidaknya baru sehari aku sampai di kota Madinah aku dikejutkan dengan berita pemergian ibu mertuaku. Sayu dan syahdu..apa nak buat bukan rezekiku untuk menatap wajahnya buat kali terakhir..Jika diikutkan hati mahu saja pulang tapi memandangkan tiketnya terlalu mahal selain memikirkan apalah yg aku boleh buat jika aku pulang (takut x sempat) lebih baik aku memanjatkan doa di bumi Allah yang tenang ini.
Yang membuatkan aku bertambah sebak, bila waktu pengebumian dijalankan aku menunaikan solat jumaat di Masjid Nabawi..mungkin memahami kesedihan atau kebetulan imam Masjid Nabawi terpaksa mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak hampir 3 kali...tersedu-sedu..sampikan dia tidak boleh meneruskan pembacaan..terpaksa diulang semula solat..Aku serta rombongan keluarga yang lain apa lagi tersedu-sedua la...

No comments:

Post a Comment