Iklan

Friday, 20 May 2011

Nur kasih The movie....

Nur...nur...nur kasih....pasti ramai yang menunggu kemunculan NKTM kan....termasuklah saya..(tu la penangan nur kasih). Hari pertama ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia 19/5/2011. Saya antara orang yang tidak melepaskan peluang untuk menjadi orang yang pertama menyaksikan kesinambungan drama bersiri Nur Kasih. Fanatik kah saya???...errrmmm boleh la kut..hehehehe. berangan jap..

Masih mengekalkan tiga watak utama (Adam, nur, aidil) didalam filem membuatkan saya berkobar-kobar (peminat remy ishak sebenarnya)..hahahahaha.tak kurang juga watak emak Adam dan Aidil (lakonan liza othman)...lakonannya sebagai seorang ibu memang menjadi.
Setelah 1 1/2 jam menonton dapatlah saya huraikan disini bahawa antara filem dan drama saya lebih suka jalan cerita didalam drama berbanding filem. Ini pendapat saya..apa-apa pun karakter dan penghayatan yang dibawakan para pelakon utamanya masih menusuk kalbu tapi saya tidak la menitiskan air mata sebagaimana dramanya...

Segala-galanya demi nur (demi menebus kembali kesilapan lampau) itu janji Adam .Setelah pelbagai rintangan dilalui akhirnya Nur Aminah hidup sendirian apabila Adam menyahut panggilan illahi...(setelah mereka berusia) Banyak plot yang menarik di dalam NKTM tapi tak leh cite panjang-panjang kang tak feel bagi sesiapa yg belum tengok...

Tapi apa-apa pun tahniah kepada pengarahnya Khabir Bahtia kerana telah merungkaikan segala konflik didalam drama yang diangkat menjadi filem. Thumb up!!!!

No comments:

Post a Comment