Iklan

Wednesday, 18 May 2011

Asam garam kehidupan

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran dan setiap yang bermula pasti berakhir.....begitulah kisah hidupku
sentiasa diduga...Wahhh...feeling habis..knpa aku?..
Ha..ceritanya cam gini..Semalam 17/5/11 kan cuti umum (wesak day)..so layan movie..cite 2 alam...
Hasil tontonan saya (dicelah-celah jari)...coz penakut (sebenarnya tak la seram) tapi disebabkan kematian menjadi topik utama ...tu yang takut (sedarlah ...kamu pasti akan melaluinya)...

Cerita ni best sebenarnya. menginsafkan...tapi kenapa kurang mendapat sambutan????...walaupun pelakonnya Aaron Aziz...(coz cite2 berbentuk islamic dan tauladan cam ni tidak ditonton oleh remaja2 kat luar sana)..

Jalan ceritanya mengisahkan seorang lelaki bernama Adam...tetapi telah menukar jantina menjadi wanita dengan gelaran Amy. Merupakan seorang artis terkenal (kaya gile)...Hidupnya saling bertukar-tukar pasangan. tu belum kira clubbing, mabuk dan seks rambang..pergghhh...

Punca kejadian sehingga menyebabkan kematiannya disebabkan kekasih hatinya telah bersekongkol untuk mencabulnya secara bergilir-gilir dan pada masa yang sama terpampang kisah peribadinya yang menjelaskan dia sebenarnya seorang LELAKI...Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan lelaki mat salleh..tetapi gambaran perkahwinannya menyamai cara perkahwinan kristian...bermakna dia telah murtad..Masya Allah...
Bila mana perkahwinannya gagal..maka ramailah lelaki2 diluar mendambakan dirinya (tak tau sebenarnya dia pun lelaki).

Peristiwa identitinya dibongkar telah membuatkan dia begitu kecewa dan putus harapan lalu mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri...Aduhhhh sedihnya...

Maka jalan cerita 2 Alam ni bermula disini...pelbagai masalah timbul semasa proses menguruskan jenazahnya. Dari pagi hingga ke malam barulah jenazahnya dapat disemadikan.

Actually jalan cite ni menarik untuk dijadikan pengajaran  tetapi terlalu banyak sangat flash back benda yang sama membuatkan saya rasa (errmmm tak de scene lain ke???)...
Walaupun filem ini tidak mendapat kutipan seperti yang dijangka....(biasela manusia lebih sukakan filem yang berbentuk hiburan berbanding yang boleh dijadikan iktibar) bagi saya ia sebuah cerita yang bagus cuma perlu lebih berdaya kreatif agar tidak mengulangi babak yang sama...

No comments:

Post a Comment