Iklan

Monday, 4 April 2011

Beijing In Love...

Saya pernah menyimpan angan-angan waktu kecik2 dulu..yang mana saya mahu sampai ke tujuh-tujuh keajaiban dunia (7 wonder in the world). Pada asalnya saya bukan la mahu ke Beijing tetapi Korea..membayangkan cerita "Winter Sonata" tu hati mengelupur nak pergi..(terpaksala en.suami mencari wang untuk memenuhi kehendak saya)...teruk betul pompuan ni..tetapi disebabkan masalah teknikal (benggong punya agensi) saya dengan berat hati membatalkannya..Habis!!! potong stim...siap dah berangan ala-ala winter sonata..Untuk tidak menghampakan saya ...wang yang telah dibayar ke agensi tersebut dibayar pula ke agensi milik seorang rakan..tetapi destinasi adalah BEIJING, China...Wahhhhh!!!..akhirnya impian saya akan termakbul..tapi kali ni saya tak nk berangan..kang takut tak jadi..lagi frust..Seperti tarikh yang dijanjikan tibalah waktu untuk kami ke sana..Macam pg honeymoon jek tapi anak dah sorang daaa..hahahahha..
penerbangan ke Beijing mengambil masa 6 jam..menaiki penerbangan MAS..masa ni Air Asia belum pegi Beijing lagi. Sebelum pegi tu ade la buat skit preparation..search la kat google.."WINTER"..jakun tahap gaban..excited macam kera dapat bunga...
Memang sejuk tahap beku...-7 darjah celcius..turun kapal terbang terus mengigil..itu baru suhu bilik belum udara luar...skali kuar mak tak leh cakap dah nyahhhh!!!!..sejukkkk...


Kepada mereka yang tidak tahu inilah corak salji...yang ditengah-tengah bahagian bawah salji yang saya temui...cantik bukan!!!!...
 
Selalunya dengar kat Beijing susah nk dapat makanan muslim..tapi sebenarnya tak la susah mana kalau pegi ngan "muslim tour"..
Tidak disangka-sangka keesokan harinya salji turun dengan lebatnya. Kalau korang dapat bayangkan betapa jakun nye saya...tipu la kalau tak jakun (berani potong jari la)...salji jatuh atas baju...hehehehe..cantik sangat sebenarnya salji ni..tak pernah tgk kan..bila dapat tengok dengan mata sendiri sebenarnya salji ni mempunyai corak...bukan la seperti parutan ais ABC tu...Begitu halus..kalau tak diamati mungkin tak kan perasan sebab dia jatuh berkumpulan...
 Mungkin rezeki saya untuk berjumpa dengan salji..Kalau diikutkan salji sudah tidak turun dan musim sejuk juga sudah sampai ke penghujungnya..tapi tu la kan kuasa Allah siapa yang boleh menghalang....

No comments:

Post a Comment