Semenjak wujudnya cupcake di Malaysia ni..tercetus revolusi dalam penghasilan kek cawan yang teramatlah comel dan beraneka corak..Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bermacam-macam blog dihasilkan untuk memaparkan kekretivitian masing-masing..tak kurang juga yang menciplak hasil kerja orang lain (pe ke hey!! deme ni). Tetapi kini ade sejenik kek (kategori kek rasanya) yang mula mendapat tempat dihati bakers-bakers kat Malaysia ni ..."Macaroon". Hasil carian saya di wikipedia. Macaron membawa maksud "crush or beat" (ranggup dan kenyal) dalam bahasa Perancis. Bila dah di Malaysiakan jadi la "Macaroon" menggunakan bahan yang berasaskan gula, putih telur dan serbuk badam, berbentuk bulat dan berwarna-warni. Saya pasti macaron akan menjadi kegilaan terkini selepas cupcake kerana bentuknya yang comel.
No comments:
Post a Comment