Hidup di zaman yang semuanya berasakan teknologi sangat mencabar bagi ibu-ibu yang bekerja macam saya. Melihatkan kepayahan ibu bapa sekarang untuk memastikan anak-anak tidak leka dibuai arus kemodenan pelbagai cara dibuat tetapi persoalannya siapakah yang boleh "menghalang"?. Jika tidak dipenuhi dikatakan katak bawah tempurung, tak ikut peredaran masa dan macam-macam.Silap langkah anak-anak kemana pelajaran pun entah kemana.
Mana tidaknya, mereka telah disajikan dengan pelbagai aplikasi yang berasaskan teknologi. Saya percaya, kini setiap rumah pasti mempunyai komputer atau laptop untuk kemudahan internet. Pengaruh internet kini sangat kuat terhadap kanak-kanak/remaja. Ada laporan yang ditulis mengatakan kebanyakan masa remaja/kanak-kanak (kini) dihabiskan dihadapan komputer. wow!!!. Pengaruh "facebook, twitter" menjadi kegilaan anak remaja sekarang. Ini bukan la satu berita yang menggembirakan. Tidak dinafikan laman sosial ini banyak membantu untuk penyebaran maklumat, perhubungan serta info-info yang berkaitan tetapi jika disalah gunakan ...siapakah yang mahu bertanggungjawab?. Bagaikan tidak boleh berenggang, itulah yang boleh saya bayangkan betapa kuatnya pengaruh laman sosial ini menular dikalangan anak-anak. Tidak cukup dengan itu, kini mereka juga sudah memiliki telefon sendiri (bukan cikai punya...blackberry tu), pasaran dan harga telefon bimbit yang semakin meluas dan murah membuatkan "gadget" itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Belum kira PSP, PS2, X Box, ade juga yang sudah memiliki kenderaan sendiri. Bertuah kan???...
Jika dahulu di zaman saya (tak la dahulu sangat) dapat naik kereta excited gile sanggup bersempit-sempit macam tin sardin tapi di zaman ini kereta bukan lah satu kenderaan untuk direbutkan lagi. Diorang jadi "jakun" bilamana dapat menaiki bas. (dah terbalik)..
Harus di ingat juga kepada ibu bapa, (juga pada saya) memberi itu ada hadnya..jangan sampai apa yang kite berikan kepada mereka sebagai kemudahan akan memudaratkan akhirnya.Silap haribulan apa yang kite katakan akan diterbalikkan, seolah-olah mereka lebih tahu menilai mana yang baik dan buru. Seperti topik yang dibincangkan "Semanis Kurma" malam tadi. "Tanggang Moden"....
Sesungguhnya anak itu rezeki daripada Allah. Kita yang mencorakkan apakah warna yang tercantik untuk dijadikan panduan hidup pada masa akan datang. Cabaran itu ada dimana-mana. Selagi kite tahu akan kebaikan dan keburukan, Insya Allah kite tidak akan terbuai dibawa arus. Jadi, manja-memanjakan tu tak salah, tapi perlu ada batasnya.
No comments:
Post a Comment