Tiram merupakan tempat dimana mutiara terhasil dari benda asing yang terperangkap di dalam tiram lalu tindakbalas yang menghasilkan kalsium dan protein. (Kalau manusia ni macam batu karang la)....
Mutiara ni sebenarnya terbahagi kepada 2 jenis...mutiara air masin dan mutiara air tawar. Dari segi nilai mutiara air masin mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding mutiara air tawar ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada air masin itu sendiri berbentuk bulat, pelbagai warna dan sedikit berat...semakin bulat mutiara tersebut semakin tinggilah nilainya begitula juga dengan warna semakin gelap warna mutiara tu semakin mahal la nilainya.Ini kerana ia dinilai dari umurnya...so macam kelapa la (makin tua makin lemak santannya)...
Bagaimana untuk mengetahui mutiara itu asli???....
1. Untuk menilai sebiji mutiara yang asli...haruslah diketahui yang mana mutiara ini sebenarnya kalis calar. Caranya ...kikis permukaan mutiara menggunakan benda tajam kalau benar ianya asli pasti tidak meninggalkan kesan calar dan serbuk halus akan terhasil... hasil kikisan tadi..
2. Ianya juga kalis api (permukaanya tidak akan terkopek).
3. Warna mutiara terhasil daripada cengkerang kulit tiram dan bergantung pada usianya..pelbagai warna kite boleh lihat dipasaran tetapi harus di ingat mutiara tidak berwarna hijau, biru, merah...
Untuk pengetahuan semua, dalam sebiji tiram tu bukan la hanya sebiji mutiara sahaja sepertimana yang kita bayangkan..ada berpuluh-puluh biji sebenarnya.
Selain itu, mutiara juga diproses untuk menghasilkan bahan kosmetik (rawatan wajah ) dan supliment untuk mengekalkan kesihatan dari dalam. Di China penggunaan kosmetik yang mengandungi mutiara amat popular kerana keberkesanannya.
Jepun, Filipina antara negara yang mempunyai mutiara yang nilainya berpuluh-puluh ribu ringgit. Namun terdapat juga mutiara di Malaysia (Sabah) tetapi kebanyakannya diperolehi dari Selatan Filipina..
Semoga tip dan panduan ini berguna kepada mereka-meraka yang meminati mutiara (macam saya)...
Segala tinggalkan pendapat dan komen anda di bawah...sekian.
No comments:
Post a Comment