Hari ni nak lari tajuk sikit..tetiba je timbul mode kawin...wakakkaa..
Hari ni 29/4/2011 akan tercipta satu dimensi baru perkahwinan di Raja Britain apabila si kacak tu (aduhhh..terpesona kejap) akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kate..Saya ni bukannye follow sangat cite-cite diorang ni..tapi bila berita, newspaper waima majalah pun asyik cite jek..jadi berkenan la pulak nak tumpang sekaki...(mode : menyibuk)..
Kalau tengok dari rupa paras Putera william ni...dia banyak mewarisi kejelitaan ibunya...mendiang Puteri Diana berbanding adiknya yang lebih kepada bapanya.. Sikapnya juga seakan-akan sama (anak omak dio nihhh)...
Pasangannya pulak Catherina Elizabeth Middelton a.k.a "Kate" jelita tapi nampak sedikit matured (berumur)
kalau bergandingan dengan Putera William..apa-apa pun mereka tetap sepadan. Detik-detik percintaan yang terpaut di zaman universiti menyatukan mereka (ooo...cinta monyet rupanya). Walaupun percintaan mereka pernah terputus di tengah jalan tapi tu la kan (kalau dah jodoh tak kemana)..menyatukan mereka kembali dan membawa ke gerbang perkahwinan.
Saya ni bukanlah update sangat pasal fesyen tapi saya suka melihat gaya si Kate ni. Gayanya yang sederhana tetapi menawan itu membuatkan setiap langkahnya akan diperhatikan (masalah dong!!!)..Baju, kasut, tas tangan, fesyen rambut, aksesori semua akan dinilai. dan di komen (sian dia) coz pengaruh mendiang ibu mertuanya..Ape-ape pun dia sangat bertuah kerana berjaya menawan hati Putera William (bukan senang ooooo..)..
Tak sabar nak balik umah nak tengok tv (ade siaran langsung)...chow....
Iklan
Friday, 29 April 2011
Thursday, 21 April 2011
Birthday anakku yang ke-8 tahun
Semalam 20.4.2011..genap umur anakku Amirul Sufi bin Sahnon berusia 8 tahun..Karakternya yang cool serta jiwang (gembeng)..tak tentu pasal membuatkan aku kadang-kadang boleh naik angin. Akan tetapi sifatnya yang mengikut apa jek yang ibu dia suruh membuatkan saya sayang dan senang mahu menyuruhnya....
Sempena hari jadinya, saya telah pun menyediakan sebiji kek untuknya. Saya katakan padanya (ibu abang kan tokeh kek..cakap jek nak design ape...wakakakak (mode : berlagak)....Mulanya dia berkehendakkan kek edible print + photo gambar Rio (at the last saya tak dapat memenuhi kehendak dia coz sibuk ngan kerja)...sorry yek sufi ibu tak sempat search gambar rio tu...tapi sebagai ganti ibu telah buatkan sebiji kek "spongebob squarepants" untuk sufi celebrate kat sekolah bersama kawan-kawan.
Disebabkan rasa bersalah tak leh buat kek rio tu...saya pun ikutkan la kehendak dia untuk turut serta menyambut harijadinya disekolah. Seronok melihat dia gembira
Dan paling gembira kedua-dua opah dan atuk datang KL...(nampak sangat cucu kesayangan)...Bukan main happy dia...Walaupun tak dapat hadiah (untuk tahun ni) tapi dapat banyak duit...yeyeyeyeyeye nanti boleh belanja ibu...
Untuk Amirul Sufi bin Sahnon...ibu sayang sufi sangat-sangat..Walaupun selalu kena marah (coz suka ngelat) tapi ibu tau sufi budak yang baik dan pandai (macam ayah)..
Ibu doakan semoga sufi berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh, taat pada ibu-bapa serta belajar bersungguh-sungguh.

Wednesday, 20 April 2011
Contest
Nampaknya web counter hampir mencecah ke angka 300...Siapakah yang bernasib baik untuk mendapatkan "blueberry cheese tart" dari "nurizbake"...Jangan lepaskan peluang ni ok...dan sebagai bukti jgn lupa email pada saya untuk prove...
Thank you....
Thank you....
Monday, 18 April 2011
Puding Roti Karamel
Puding roti karamel ni...sedap sangat..saya ubah sikit resepinya supaya menepati citarasa tekak saya yang tidak berapa gemarkan susu (sesetengah jenis sahaja)...
Nampaknya eksperimen saya minggu ni menjadi..tapi disebabkan sikap tak sabar telah membuatkan puding saya pecah (sebab tak cukup keras/sejuk)...By the way...tak sia-sia buat ...anak-anak pun suka...So pada sesiapa yang nak cuba buat ...saya bagi resepi yek...
Bahan-bahan:
Karamel...
1/4 cawan gula pasir
1/4 air panas
cara membuatnya :
- Masak gula tanpa minyak didalam kuali (disyorkan) menggunakan api yang perlahan sehingga cair.
- Padamkan api...tuangkan air panas tadi kedalam gula ...kacau segera agar gula tidak berketul..Masa ini gula cepat mengeras...
- Tapiskan gula yang telah cair kedalam loyang...
- Biarkan ianya sejuk seketika...
Puding....
*3 keping roti (dikoyak dan dibuang kerak-kerak kat tepi tu)
*1 1/4 cawan susu cair
*1/2 cawan air suam
*1/4 susu pekat (boleh tambah kalau nak lebih manis)
*1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (size B).
Cara membuatnya :
- Blend kesemua bahan bertanda * kecuali telur...
- Pecahkan telur dan kacau sehingga telur sebati (jangan kocak macam buat telur dadar tu ye) cukup kekadar menyatukan kuning-kuning telur tu sahaja.
- Campurkan telur kedalam bahan yang diblender tadi dan kacau sebentar.
- Tapiskan kesemua bahan tadi agar hasilnya lebih halus kedalam adunan gula karamel tadi dan masak menggunakan kaedah "steam bath" iaitu meletakkan air didalam bekas yang lebih besar daripada loyang.
- Masak menggunakan suhu 130 darjah celcius lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
- Akhir sekali, sejukkan sebentar agar mudah untuk dikeluarkan..
Sunday, 17 April 2011
Choclate moist cake...lagi
Repeat order daripada kak zaiti untuk birthday anak dia..Hari tu celebrate kat sekolah katanya..Kali ni untuk celebrate kat umah...
Friday, 15 April 2011
Puding roti...
Resepi puding roti ni saya dapat dari blog "Dari dapur Madiha" http://mamawadiha.blogspot.com/ ..thanks ye kak..coz sudi kongsi resepi..Nampak dalam blog dia mcm sedap jek..jadi saya pun cuba..
Memang sedap..tapi rasanya saya punya tak berapa jadi la. Tapi untuk 1st trial dikira berjaya la...
Memang sedap..tapi rasanya saya punya tak berapa jadi la. Tapi untuk 1st trial dikira berjaya la...
Sardin roll...
1st time buat sardin roll...kalau ikut resepi biasa tak payah pakai "bread crumb" pun tapi tekak ni..demand..tau nak yang sedap jek..jadi saya tambah untuk lebih sedap dan rangup...
Kepada sesiapa yang tak tahu bread crumb tu ape..boleh dapat kat kedai jual bahan kek.
Kalau tak tau gak....ala yang lekat pada nugget tu..
kalau tak tau jugak..pegi dapur ambik senduk ketuk kepala..ok..hahahhaha...
Yang ni nak bagi resepi jugak ke???...errrmmm..rasanya semua orang tau masak sardin kan...Kalau ikut resepi saya macam ni ya :-
Bahan untuk inti :-
- Sardin 1 tin
- Bawang merah, bawang putih, cili kering (dikisar)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3-4 biji cili padi
- 1 batang serai
- sedikit asam jawa
- garam secukup rasa
Untuk roti
- Roti secukupnya (jangan pakai gardenia coz lembut sangat)
- Bread crumb
- Sedikit tepung gandum
- sedikit air
Cara-cara membuatnya :-
-Tumis semua bahan-bahan sehingga garing
- Masukkan sardin (hancurkan)
- Masukkan bawang besar (lagi banyak lagi sedap coz manis )
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan garam. Masak sehingga kering.
- Ambil sekeping roti dan leperkan disetiap penjurunya. (supaya mudah untuk digulung)
- masukkan sesudu inti ...dan gulung
- kemudian celupkan kedalam bancuhan tepung gandum dan air (cairkan) agar bread crumb mudah dilekatkan..
- Golekkan roti tadi diatas bread crumb
- Akhir sekali goreng menggunakan minyak yang panas (jgn masak terlalu lama ...nanti roti makan minyak)
Selain itu, sardin ni boleh di jadikan froozen food..Setelah siap di golek diatas bread crumb boleh terus disimpan ke dalam peti sejuk.
P/S : kalau nak simpan lama di dlm freeze..inti sardin tu perlulah dikurangkan bawang besar (takut cepat rosak)...
"SELAMAT MENCUBA"
Wednesday, 13 April 2011
Kata-kata pujangga....
Banyak sebenarnya kata-kata pujangga yang boleh diadaptasikan di dalam kehidupan seharian..
Pembakar semangat untuk memajukan diri dan sebagainya. Kadang-kadang tanpa disedari ianya berkait rapat dalam kehidupan kita seharian.
Berikut.. saya kongsikan kata-kata berharga untuk kalian semua...
- "Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
Petikan daripada :-
~Kata-kata Pujangga~

Contest....
Mendapat tips dari blogger yang berpengalaman...Bagaimana cara untuk menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke blog anda? Dalam banyak-banyak tips yang diberikan saya tertarik untuk membuat "contest". Untuk meninggkatkan "rating" di dalam sesebuah blog "baru" seperti saya memerlukan kerja keras agar kewujudan kita di alam maya ini disedari. Kini, dunia pemblogan semakin berkembang...banyak blog-blog dihasilkan. Jadi untuk pertama kalinya "contest" yang saya anjurkan ini untuk mengumpul pengunjung yang sudi menjengah blog saya ni...Pengunjung yang ke 300 akan berpeluang untuk mendapat sekotak blueberry cheese tart sercara percuma (mengandungi 25 biji)....
Bagaimana untuk pastikan yang anda pengunjung ke 300?
Sila copy paste kan web counter yang terdapat disebelah kanan blog saya dan emailkan ke nurizbake@gmail.com. Jika anda adalah pemenangnya jangan segan silu untuk menghubungi saya...
Sila tinggalkan komen anda dibawah untuk penambahbaikan didalam blog saya ni...Kerjasama daripada anda semua amatlah saya hargai...

Coklat moist & oreo cheese cake...
Tuesday, 12 April 2011
Makan ikan patin sampai RM13,000.00
Terbeliak biji mata...kalau saya la yang makan...habis kena sumpah seranah..Agak-agakla...bukan makan kat KL...kat Temerloh..Taulah Temerloh tu Bandar Ikan Patin....tapi jangan la buat macam orang ni tak pegi sekolah.
Purata yang dikenakan untuk seorang berjumlah RM260.00. Menjadi persoalan saya...sedap sangat kah????..(mode : menyibuk)....
Purata yang dikenakan untuk seorang berjumlah RM260.00. Menjadi persoalan saya...sedap sangat kah????..(mode : menyibuk)....
Oreo cheese cake....
Dalam banyak-banyak kek yang saya buat...kek inilah yang paling mendapat sambutan...ada yang kata rasa macam "secret resepi"....Rasa keju yang kenyal-kenyal tu...(penilaian diberikan pada mereka yang menggemari cheese)..Kalau ikut tekak kampung saya ni..errrmmm..faham-faham je la yek...woww!!! puji melambung sangat tu ...sapelah saya nak dibandingkan dengan secret resepi tu...cehhhhh.....
Blueberry Cheese cake...
Blueberry cheese cake ni..boss saya yang order...baik bos saya kan (ha...macam tu la support anak buah)...hehehehe...
Harap-harap nanti bos order lagi yek....
Blueberry cheese cake ni (chilled)...kalau nak resepi nanti saya syer yek...tunggu.....
Harap-harap nanti bos order lagi yek....
Blueberry cheese cake ni (chilled)...kalau nak resepi nanti saya syer yek...tunggu.....
Chocolate moist cake....
Kualiti gambar tak berapa cantik coz guna kamera handphone...Mana kamera saya???...errmmm si en. suami pakailah apa lagi...
Kek chocolate moist ni di order oleh Mona...untuk birthday anak dia...finishing kek ni tak berapa cantik sebab kek baru masak...(masih panas sewaktu diserahkan) so coklat ganache tu cair...disebabkan dia order last minit..sebab kawan saya terima...kalau orang lain ....saya takut nak buat....

Monday, 11 April 2011
Laksa penang...
Semua orang suka makan laksa...tapi bukan semua orang boleh buat laksa yang sedap. Saya pun tak la pandai..tapi untuk makan sendiri boleh la...Ada banyak jenis laksa..antaranya laksa penang, laksa johor, asam laksa dan laksam...
Kali ni saya nak kongsi resepi untuk buat laksa..(ala senang jek...)..(mode : berlagak)...
Bahan-bahan :-
1/2kg ikan kembong
1/2 kilo ikan sardin
1 inci belacan
1 senduk cili kering (diblander)
2 kuntum bunga kantan
2 ikat daun kesum (lagi banyak lagi sedap)....
15 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit ikan bilis
Bahan-bahan hiasan
1 biji timun
1 pokok salad
1 biji bawang
1 biji cili merah or cili hijau
Cara-cara membuatnya:-
- Rebus kedua-dua jenis ikan tadi sehingga masak dan dikisar separuh halus..(kalau halus sangat nanti tak rasa isi ikan...
- tumbukkan ikan bilis dan belacan..
- Air rebusan ikan tadi akan dijadikan sebagai kuah. Masukkan isi ikan, ikan bilis dan belacan...
- Masukkan juga sesenduk cilik kering yang telah dikisar
- Akhir sekali masukkan bunga kantan, daun kesum dan juga asam keping....

Percubaan pertama buat macaroon...
Rasanya memang manis tapi sedap (coz badam)...maybe kalau saya kurangkan gula atau tambah sikit tepung ...lagi sedap kut...
Thursday, 7 April 2011
Bersamamu ....episod 6/4/2011
Saya selalu juga tengok rancangan bersamamu ni...tapi semalam ade hal tak dapat la tgk sepenuhnya...hanya sekerat jalan...sebelum ni dah nampak iklan kat tv. Bila saya tengok kisah budak lelaki ni yang kena kanser (ketumbuhan kat tepi rusuk dia) sungguh meruntun jiwa.
Tak sangka rakaman untuk rancangan bersamamu episod 6/4/2011 merupakan detik dimana beliau pergi mengadap illahi sewaktu rakaman sedang dijalankan. Anak-anak saya yang pada mulanya sibuk dengan aktiviti masing-masing terus bersama saya menyaksikan rakaman tersebut. Tersentuh hati saya sewaktu menyaksikan saat-saat akhir nafasnya terhenti dirakamkan.
Kite hanya mampu merancang tetapi kuasa Allah itu tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat.
Memang sedih melihat insan yang kita sayang pergi untuk selama-lamanya tapi itulah yg sebaiknya daripada melihat dia menderita....
Al-fatihah.....
Tak sangka rakaman untuk rancangan bersamamu episod 6/4/2011 merupakan detik dimana beliau pergi mengadap illahi sewaktu rakaman sedang dijalankan. Anak-anak saya yang pada mulanya sibuk dengan aktiviti masing-masing terus bersama saya menyaksikan rakaman tersebut. Tersentuh hati saya sewaktu menyaksikan saat-saat akhir nafasnya terhenti dirakamkan.
Kite hanya mampu merancang tetapi kuasa Allah itu tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat.
Rempeyek mini...
Rempeyek mini ni bapa saya yang jual..katanya promote la skit abah pnya produk..Saya dengan sopannya menjawab...baik lah abah...(mode : kontrol ayu)..wakakkaka.
Rempeyek ni bapa saya usahakan bersama sahabatnya semasa kerja dengan felda dahulu..Bila dah pencen masing-masing binggung tak tau nak buat ape..jadi terhasillah rempeyek mini ni...
Sedap dan ranggup itu lah "moto" ciptaan saya untuk menggambarkan betapa sedapnya..Pulun i promote uolss...
Makan rempeyek sambil tengok tv
kalau dah cuba pasti puas hati...
(boleh ke??? pantun cm ni....)...haaaaa belasahla...

Barbie cake
Kek ni saya buat khas untuk anak dara saya...sekaligus menambahbaikan terhadap skill maknya..
Choclate cake + buttercream
Choclate cake + buttercream
Tempahan...
Tidak mahu membebel panjang,
Cucilah mata untuk tatapan...
Wednesday, 6 April 2011
Dragon lily...
Dalam banyak-banyak bunga yang ada kat muka bumi ni..saya teramatlah suka dengan bunga "Dragon Lily"...Rupa bentuk, nilai estetika yang ada padanya membuatkan saya jatuh cinta...Walaupun ramai yang menganggap bunga ros itu cantik tapi bagi saya lily lagi cantik...
Bunga lily mendapat namanya dari bahasa latin "Lilium Candidum". Baunya yang wangi menjadikan bunga ini sebagai salah satu medium untuk menghasilkan minyak wangi..Daya tahannya juga menjangkau 5-7 hari jika dijadikan perhiasan. Di Malaysia bunga ini hanya terdapat di tempat tinggi seperti Cameron Highlands.

Menilai sebiji mutiara...
Mutiara merupakan perhiasan yang menawan bila si pemakai mengayakannya..Berbanding berlian dan batu permata yang lain...mutiara nampak lebih berketerampilan dan berkeyakinan serta sesuai digunakan walaupun apa cara sekali pun. Disebabkan saya merupakan peminat setia mutiara, jadi saya nak attachkan la serba sedikit bagaimana terjadinya mutiara...
Tiram merupakan tempat dimana mutiara terhasil dari benda asing yang terperangkap di dalam tiram lalu tindakbalas yang menghasilkan kalsium dan protein. (Kalau manusia ni macam batu karang la)....
Mutiara ni sebenarnya terbahagi kepada 2 jenis...mutiara air masin dan mutiara air tawar. Dari segi nilai mutiara air masin mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding mutiara air tawar ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada air masin itu sendiri berbentuk bulat, pelbagai warna dan sedikit berat...semakin bulat mutiara tersebut semakin tinggilah nilainya begitula juga dengan warna semakin gelap warna mutiara tu semakin mahal la nilainya.Ini kerana ia dinilai dari umurnya...so macam kelapa la (makin tua makin lemak santannya)...
Bagaimana untuk mengetahui mutiara itu asli???....
1. Untuk menilai sebiji mutiara yang asli...haruslah diketahui yang mana mutiara ini sebenarnya kalis calar. Caranya ...kikis permukaan mutiara menggunakan benda tajam kalau benar ianya asli pasti tidak meninggalkan kesan calar dan serbuk halus akan terhasil... hasil kikisan tadi..
2. Ianya juga kalis api (permukaanya tidak akan terkopek).
3. Warna mutiara terhasil daripada cengkerang kulit tiram dan bergantung pada usianya..pelbagai warna kite boleh lihat dipasaran tetapi harus di ingat mutiara tidak berwarna hijau, biru, merah...
Untuk pengetahuan semua, dalam sebiji tiram tu bukan la hanya sebiji mutiara sahaja sepertimana yang kita bayangkan..ada berpuluh-puluh biji sebenarnya.

Selain itu, mutiara juga diproses untuk menghasilkan bahan kosmetik (rawatan wajah ) dan supliment untuk mengekalkan kesihatan dari dalam. Di China penggunaan kosmetik yang mengandungi mutiara amat popular kerana keberkesanannya.
Jepun, Filipina antara negara yang mempunyai mutiara yang nilainya berpuluh-puluh ribu ringgit. Namun terdapat juga mutiara di Malaysia (Sabah) tetapi kebanyakannya diperolehi dari Selatan Filipina..
Semoga tip dan panduan ini berguna kepada mereka-meraka yang meminati mutiara (macam saya)...
Segala tinggalkan pendapat dan komen anda di bawah...sekian.
Tuesday, 5 April 2011
F1...datang lagi
Saya ni bukan la peminat fanatik sukan permotoran..tapi kalau dapat tiket free sape yang mampu menolak kan???...nampaknya tahun ni belum ada bayang nak pegi F1..huhuhu setelah 2 tahun berturut-turut saya dapat tiket grand stand..walahhhhh!!!!..
Agak-agak kalau nak beli sendiri mampu ke??..saya jawab...tidakkkkkk. Subhanallah mahal. Kebanyakan orang yang menonton F1 di grand stand adalah warga asing (bukan tanpa izin ya)..
Agak-agak kalau nak beli sendiri mampu ke??..saya jawab...tidakkkkkk. Subhanallah mahal. Kebanyakan orang yang menonton F1 di grand stand adalah warga asing (bukan tanpa izin ya)..
Dan pemenangnya Janson Button |
Monday, 4 April 2011
Beijing In Love...
Saya pernah menyimpan angan-angan waktu kecik2 dulu..yang mana saya mahu sampai ke tujuh-tujuh keajaiban dunia (7 wonder in the world). Pada asalnya saya bukan la mahu ke Beijing tetapi Korea..membayangkan cerita "Winter Sonata" tu hati mengelupur nak pergi..(terpaksala en.suami mencari wang untuk memenuhi kehendak saya)...teruk betul pompuan ni..tetapi disebabkan masalah teknikal (benggong punya agensi) saya dengan berat hati membatalkannya..Habis!!! potong stim...siap dah berangan ala-ala winter sonata..Untuk tidak menghampakan saya ...wang yang telah dibayar ke agensi tersebut dibayar pula ke agensi milik seorang rakan..tetapi destinasi adalah BEIJING, China...Wahhhhh!!!..akhirnya impian saya akan termakbul..tapi kali ni saya tak nk berangan..kang takut tak jadi..lagi frust..Seperti tarikh yang dijanjikan tibalah waktu untuk kami ke sana..Macam pg honeymoon jek tapi anak dah sorang daaa..hahahahha..
penerbangan ke Beijing mengambil masa 6 jam..menaiki penerbangan MAS..masa ni Air Asia belum pegi Beijing lagi. Sebelum pegi tu ade la buat skit preparation..search la kat google.."WINTER"..jakun tahap gaban..excited macam kera dapat bunga...
Memang sejuk tahap beku...-7 darjah celcius..turun kapal terbang terus mengigil..itu baru suhu bilik belum udara luar...skali kuar mak tak leh cakap dah nyahhhh!!!!..sejukkkk...
Mungkin rezeki saya untuk berjumpa dengan salji..Kalau diikutkan salji sudah tidak turun dan musim sejuk juga sudah sampai ke penghujungnya..tapi tu la kan kuasa Allah siapa yang boleh menghalang....
penerbangan ke Beijing mengambil masa 6 jam..menaiki penerbangan MAS..masa ni Air Asia belum pegi Beijing lagi. Sebelum pegi tu ade la buat skit preparation..search la kat google.."WINTER"..jakun tahap gaban..excited macam kera dapat bunga...
Memang sejuk tahap beku...-7 darjah celcius..turun kapal terbang terus mengigil..itu baru suhu bilik belum udara luar...skali kuar mak tak leh cakap dah nyahhhh!!!!..sejukkkk...
Kepada mereka yang tidak tahu inilah corak salji...yang ditengah-tengah bahagian bawah salji yang saya temui...cantik bukan!!!!... |
Selalunya dengar kat Beijing susah nk dapat makanan muslim..tapi sebenarnya tak la susah mana kalau pegi ngan "muslim tour"..
Tidak disangka-sangka keesokan harinya salji turun dengan lebatnya. Kalau korang dapat bayangkan betapa jakun nye saya...tipu la kalau tak jakun (berani potong jari la)...salji jatuh atas baju...hehehehe..cantik sangat sebenarnya salji ni..tak pernah tgk kan..bila dapat tengok dengan mata sendiri sebenarnya salji ni mempunyai corak...bukan la seperti parutan ais ABC tu...Begitu halus..kalau tak diamati mungkin tak kan perasan sebab dia jatuh berkumpulan... Mungkin rezeki saya untuk berjumpa dengan salji..Kalau diikutkan salji sudah tidak turun dan musim sejuk juga sudah sampai ke penghujungnya..tapi tu la kan kuasa Allah siapa yang boleh menghalang....
"FELDA dulu dan kini.....
Pagi-pagi isnin ni...macam sengal jek kepala otak.."Monday blues" ku telah menyerang...tengah fikir nak story pasal menda ape...Fikir punya fikir "FELDA" yang bermain dalam kepala otak saya..Nak syer la mana yang patut.
Mengikut bapa yang berkhidmat dengan FELDA dan sering berpindah randah menjadikan saya sebahagian daripada warga FELDA. Mewujudkan sebuah tanah rancangan sepertimana hari ini bukanlah perkara mudah. Meneroka hutan belantara (sebab tu dipanggil PENEROKA) untuk dijadikan kawasan penempatan bukanlah suatu perkara yang dianggap mustahil. Berhadapan dengan pelbagai risiko menjadikan mereka alah bisa tegal biasa. Berbekalkan sedikit wang saku yang dibekalkan pihak FELDA tidak mungkin dapat menampung keluarga yang sedang berkembang. Selain wang disediakan juga sebuah rumah kotak dan sebidang tanah. Kalau rajin dapat la rezeki lebih..kalau penyakit malas tu ada duit banyak gunung pun jadi rata...Kemudahan asas seperti elektrik hanya menggunakan generator (kalau tak de minyak ...bergelap le). Sumber air tetap masih belum ada..yang ada hanya sumber galian (telaga) atau sungai yang tak pasti tahap kebersihannya...daif kan!!!...Jauh dari dunia luar (dalam hutan tebal) bagaikan hidup di alam lain. Disebabkan bekalan makanan juga terhad..pelbagai makanan hutan menjadi santapan...tampoi, lemba, udang galah, ikan baung dan cendawan (kalau lepas hujan mesti banyak..tambah-tambah kalau ade petir)..sebab tu pepatah pun ade menyebut "tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan" menjadi sajian saya sewaktu kecil..Pengalaman ini saya perolehi semasa saya menetap di Felda Nitar 1, Mersing Johor.
Kini felda telah berubah wajah..dijadikan contoh terbaik sebagai salah satu cabang untuk menghapuskan penduduk miskin tegar. Banyak juga negara luar berminat untuk menjadikan FELDA ada di negara mereka..
Mengikut bapa yang berkhidmat dengan FELDA dan sering berpindah randah menjadikan saya sebahagian daripada warga FELDA. Mewujudkan sebuah tanah rancangan sepertimana hari ini bukanlah perkara mudah. Meneroka hutan belantara (sebab tu dipanggil PENEROKA) untuk dijadikan kawasan penempatan bukanlah suatu perkara yang dianggap mustahil. Berhadapan dengan pelbagai risiko menjadikan mereka alah bisa tegal biasa. Berbekalkan sedikit wang saku yang dibekalkan pihak FELDA tidak mungkin dapat menampung keluarga yang sedang berkembang. Selain wang disediakan juga sebuah rumah kotak dan sebidang tanah. Kalau rajin dapat la rezeki lebih..kalau penyakit malas tu ada duit banyak gunung pun jadi rata...Kemudahan asas seperti elektrik hanya menggunakan generator (kalau tak de minyak ...bergelap le). Sumber air tetap masih belum ada..yang ada hanya sumber galian (telaga) atau sungai yang tak pasti tahap kebersihannya...daif kan!!!...Jauh dari dunia luar (dalam hutan tebal) bagaikan hidup di alam lain. Disebabkan bekalan makanan juga terhad..pelbagai makanan hutan menjadi santapan...tampoi, lemba, udang galah, ikan baung dan cendawan (kalau lepas hujan mesti banyak..tambah-tambah kalau ade petir)..sebab tu pepatah pun ade menyebut "tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan" menjadi sajian saya sewaktu kecil..Pengalaman ini saya perolehi semasa saya menetap di Felda Nitar 1, Mersing Johor.
Yang ni...buah tampoi |
Inilah pokok lemba.... |
Kini setelah sedekat berlalu..saya berpeluang menjejakkan kaki, banyak perubahan dan kemudahan diperolehi. Pada masa kini, para peneroka sudah boleh menarik nafas lega. Kebanyakan anak-anak mereka telah berjaya ke menara gading. Segala penat lelah selama ini telah pun dibayar dengan kejayaan anak masing-masing. Kalau dulu rumah kotak, kini kebanyakan kediaman mereka juga sudah berubah. Memperolehi pendapatan sekitar RM1,500.00 - RM2,000.00 sebulan cukup melegakan. Tu belum kira anak-anak nak bagi...Kalau ada anak 10 orang, setiap sorang bagi RM100..dah jadi RM1,000.00. Pergorbanan selama ini membanting tulang empat kerat telah pun dibayar
Tidak cukup dengan itu, kini mereka juga didedahkan dengan penggunaan teknologi. Setiap daripada mereka memperolehi sebuah "notebook" dan juga modem..atas tiket " satu rumah satu komputer"..walaupun kebanyakan mereka tidak tahu menggunakannya tetapi sedikit sebanyak usaha untuk memodenkan mereka supaya tahu akan perkembangan semasa. Kini felda telah berubah wajah..dijadikan contoh terbaik sebagai salah satu cabang untuk menghapuskan penduduk miskin tegar. Banyak juga negara luar berminat untuk menjadikan FELDA ada di negara mereka..
Friday, 1 April 2011
Kisah si En. suami...
Membaca komennya di chat room membuatkan saya terpanggil untuk menulis entry serba sedikit tentang dirinya. Memiliki nama sama seperti penulis terkenal "Sahnon Ahmad"...membuatkan dirinya disenangi oleh semua orang (peramah sangat) tapi kadang-kadang saya pening dengan sikapnya (jangan marah ek!!!!)...Selalu saya berpesan padanya jangan terlalu ramah takut orang ambil kesempatan.
Setelah hampir 10 tahun mendirikan rumahtangga dengannya membuatkan saya semakin faham dengan tabiatnya yang satu ni...(redha je la kan...hehehehehe) ampun tuanku...beribu-ribu ampun...Ha!!! ambik nak sangat enterframe...
Ape-ape pun saya gembira bersamanya..dan berharap perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat..Buat suamiku yang ku sayangi terima kasih diatas segala kasih sayangmu..(Wahhh! touching la plak)..."Jadikan hari semalam sebagai kenangan dan esok sebagai harapan"....

Apa itu Macaroon???
Semenjak wujudnya cupcake di Malaysia ni..tercetus revolusi dalam penghasilan kek cawan yang teramatlah comel dan beraneka corak..Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bermacam-macam blog dihasilkan untuk memaparkan kekretivitian masing-masing..tak kurang juga yang menciplak hasil kerja orang lain (pe ke hey!! deme ni). Tetapi kini ade sejenik kek (kategori kek rasanya) yang mula mendapat tempat dihati bakers-bakers kat Malaysia ni ..."Macaroon". Hasil carian saya di wikipedia. Macaron membawa maksud "crush or beat" (ranggup dan kenyal) dalam bahasa Perancis. Bila dah di Malaysiakan jadi la "Macaroon" menggunakan bahan yang berasaskan gula, putih telur dan serbuk badam, berbentuk bulat dan berwarna-warni. Saya pasti macaron akan menjadi kegilaan terkini selepas cupcake kerana bentuknya yang comel.
Subscribe to:
Posts (Atom)