Iklan

Sunday, 27 March 2011

Ziarah & Umrah

Berpeluang menjejakkan kaki ke Makkah merupakan impian setiap orang, termasuklah saya. Berpeluang mengerjakan umrah 4 tahun lalu (11/4/2007 - 22/4/2007) menjadikan saya rasa diri ini terlalu kerdil di bumi Allah yang paling dirahmati. Membayangkan betapa banyaknya dosa saya (huhuhu...mak takut nyahhh!!!!)..terfikir dibenak...adakah saya diterima...Alhamdulillah perjalanan saya kesana dipermudahkan dan dirahmati..Bahagianya tak terkata...hanya insan yang pernah menjejaki kesana boleh membayangkan perasaan saya...
Detik-detik terindah itu, akan saya kongsikan untuk kalian semua agar mendapat panduan serta lebih bersedia kearah itu ...
Saya kesana bersendirian..kerana visa si en. suami tak lepas (rombongan saya pada asalnya seramai 56org menjadi 15org shj)...ketika itu kerajaan Arab Saudi sangat teliti dan syaratnya begitu ketat untuk mengeluarkan visa...jadi, bilamana nama saya disenaraikan,saya merasa sudah sampai "seru" untuk saya kesana,...inilah yang dinamakan rezeki..Dengan berat hati ibu bapa, suami terpaksa melepaskan saya pergi berseorangan (boleh percaya ke??..kerisauan mereka disebabkan saya ni perempuan)..saya yakinkan mereka...disana itu bumi Allah jadi berdoalah semoga perjalanan saya dilindungi dan dirahmati.
Sepanjang perjalanan (mengambil masa kira-kira 8-9jam) menaiki Saudi Airlines...rombongan saya terus menuju ke Jeddah seterusnya ke Mekah (tidak melalui Madinah). Ini bermakna saya harus berniat didalam kapal terbang (waktu sekolah dulu belajar praktikal sahaja) tak boleh bayang tapi bila dah mengalami nya sendiri baru lah saya faham bagaimana cara untuk bertayamum (maklumlah dalam kapal terbang tu brapa banyak aje air yang ade kan)..jadi saya dah tau cara bertayamum seterusnya berniat dan perlu mematuhi syarat-syarat selepas berniat...(dugaan sebenarnya) untuk orang yang melalui perjalanan macam saya...bila dah berniat tu...faham-faham saje la...
Setibanya di Lapang Terbang Jeddah kira-kira jam 10.00 malam waktu Arab Saudi (3.00 pagi waktu Malaysia)...perjalanan dari lapangan terbang ke Kota Mekah mengambil masa hampir 45minit - 1 jam.. Perasaan keterujaan melihat cahaya lampu limpah dari jauh membuatkan hati saya berdebar-debar..Bila mana terlihatkan menara bangunan, bagaikan tidak percaya akhirnya saya sampai ke tempat paling suci di dunia.....
Waktu malam di Arab Saudi jauh lebih pendek dari Malaysia..waktu subuhnya masuk pada pukul 3.40 pagi..bila urusan bilik hotel selesai sekitar 2.30 pagi..kami terus sahaja menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh...(Perlu diingat, ketika ini saya masih dalam keadaan berniat)...jadi perlu lebih berhati-hati.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram...bagaikan tidak berpijak di bumi nyata..Ya Allah begitu indahnya bumi-Mu ini...terasa nyaman dan tenang..sesudah megerjakan solat subuh atas nasihat Muttawif kami perlu menyegerakan "umrah" agar tidak terlanggar syarat-syarat yang boleh membawa kepada batalnya niat tersebut...Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan satu umrah dengan sempurna ...Insya Allah......

No comments:

Post a Comment