Perggghhh..mendengarkan tajuk pun dh semput..apatah lagi orang macam saya yang masih belum ada rumah sendiri..alamatnya tak merasa la seumur hidup ni...(kesian kan)...
Tapi baru-baru ini kerajaan telah pun mengeluarkan satu kenyataan bagi mereka yang masih belum memiliki rumah..itu sudah bagus!!!!...tapi masalahnya sekarang...harga rumah tu sendiri yang terlalu mahal..(pe nak buat ..pegi toilet pn kena bayo).
Tidak boleh nk dipertikaikan ...kenapa harga rumah meningkat..antaranya:
- penempatan yang pesat (kalau kat KL ni mmg gile aaa...kalau nak yang murah sikit pegilah cari kat area banting, mantin, bukit beruntung) tapi jauh la ngan tempat keje..Buat kira2...last-last hasilnya tetap sama..duit habis kat tol dan minyak jek..(dah la minyak pun mahal)...
- faktor bahan mentah tu sendiri, saya akui...kerana kerjaya saya yang melibatkan penggunaan bahan mentah pembinaan. Bayangkan satu tan besi jenis Y12 berharga RM 2,430.00 ketika ini. Jika dibandingkan 5 tahun lalu hanya RM1,250.00 setan...itu belum lagi harga simen yang dahuluinye hanya RM 11.80, sekarang RM17.00...harga kayu juga meningkat. Ini kerana...negara sudah kekurangan bahan mentah...Bayangkan jika dahulu pasir masih boleh didapati di sekitar Lembah Klang tetapi kini keadaannya berubah..pasir diperolehi nun jauh di Perak...jadi kosnya juga bertambah.ura-ura menyatakan harga bahan mentah akan naik lagi pasti akan terjadi. Dah tu bilanya saya boleh beli rumah sendiri...wuawua!!!!...
- Selain itu keadaan pasaran global juga tidak menentu, harga bahan api yang mencecah ratusan ringgit setong membimbangkan ramai kontraktor untuk menjalankan kerja kerana khuatir permintaan melebihi pengeluaran...
No comments:
Post a Comment