Banyak sangat isu yang membabitkan pembantu rumah..betul ke diorg ni memang suka buat perangai..????...sape yg loghat sbnrnya..so saya nk kongsi sedikit panduan dan pengalaman utk sesiapa shj yang ade pembantu rumah dan akan ambik pembantu rumah..
Boleh dikatakan saya ni bukan la majikan yang cerewet tetapi jangan ambil kesempatan pulak yek..
Pengalaman pertama kalau ada maid ni...mcm la janggal sikit..sbb x biasa ade orang kat rumah..tapi bila dah lama-lama tu rasa ok jek..bila diorg x de tu yg huru-hara jdnya..(kata-kata orang pemalas macam saya).....
Dalam banyak-banyak pembantu yang saya ade (soalan : banyak ke???) saya paling suka yang ke-5.Walaupun pelbagai dugaan menimpanya swaktu dirumah saya dan pelbagai kejadian yang hampir meragutnya nyawanya tetapi dia seorng yang patuh pada arahan dan tidak bersikap "ikut kepala otak sendiri"....kenapa saya berkata begitu???...ini jawapannya :-
1. Dia seorang yang terlalu miskin di tempat asalnya...so dia sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian..berilah apa sahaja pasti dia gembira.. bayangkan, kalau di tempatnya nak beli ikan pun tidak mampu..
2. Dia seorang yang tidak berapa cerdik...(mempunyai masalah pendengaran dan sentiasa blurrrrr...kadang-kadang saya yang confiuse)...setiap apa yang diajar pada mulanya langsung x lekat dalam kepala otak dia..(perghhh!!!! sabar sungguh saya kan)...sampai satu tahap tempreture saya pada tahap maksimum!!!!...dari situ la terjadinya kejadian demi kejadian. Rumah saya hampir meletup dengan tindakannya....pergghhh!!!!..sedikit kecederaan menimpanya..masalah2..pada mulanya kecederaannya tidak berapa serius ..cuma melecur macam terkena minyak panas...tapi lain pula jadinya bila keesokan harinya..mukanya membengkak....risau pulak saya..Disebabkan dia alergi ubat so terpaksalah guna ubat luaran sahaja..yang paling daif sekali bilamana dia risaukan mukanya dan terlalu berpantang hinggakan dia hanya makan nasi putih dicampur garam atau gula bersama air...wuawua..."bibik" janganlah but gaya gini...nanti orang kata saya dera kamu. Hasil kesabaran saya selama 2 tahun...akhirnya dia mahir dengan setiap kerjanya..tidak perlu disuruh dia tahu akan rutin hariannya...tetapi akhirnya dia kembali pulang ke negara asalnya atas alasan perlu menjaga emak dan anaknya..tetapi baru-baru ini dia ada menghubungi dan mahu bekerja kembali tetapi saya menolak dengan baik kerana sudah peroleh pembantu yang baru.
Kesimpulannya, ape yg berlaku kepada pembantu2 rumah ni mungkin mereka tidak biase menggunakan peralatan elektrik . Perbuatan mereka ini merbaya dan disebabkan itu juga majikan menjadi marah....bila majikan dah marah pada pembantu, mereka akan bertindak agresif dan berdendam ...dan bila mereka berdendam inilah yang terjadi...seperti yang terpampang di dada-dada akbar dan berita (antaranya : meludah dalam makan, letak clorox dlm susu ) so..moral of the story dari kisah saya ni, jadi la orang yang sabar...kerana mereka juga manusia, mereka tidak arif dalam menongkah teknologi ...tidak salah jika kite berkorban sedikit masa memberikan tunjuk ajar kepada mereka.
No comments:
Post a Comment