Iklan

Thursday, 31 March 2011

Durian oohhhh Durian....

Semenjak seminggu dua ni sendawa durian jek x leh blahhh...bau durian, sementel jap...
Nasib baik dapat cover...
kat mane-mane mesti nampak orang jual durian. Kalau yang ade dusun tu time ni la rajin nak balik kampung tapi orang yang tak de dusun macam saya jawapan yang paling ideal "beli", tapi jangan sampai kena kencing macam saya smalam dah la. Dia ingat saya ni orang bandor..tak reti nengok doyan tu "mangko" ke udah masak benggong!!!!!. (saya pun orang kampung jugak tapi tak de dusun jek). Nasib baik suruh dia buka dulu (kalau tidak tak berkat duit tu..perghh!! kejam nye) sekali keras daaaaa....dia tak puas hati terus dikopek habis. Habis dia tonyoh-tonyoh doyan tu nak prove drpd saya. Dah terang-terang keras lagi mau banyak cite, saya tak nak aaa beli...dah dia kata ini isi cantik la dik..(dia kata saya yang tak reti tengok). Heyyyy!!! hello...aku ni bukan first time makan "doyan"...minta bukak yang lain ...dah dia tak nak layan...pak kan jek bawa kawan tu..kalau tak dah lama aku blah.....dasar orang "Indon" (bukan nak menghina tapi pengetahuan tak cukup meluas) yang dia tau, nak laku barang dia jek...nasib baik laki dia carikan yang lain dan isinya elok..saya katakan pada dia ..ha!!!!!...macam inilah doyan yang masak...ngokkkkk ambik ko dapat sebijik free ngan aku...

Tuesday, 29 March 2011

Kelas Kak Miss...fondant

Dari kiri : mamabakers, kak Raja, Ema, saya dan Kak Bahariah
Disebabkan mood tengah rajin...(huhuhu..rajin ke?) saya pun mengupdate la semula entry-entry saya yang dah hilang..Selain daripada kelas kek Kak Noraini saya juga telahpun mengikuti kelas Kak Miss (http://misscreativecake.blogspot.com/) ...enjoy join kelas kak miss ...banyak ilmu dan teknik yang saya peroleh dari kak miss ni..(dia seorang yang sangat teliti dan paling penting lawak jugak...) Anyway thanks ye kak miss....

Kelas kek....

Dalam blog lama, telah pun saya paparkan kelas kek Chef Noraini Zakaria ni http://resepinoraini.blogspot.com (kalau ada yang berminat rajin-rajin la search blog beliau)...tapi disebabkan blog tu hanya tinggal kenangan, saya dengan rajinnya mengupdate semula..

Monday, 28 March 2011

Kunjungan daripada sahabat lama....

 Tak tau nak mula dari mana...coz terlalu excited..kenapa la ngan saya ni..haaaa!!!! kalau nak tau ...saya baru sahaja terima kiriman email daripada seorang kawan mengatakan esok 29.3.2011 beliau dan keluarga akan berkunjung ke Malaysia...Setelah hampir 17 tahun tidak berjumpa saya rasa begitu teruja untuk menantikan kedatangannya...ape-ape pun saya akan update nanti ye...darimana datangnya sahabat saya ni...ha!!!! kena tunggu.....


Ha!!!!...inilah kawan yang saya maksudkan "Sachiko Yugitani"...masih boleh berbahasa melayu...walaupun adakalanya terkial-kial dia memikirkan perkataan yang sesuai nak bercakap dengan saya...
Mukanya masih sama tak berubah walaupun setelah 17 tahun berlalu...
Yang kelakarnya anak dia dan anak saya main isyarat senyum-senyum jek..sebab masing-masing tak pndai nak berkomunikasi. Saya cakap pada anak saya, kalau abang senyum nanti mesti dia senyum.....lucu..

Cup cake hantaran....

Tempahan yang bertemakan "gold" ini saya terima dari kenalan cyber...
 Katanya pada saya "kak....boleh buat kan cupacake tema gold tak????...terkedu kejap...(bayangkan betapa besarnya mulut saya ternganga...)heheheheh...kenapala warna gold yang jadi pilihan (rungut si hati)bukan ape..silap haribulan takut tak jadi..tapi, saya mana boleh kata tidak pada coustemer...paling kurang saya anggap ini sbgai cabaran dan percubaan saya untuk membuat satu campuran warna yang berlainan daripada sebelumnya..So far bila saya hantar padanya...dia sangat berpuas hati ...daripada 5 bintang dia bagi saya 4.5 bintang...hehehehehe!!! saya suka!!!..saya suka!!!...(mode : over)...
Gambar ni saya peroleh dari tuan punya cupcake..setelah dihias tampak lebih menarik...
Delivery time.....go baby go...
Pada waktu yang sama juga saya turut menerima tempahan dari kenalan rakan..dia juga mahukan design yang serupa (glamor gak design aku ni)...wakakakka..puji diri sendiri...berwarna biru + pink...itu senang sahaja (mode : berlagak la pulak).....hahahhahaa...

Sunday, 27 March 2011

Ziarah & Umrah

Berpeluang menjejakkan kaki ke Makkah merupakan impian setiap orang, termasuklah saya. Berpeluang mengerjakan umrah 4 tahun lalu (11/4/2007 - 22/4/2007) menjadikan saya rasa diri ini terlalu kerdil di bumi Allah yang paling dirahmati. Membayangkan betapa banyaknya dosa saya (huhuhu...mak takut nyahhh!!!!)..terfikir dibenak...adakah saya diterima...Alhamdulillah perjalanan saya kesana dipermudahkan dan dirahmati..Bahagianya tak terkata...hanya insan yang pernah menjejaki kesana boleh membayangkan perasaan saya...
Detik-detik terindah itu, akan saya kongsikan untuk kalian semua agar mendapat panduan serta lebih bersedia kearah itu ...
Saya kesana bersendirian..kerana visa si en. suami tak lepas (rombongan saya pada asalnya seramai 56org menjadi 15org shj)...ketika itu kerajaan Arab Saudi sangat teliti dan syaratnya begitu ketat untuk mengeluarkan visa...jadi, bilamana nama saya disenaraikan,saya merasa sudah sampai "seru" untuk saya kesana,...inilah yang dinamakan rezeki..Dengan berat hati ibu bapa, suami terpaksa melepaskan saya pergi berseorangan (boleh percaya ke??..kerisauan mereka disebabkan saya ni perempuan)..saya yakinkan mereka...disana itu bumi Allah jadi berdoalah semoga perjalanan saya dilindungi dan dirahmati.
Sepanjang perjalanan (mengambil masa kira-kira 8-9jam) menaiki Saudi Airlines...rombongan saya terus menuju ke Jeddah seterusnya ke Mekah (tidak melalui Madinah). Ini bermakna saya harus berniat didalam kapal terbang (waktu sekolah dulu belajar praktikal sahaja) tak boleh bayang tapi bila dah mengalami nya sendiri baru lah saya faham bagaimana cara untuk bertayamum (maklumlah dalam kapal terbang tu brapa banyak aje air yang ade kan)..jadi saya dah tau cara bertayamum seterusnya berniat dan perlu mematuhi syarat-syarat selepas berniat...(dugaan sebenarnya) untuk orang yang melalui perjalanan macam saya...bila dah berniat tu...faham-faham saje la...
Setibanya di Lapang Terbang Jeddah kira-kira jam 10.00 malam waktu Arab Saudi (3.00 pagi waktu Malaysia)...perjalanan dari lapangan terbang ke Kota Mekah mengambil masa hampir 45minit - 1 jam.. Perasaan keterujaan melihat cahaya lampu limpah dari jauh membuatkan hati saya berdebar-debar..Bila mana terlihatkan menara bangunan, bagaikan tidak percaya akhirnya saya sampai ke tempat paling suci di dunia.....
Waktu malam di Arab Saudi jauh lebih pendek dari Malaysia..waktu subuhnya masuk pada pukul 3.40 pagi..bila urusan bilik hotel selesai sekitar 2.30 pagi..kami terus sahaja menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh...(Perlu diingat, ketika ini saya masih dalam keadaan berniat)...jadi perlu lebih berhati-hati.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram...bagaikan tidak berpijak di bumi nyata..Ya Allah begitu indahnya bumi-Mu ini...terasa nyaman dan tenang..sesudah megerjakan solat subuh atas nasihat Muttawif kami perlu menyegerakan "umrah" agar tidak terlanggar syarat-syarat yang boleh membawa kepada batalnya niat tersebut...Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan satu umrah dengan sempurna ...Insya Allah......

Friday, 25 March 2011

Kelas coklat...

Kelas ni dah lama saya pergi tapi tak de masa nak update dalam blog. Ha!!!..sekarang ni dah terlebih banyak masa...(dah tertonggeng-tonggeng tahap bosan)...saya key in la entry ni..
Kelas coklat ni saya pegi tahun lepas (date : 6/11/2010). Kelas yang dianjurkan oleh http://arahchocolate.blogspot/ ni memang cool jek. Saya suka ngan kak arah ni coz dia betul-betul bagi saya ilmu (setengah pengajar tu dia simpan banyak tips) takut kite lawan tokey..
Inilah hasil coklat saya....
Ape-ape pun saya enjoy ngan kelas kak Arah..saya dah pun dapat order tapi tak snap gambar pun coz kamera tak de bateri (charger hilang...boleh lak cm tu kan...)

Model pilihan 2011

Dalam berita minggu lepas ade slot pasal trend kereta 2011...Model kereta yang dijangka akan meletup dan juga menjadi kegilaan pembeli tahu ni adalah model baru "myvi". Saya juga tertarik dengan model baru myvi ni errmm!!!!..boleh tahan cantik juga...
Selain itu, ade satu lagi model kereta yang menjadi trend terkini iaitu "Volkswagen". Dulu volkswagen hanya dikenali denga model "Herbie" atau "kereta katak" tetapi kini volkwagen telah pun mempunyai pelbagai model kereta yang menarik dan kebanyakan modelnya sudah mendapat tempat di hati pembeli Malaysia. Boleh dikatakan semua model keretanya cantik-cantik. Selain memiliki sisi tubuh yang kukuh volkwagen juga memiliki kuasa enjin yang baik..Walaupun harga yang ditawarkan "boleh tahan"..errmm!!!! tak mustahil satu hari nanti saya akan memilikinya...wakakakakak (mode : berangan)...

Wednesday, 23 March 2011

Harga rumah tinggi melambung2

Perggghhh..mendengarkan tajuk pun dh semput..apatah lagi orang macam saya yang masih belum ada rumah sendiri..alamatnya tak merasa la seumur hidup ni...(kesian kan)...
Tapi baru-baru ini kerajaan telah pun mengeluarkan satu kenyataan bagi mereka yang masih belum memiliki rumah..itu sudah bagus!!!!...tapi masalahnya sekarang...harga rumah tu sendiri yang terlalu mahal..(pe nak buat ..pegi toilet pn kena bayo).

Tidak boleh nk dipertikaikan ...kenapa harga rumah meningkat..antaranya:
- penempatan yang pesat (kalau kat KL ni mmg gile aaa...kalau nak yang murah sikit pegilah cari kat area banting, mantin, bukit beruntung) tapi jauh la ngan tempat keje..Buat kira2...last-last hasilnya tetap sama..duit habis kat tol dan minyak jek..(dah la minyak pun mahal)...
- faktor bahan mentah tu sendiri, saya akui...kerana kerjaya saya yang melibatkan penggunaan bahan mentah pembinaan. Bayangkan satu tan besi jenis Y12 berharga RM 2,430.00 ketika ini. Jika dibandingkan 5 tahun lalu hanya RM1,250.00 setan...itu belum lagi harga simen yang dahuluinye hanya RM 11.80, sekarang RM17.00...harga kayu juga meningkat. Ini kerana...negara sudah kekurangan bahan mentah...Bayangkan jika dahulu pasir masih boleh didapati di sekitar Lembah Klang tetapi kini keadaannya berubah..pasir diperolehi nun jauh di Perak...jadi kosnya juga bertambah.ura-ura menyatakan harga bahan mentah akan naik lagi pasti akan terjadi. Dah tu bilanya saya boleh beli rumah sendiri...wuawua!!!!...

- Selain itu keadaan pasaran global juga tidak menentu, harga bahan api yang mencecah ratusan ringgit setong membimbangkan ramai kontraktor untuk menjalankan kerja kerana khuatir permintaan melebihi pengeluaran...

Percubaan saya dengan "Mumble crumble"

Melihatkan designnya yang cantik dan indah..saya terpesona dan mahukan ianya terletak juga di baju saya...(nak tempah tak mampu) (mode : kesian). Jadi atas kekreativitian saya sendiri, tadaaaaaa!!!!!! inilah hasilnya. Walaupun tidak begitu menjadi tapi masih boleh diperbaiki. Semakin kerap kite menjahit semakin mahirlah..so motifnya kena rajin ...kalau tak rajin tak dapat la baju lawa hihiihihii. Meh la layan sekeping dua gambar ni..dan dipersilakan lah untuk mengomen hasil kerja saya ni yek...ape juga komen saya terima...thank you..

Tuesday, 22 March 2011

Fesyen bertudung

Ketika ini saya sedang mencari-cari gaya tudung yang sesuai untuk saya kenakan dimajlis perkahwinan adik ipar yang akan berlangsung pada mei nanti. Hasil carian saya di google dan laman sesawang mendapati fesyen tudung yuna menjadi pilihan..tetapi persoalannya adakah sesuai untuk saya kenakan????
errrmmmm...x pelik ke?..tapi memang cantik bila melihat yuna mengenakannya...
Gaya yang menjadi kegemaran saya...but i shoudl think first to do like this

Tsunami di Jepun

Ura-ura mengatakan gelombang ke-2 tsunami akan kembali...akhirnya terjadi juga...tanggal 11hb March 2011 akan menjadi titik hitam bagi warga Jepun..mendengarkan berita tersebut terus saya teringatkan kata-kata yang pernah saya dengar sebelum ini "tsunami akan kembali"...ya benar!!!! tsunami telah kembali....kebetulan ketika kejadian itu, saya sedang ber"chatting" bersama kawan saya yang berada di Jepun..tidak mengetahui apa-apa sehinggalah ketika menonton berita..barulah saya tahu yang Jepun telah ditimpa mala petaka yang amat dahsyat selepas tsunami di Acheh..
Melalui cerita sahabat saya yang berada di Tokyo Jepun, beliau memberitahu masih terdapat gegaran susulan sehingga ke hari ini..wooowww!!!!...bayangkan..mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan ditambah pula dengan suhu pada waktu ini serta kesan radiasi...
Ape-ape pun kejadian ini membuka mata ramai pihak untuk menghulurkan bantuan.
Keprihatinan seluruh penduduk dunia menunjukkan bahawa masih ada lagi manusia di dunia ini yang bersifat luhur, walaupun tidak seagama tapi kite tetap makhluk ciptaan-Nya...

Monday, 21 March 2011

Maid a.k.a "Pembantu rumah"

Banyak sangat isu yang membabitkan pembantu rumah..betul ke diorg ni memang suka buat perangai..????...sape yg loghat sbnrnya..so saya nk kongsi sedikit panduan dan pengalaman utk sesiapa shj yang ade pembantu rumah dan akan ambik pembantu rumah..
Boleh dikatakan saya ni bukan la majikan yang cerewet tetapi jangan ambil kesempatan pulak yek..
Pengalaman pertama kalau ada maid ni...mcm la janggal sikit..sbb x biasa ade orang kat rumah..tapi bila dah lama-lama tu rasa ok jek..bila diorg x de tu yg huru-hara jdnya..(kata-kata orang pemalas macam saya).....
Dalam banyak-banyak pembantu yang saya ade (soalan : banyak ke???) saya paling suka yang ke-5.Walaupun pelbagai dugaan menimpanya swaktu dirumah saya dan pelbagai kejadian yang hampir meragutnya nyawanya tetapi dia seorng yang patuh pada arahan dan tidak bersikap "ikut kepala otak sendiri"....kenapa saya berkata begitu???...ini jawapannya :-
1. Dia seorang yang terlalu miskin di tempat asalnya...so dia sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian..berilah apa sahaja pasti dia gembira.. bayangkan, kalau di tempatnya nak beli ikan pun tidak mampu..
2. Dia seorang yang tidak berapa cerdik...(mempunyai masalah pendengaran dan sentiasa blurrrrr...kadang-kadang saya yang confiuse)...setiap apa yang diajar pada mulanya langsung x lekat dalam kepala otak dia..(perghhh!!!! sabar sungguh saya kan)...sampai satu tahap tempreture saya pada tahap maksimum!!!!...dari situ la terjadinya kejadian demi kejadian. Rumah saya hampir meletup dengan tindakannya....pergghhh!!!!..sedikit kecederaan menimpanya..masalah2..pada mulanya kecederaannya tidak berapa serius ..cuma melecur macam terkena minyak panas...tapi lain pula jadinya bila keesokan  harinya..mukanya membengkak....risau pulak saya..Disebabkan dia alergi ubat so terpaksalah guna ubat luaran sahaja..yang paling daif sekali bilamana dia risaukan mukanya dan terlalu berpantang hinggakan dia hanya makan nasi putih dicampur garam atau gula bersama air...wuawua..."bibik" janganlah but gaya gini...nanti orang kata saya dera kamu. Hasil kesabaran saya selama 2 tahun...akhirnya dia mahir dengan setiap kerjanya..tidak perlu disuruh dia tahu akan rutin hariannya...tetapi akhirnya dia kembali pulang ke negara asalnya atas alasan perlu menjaga emak dan anaknya..tetapi baru-baru ini dia ada menghubungi dan mahu bekerja kembali tetapi saya menolak dengan baik kerana sudah peroleh pembantu yang baru.
Kesimpulannya, ape yg berlaku kepada pembantu2 rumah ni mungkin mereka tidak biase menggunakan peralatan elektrik . Perbuatan mereka ini merbaya dan disebabkan itu juga majikan menjadi marah....bila majikan dah marah pada pembantu, mereka akan bertindak agresif dan berdendam ...dan bila mereka berdendam inilah yang terjadi...seperti yang terpampang di dada-dada akbar dan berita (antaranya : meludah dalam makan, letak clorox dlm susu ) so..moral of the story dari kisah saya ni, jadi la orang yang sabar...kerana mereka juga manusia, mereka tidak arif dalam menongkah teknologi ...tidak salah jika kite berkorban sedikit masa memberikan tunjuk ajar kepada mereka.

Friday, 18 March 2011

Japanese Cheese Cake


Sebenarnya resepi ni saya dah simpan lama..tapi tak pernah cuba pun..bila hari2 cuti cam gini perut ni asyik terasa lapar jek ....Idea nak makan tu sentiasa ade..(bila masa nak kurus ni..) huhuhuhu... Belek punya belek (tengok bahan) ....ok! semuanya cukup, ha!!! ape lagi laju je la tangan ni....disebabkan cheese cake ni menggunakan teknik "steam bath" so mmg peluang la untuk saya mencuba (coz sblm ni blm pernah cuba buat cheese cake cara bakar..). Hasilnya...sungguh membanggakan..cantik,gebu,mulus...hehehe semua ada..(mode : perasan)....

Kembara Ke Bumi Guangzhou

Setelah seminggu saya mjejakkan kaki ke bumi guangzhou...kini saya ingin berkongsi pengalaman menarik sepanjang berada disana...(Panduan la kepada kengkawan yang nak pegi).....
Perjalanan sy ke sana menaiki pesawat AK112 dr KL ke guangzhou memakan ms slama 4 jam..Uisshh!!!..kebas buntut. Setibanya di Bayun International Airport sy n the geng telah disambut oleh tour guide (actually mmber kak.ipar)...mmg btl2 melayu (mamat nama dia)...dh ddk sane setahun lebih..expert ckp cina..bangga siut..mula2 jmpa off course la malu2...tp ps tu...kpala pn lbh kurang same je..so leh ngam...
Tengok ni..ni baru tempat kasut....

Ni pulak tempat handbang
Disebabkan sy mggunakan khidmat go holiday..so hotel yg disediakn jauh dr tmpat2 shopping..terpksala gunakn transport utk kesetiap destinasi..x pela..janji smpi..Guangzhou ni blh tahan jem jgk..lg teruk dr KL..jln raya x usah cite..berselirat..fly over dia ade yg mencecah ketinggian bangunan 7 tingkat...Masya Allah!!!...bl smpi hotel keterujaan utk bershopping tu membuak-buak, waima badan sbnrnya x larat..tp smua tu termasukla sy x sabar nk tgk dgn mata kepala sndiri (sblm ni asyik dgr cite org je..tmpt shopping kat guangzhou)...ha smangat pn mbara-bara...

Handbag lagi
Inilah pusat terbesar barangan kulit..carilah apa sahaja tentang beg pasti menjanjikan kepuasan
tmpat ptama yg kiteorg pg Changsheylu (tak tau la btl ke x ejaan dia)..nk smpi tmpat ni je dh jem teruk.. tau ni la tmpat org gi shopping..bl smpi masing2 terbeliak biji mata...wa!!!!...byknye..mn satu nk pg dulu ni...ms tu lbh kurang kul 3ptg..mamat bg ms smpi 5.30 coz kat sane smpi wktu tu je kedai2 dibuka..so ade ms 2 1/2jam je...x pe la..survey dl. Memang btl la..ckp2 org yg sy pnah dgr sblm ni..guangzhou ni tmpat whoasale...dia nye salesgirl msti tnya "u want buy many many???..bl kite ckp 1..ade yg blh jual..ade yg x..perasaan tu sdikit hampa bl barang yg kite dh b'kenan tu x leh beli..huhuhu...

Blog lama telah bertukar

Sebenarnya blog ni adalah blog yang telah diperbaharui..maka dengan ini blog yang sebelum ini http://azian81.blogspot.com/ telah pun dibatalkan. Walaupun banyak kenangan didalam blog tu tapi ape nak buat kan..terlebih pandai...huhuhu..godek punya godek terus hang, lepas tu semua pun dah jadi macam rojak..aduiiiihhh!!! so kena la buat yang baru..ape-ape pun saya akan cuba dapatkan balik entry2 saya yang lama...apa-apa pun untuk blog baru ni saya akan pelbagaikan ...bukan hanya tertumpu pada pembuatan kek semata-mata....chaw!!!!!...

Sabah di Bawah Bayu

Mendengarkan nya..terasa indah sekali..sudah sekian lama ingin menjejakkan kaki ke bumi Sabah..akhirnya pada 20th Mac 2011 yang lepas saya telah berpeluang ke sana.
Menaiki pesawat Air Asia, perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam..sungguh asyik melihat pulau-pulau kecil sewaktu pesawat mahu mendarat.
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti memanjant gunung ni la peluang terbaik..Kalau saya, memang niat dihati untuk mendaki sudah lama terpendam tapi apakan daya. Hajat tu x dapat dipenuhi walaupun hanya ke kaki gunung..sebabnya untuk saya ke sana cuaca tidak begitu mengizinkan..so sedey..sob3x..tetiba lak nak nangis..
Planning lain terpaksa dibuat..so kiteorg smua pakat pergi ke pulau2 yang nampak dr kapal terbang tadi..
"Manukan dan Mamutik"...perggghhh!!! memang cantik..tak payah nak berenang ke tengah laut macam kat Pulau Tioman...tepi2 pantai jek..cantik betul batu karang yg ada..so jagalah alam sekitar...Dh puas bersnorkling aktiviti bershopping le..memang sonok tempat shopping ni..sape yang x tau ngan "Pasar Philipin"...rambang bijik mata nengok mutiara..sebelum ni tengok kat KL sebiji2x..paling bykpn berantai2 jek..ni beribu-ribu bijik rantai ..ha~!! smpi nk pilih pun dh tak tau...
rupanya mutiara sabah ni ade 2 kategori...1st mutiara air masin..ciri2 : bulat, harga sedikit mahal 2nd mutiara air tawa ...ciri2 : tidak bulat (lonjong, leper) dan harganya sedikit murah..saya lebih tertarik dengan mutiara air masin..Sementelah saya ni peminat mutiara...so mmg bershopping sakan la..waaaaaaaaaa habis duit aku....

First entry

Today 18th March 2011 is my first entry to introduce my new blog "Nurizbake".