Iklan

Friday, 29 April 2011

Perkahwinan gilang-gemilang Putera William - Kate

Hari ni nak lari tajuk sikit..tetiba je timbul mode kawin...wakakkaa..

Hari ni 29/4/2011 akan tercipta satu dimensi baru perkahwinan di Raja Britain apabila si kacak tu (aduhhh..terpesona kejap) akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kate..Saya ni bukannye follow sangat cite-cite diorang ni..tapi bila berita, newspaper waima majalah pun asyik cite jek..jadi berkenan la pulak nak tumpang sekaki...(mode : menyibuk)..

Kalau tengok dari rupa paras Putera william ni...dia banyak mewarisi kejelitaan ibunya...mendiang Puteri Diana berbanding adiknya yang lebih kepada bapanya.. Sikapnya juga seakan-akan sama (anak omak dio nihhh)...

Pasangannya pulak Catherina Elizabeth Middelton a.k.a "Kate" jelita tapi nampak sedikit matured (berumur)
kalau bergandingan dengan Putera William..apa-apa pun mereka tetap sepadan. Detik-detik percintaan yang terpaut di zaman universiti menyatukan mereka (ooo...cinta monyet rupanya). Walaupun percintaan mereka pernah terputus di tengah jalan tapi tu la kan (kalau dah jodoh tak kemana)..menyatukan mereka kembali dan membawa ke gerbang perkahwinan.

Saya ni bukanlah update sangat pasal fesyen tapi saya suka melihat gaya si Kate ni. Gayanya yang sederhana tetapi menawan itu membuatkan setiap langkahnya akan diperhatikan (masalah dong!!!)..Baju, kasut, tas tangan, fesyen rambut, aksesori semua akan dinilai. dan di komen (sian dia) coz pengaruh mendiang ibu mertuanya..Ape-ape pun dia sangat bertuah kerana berjaya menawan hati Putera William (bukan senang ooooo..)..

Tak sabar nak balik umah nak tengok tv (ade siaran langsung)...chow....

Thursday, 21 April 2011

Birthday anakku yang ke-8 tahun

Semalam 20.4.2011..genap umur anakku Amirul Sufi bin Sahnon berusia 8 tahun..Karakternya yang cool serta jiwang (gembeng)..tak tentu pasal membuatkan aku kadang-kadang boleh naik angin. Akan tetapi sifatnya yang mengikut apa jek yang ibu dia suruh membuatkan saya sayang dan senang mahu menyuruhnya....

Sempena hari jadinya, saya telah pun menyediakan sebiji kek untuknya. Saya katakan padanya (ibu abang kan tokeh kek..cakap jek nak design ape...wakakakak (mode : berlagak)....Mulanya dia berkehendakkan kek edible print + photo gambar Rio (at the last saya tak dapat memenuhi kehendak dia coz sibuk ngan kerja)...sorry yek sufi ibu tak sempat search gambar rio tu...tapi sebagai ganti ibu telah buatkan sebiji kek "spongebob squarepants" untuk sufi celebrate kat sekolah bersama kawan-kawan.

Disebabkan rasa bersalah tak leh buat kek rio tu...saya pun ikutkan la kehendak dia untuk turut serta menyambut harijadinya disekolah. Seronok melihat dia gembira

Dan paling gembira kedua-dua opah dan atuk datang KL...(nampak sangat cucu kesayangan)...Bukan main happy dia...Walaupun tak dapat hadiah (untuk tahun ni) tapi dapat banyak duit...yeyeyeyeyeye nanti boleh belanja ibu...

Untuk Amirul Sufi bin Sahnon...ibu sayang sufi sangat-sangat..Walaupun selalu kena marah (coz suka ngelat) tapi ibu tau sufi budak yang baik dan pandai (macam ayah)..
Ibu doakan semoga sufi berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh, taat pada ibu-bapa serta belajar bersungguh-sungguh.


Wednesday, 20 April 2011

Contest

Nampaknya web counter hampir mencecah ke angka 300...Siapakah yang bernasib baik untuk mendapatkan "blueberry cheese tart" dari "nurizbake"...Jangan lepaskan peluang ni ok...dan sebagai bukti jgn lupa email pada saya untuk prove...

Thank you....

Monday, 18 April 2011

Puding Roti Karamel

Puding roti karamel ni...sedap sangat..saya ubah sikit resepinya supaya menepati citarasa tekak saya yang tidak berapa gemarkan susu (sesetengah jenis sahaja)...

Nampaknya eksperimen saya minggu ni menjadi..tapi disebabkan sikap tak sabar telah membuatkan puding saya pecah (sebab tak cukup keras/sejuk)...By the way...tak sia-sia buat ...anak-anak pun suka...So pada sesiapa yang nak cuba buat ...saya bagi resepi yek...

Bahan-bahan:

Karamel...

1/4 cawan gula pasir
1/4 air panas

cara membuatnya :

- Masak gula tanpa minyak didalam kuali (disyorkan) menggunakan api yang perlahan sehingga cair.
- Padamkan api...tuangkan air panas tadi kedalam gula ...kacau segera agar gula tidak berketul..Masa ini gula cepat mengeras...
- Tapiskan gula yang telah cair kedalam loyang...
- Biarkan ianya sejuk seketika...

Puding....

*3 keping roti (dikoyak dan dibuang kerak-kerak kat tepi tu)
*1 1/4 cawan susu cair
*1/2 cawan air suam
*1/4 susu pekat (boleh tambah kalau nak lebih manis)
*1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (size B).

Cara membuatnya :

- Blend kesemua bahan bertanda * kecuali telur...
- Pecahkan telur dan kacau sehingga telur sebati (jangan kocak macam buat telur dadar tu ye) cukup kekadar menyatukan kuning-kuning telur tu sahaja.
- Campurkan telur kedalam bahan yang diblender tadi dan kacau sebentar.
- Tapiskan kesemua bahan tadi agar hasilnya lebih halus kedalam adunan gula karamel tadi dan masak menggunakan kaedah "steam bath" iaitu meletakkan air didalam bekas yang lebih besar daripada loyang.
- Masak menggunakan suhu 130 darjah celcius lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
- Akhir sekali, sejukkan sebentar agar mudah untuk dikeluarkan..


Sunday, 17 April 2011

Choclate moist cake...lagi

Repeat order daripada kak zaiti untuk birthday anak dia..Hari tu celebrate kat sekolah katanya..Kali ni untuk celebrate kat umah...

Friday, 15 April 2011

Puding roti...

 Resepi puding roti ni saya dapat dari blog "Dari dapur Madiha" http://mamawadiha.blogspot.com/ ..thanks ye kak..coz sudi kongsi resepi..Nampak dalam blog dia mcm sedap jek..jadi saya pun cuba..
Memang sedap..tapi rasanya saya punya tak berapa jadi la. Tapi untuk 1st trial dikira berjaya la...



Sardin roll...


1st time buat sardin roll...kalau ikut resepi biasa tak payah pakai "bread crumb" pun tapi tekak ni..demand..tau nak yang sedap jek..jadi saya tambah untuk lebih sedap dan rangup...

Kepada sesiapa yang tak tahu bread crumb tu ape..boleh dapat kat kedai jual bahan kek.
Kalau tak tau gak....ala yang lekat pada nugget tu..
kalau tak tau jugak..pegi dapur ambik senduk ketuk kepala..ok..hahahhaha...

Yang ni nak bagi resepi jugak ke???...errrmmm..rasanya semua orang tau masak sardin kan...Kalau ikut resepi saya macam ni ya :-

Bahan untuk inti :-

- Sardin 1 tin
- Bawang merah, bawang putih, cili kering (dikisar)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3-4 biji cili padi
- 1 batang serai
- sedikit asam jawa
- garam secukup rasa

Untuk roti

- Roti secukupnya (jangan pakai gardenia coz lembut sangat)
- Bread crumb
- Sedikit tepung gandum
- sedikit air

Cara-cara membuatnya :-

-Tumis semua bahan-bahan sehingga garing
- Masukkan sardin (hancurkan)
- Masukkan bawang besar (lagi banyak lagi sedap coz manis )
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan garam. Masak sehingga kering.

- Ambil sekeping roti dan leperkan disetiap penjurunya. (supaya mudah untuk digulung)
- masukkan sesudu inti ...dan gulung
- kemudian celupkan kedalam bancuhan tepung gandum dan air (cairkan) agar bread crumb mudah dilekatkan..
- Golekkan roti tadi diatas bread crumb
- Akhir sekali goreng menggunakan minyak yang panas (jgn masak terlalu lama ...nanti roti makan minyak)

Selain itu, sardin ni boleh di jadikan froozen food..Setelah siap di golek diatas bread crumb boleh terus disimpan ke dalam peti sejuk.

P/S : kalau nak simpan lama di dlm freeze..inti sardin tu perlulah dikurangkan bawang besar (takut cepat rosak)...

"SELAMAT MENCUBA"