Apa yang menarik di Seville atau Sevilla?
Saya akan sharekan pengalaman selama hampir 5hari disana
Terus ke hotel untuk check in (VERTICE HOTEL, SEVILLE) almaklumla seharian tak mandi (penerbangan keseluruhan 23jam 45minit). Rehat sebentar sekitar jam 3petang saya dan suami pergi mencari makanan ditemani kawan kepada suami saya (warga Spain). Mereka alert dengan kami yang mencari makanan halal akan tetapi mereka pun tidak mahir. Akhirnya kami singgah di restoran tempatn yang menyediakan SEAFOOD. Alhamdulillah kenyang.
Saya akan sharekan pengalaman selama hampir 5hari disana
Perjalanan kami bermula dengan menaiki penerbangan MAS MH607 ke Singapura transit selama 1jam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan menaiki pesawat "JUMBO" Lufthansa LH779
(A380-800) yang memakan masa selama hampir 13jam (nasib ambik flight malam) jadi tak de la rasa sangat.
Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt, German (Transit ke-2) pada pukul 6.20pagi (waktu tempatan) dapatlah juga minum2, tegakkan pinggang dan menghirup udara segar. Suhu pagi ketika ini adalah 3 darjah celcius (SEJUKKKK!!!!). Hampir 4jam transit kami meneruskan perjalan ke Sevilla dengan menaiki pesawat Lufthansa. Penerbangan mengambil masa 2jam 30minit.
Macam-macam bermain difikiran bagaimanakah bentuk muka bumi SPAIN? negara yang satu ketika dulu ditakluki oleh orang ISLAM. Seville ni tak la besar (sebab airport dia tak la besar mana) lebih kurang mcm airport kat KOTA BHARU je. Cuaca? PANAS lit lit..dan kering. Saya sampai jam 1petang memang matahari tepat terpacak!!!
Pemandangan di Lapangan Terbang Frankfurt, German |
Kat bawah ni antara tempat-tempat menarik di Seville. Pada yang sukakan kesan-kesan sejarah inilah tempatnya tapi kalau tak mungkin korang akan rasa boringnya ..well kalau dah dapat berjalan tu pegi mana-mana pun syokkannnn!!!
1. CATHEDRAL DE SEVILLE
Gereja Cathedral De Seville ini adalah yang ke-3 terbesar di dunia yang telah didaftarkan sebagai warisan UNESCO pada 1987. Sebelum dijadikan gereja Cathedral De Seville ini merupakan sebuah MASJID agung AlMohad, (masih boleh lihat pada seni ukir, kubah dan juga menara (Giralda)
Pemandangan di waktu siang |
2. ALCAZAR PALACE
Terletak bersebelahan sahaja dengan Catherdral De Seville. Ia merupakan sebuah istana yang dibina oleh Almohad. Alcazar diambil daripada bahasa Arab Al Qasr yang bermaksud istana yang berbenteng. Bila tengok memang betul...istana ni tak boleh nampak dari luar kerana disekelilingi tembok batu yang sangat tinggi. Saya tidak berkesempatan untuk masuk disebabkan dah hampir malam (tak pelaaa kita posing kat luar aje)..
3. PLAZA DE ESPANA
Terpukau dengan pandangan pertama!!!..ha inilah ungkapan yang sesuai. kenapa?? sebabnya saya memikirkan mereka yang membina ni sangat2 handal (seni halus) dan dibina di zaman yang serba serbi kekurangan (tak de teknologi, mesin2 tak canggih) dan masih berdiri kukuh sehingga hari ni. Mengikut sejarah (saya pun google).
Bangunan ini di bina pada tahun 1928 oleh seorang arkitek yang bernama ANIBAL GONZALEZ.
Cuaca ketika saya sampai di sini memang panas dan berangin. Perasaan pun terbuai-buai macam angin hihihihi. Setiap sudut cantik dan artistik. Gambaran perasaan saya sebelum sampai sama apabila menjejakkan kaki di sini. Langit membiru membuatkan persekitaran bertambah-tambah menarik
Jom cuci-cuci mata tengok gambar!!
4. METROPOL PARASOL
Bangunan ni sangat unik tak ubah mcm sarang tebuan. Tempat ni mcm tempat lepak-lepak dan untuk pertunjukan pentas (bukan stadium) macam dewan terbuka la.. Tak de apa yang menarik pun di sini cuma keunikan architecturenya sahaja. Tapi ini adalah salah satu tempat wajib bagi para pelancong
Jom cuci mata tengok!!!!
Mula-mula sampai Seville ketandusan mencari makanan halal tapi sekarang ni kan zaman Mr. Google so sila la guna!!!.. Banyak sebenarnya restoran halal di Seville so tak de masalah la untuk saya dan orang islam yang datang ke sini untuk mencari makanan halal. Dalam banyak-banyak restoran halal yang saya cuba saya recomand Restoran AL-WADI (restoran Syria) https://www.google.com/maps/place/Al+Wadi+Restaurant/@37.3867576,-5.9949389,15z/data=!4m2!3m1!1s0x0:0xbaa3d4272bb72a96?sa=X&ved=2ahUKEwjtmqLA9I_eAhUBA3IKHd5QBHIQ_BIwCnoECAoQCw

No comments:
Post a Comment