Iklan

Wednesday, 6 April 2016

Trip ke Europe


Salam semua..hari ni rajin skit nak upload blog..jenuh juga nk memikir apa nak cite ..
first skali saya nak story pasal tiket flight..dah banyak sangat google airline tapi harga ada yang murah ada juga yang mahal..ramai gak bagitau Qatar airways, etihad dan emirates murah tapi bila tengok tak murah sangat. At last saya jumpa Turkish Airlines tengok tarikh memang ngam kena plak dengan budak cuti sekolah dan harga yang saya dapat serendah RM2,100.00 return. Kalau bernasib baik dan pandai pilih waktu nk search boleh dapat serendah RM1,900.00 (boleh juling-juling bijik mata)..tanya dalam hati betul ke semurah ni..tapi tip saya nak bagi kadang-kadang memang betul tiket murah tapi airportnya jauh bukan airport utama so semak dulu sebelum beli ye..
kembali kepada proses membeli, bila dah tengok segala details apa lagi laju je membeli...settle bab tiket. Destinasi tiket adalah dari KL-Istanbul-Amsterdam. Penerbangan TK0063 mengambil masa 11jam 05minit aduhaiiii!!! kebas punggung. Dari Istanbul ke Amsterdam 3jam 30minit.

Setelah dapat pengesahan tiket daripada Turkish Airline...terus siapkan program jelajahan selama 2minggu. Mula-mula tak tau nak start dari mana tapi setelah search pelbagai blog travel..dapatlah beberapa tips untuk memulakan penjelajahan.

Saya akan share..program saya sepanjang 2 minggu saya berada di sana. pada sapa2 yang nak pergi ke europe dengan budget yang minimum..don't worry i will help you guys.

Wednesday, 30 March 2016


Salam...

Lama rasanya tak update blog...bersawang-sawang dah
Kak ngah ni ada story menarik nak share kat uols semua...nak tau story apa x?
ha..pasal europe trip..
Pada kaki2 pelancong yang underbudget dan backpakers akak akan share budget untuk korang jadikan rujukan...

Wednesday, 26 December 2012

Makkahtul Mukarramah...

Saat n3 ni ditulis..aku baru 5 hari pulang dari tanah suci Mekah. Masih terasa kesyahduan, keheningan dan macam2 rasa la. Tak leh diluahkan dengan perkataan. Walaupun ini kali kedua aku kesana. Pergila berapa byk kali pun perasaan tu akan tetap sama. Pemergian aku kali ini disambut dengan penuh kedukaan...mana tidaknya baru sehari aku sampai di kota Madinah aku dikejutkan dengan berita pemergian ibu mertuaku. Sayu dan syahdu..apa nak buat bukan rezekiku untuk menatap wajahnya buat kali terakhir..Jika diikutkan hati mahu saja pulang tapi memandangkan tiketnya terlalu mahal selain memikirkan apalah yg aku boleh buat jika aku pulang (takut x sempat) lebih baik aku memanjatkan doa di bumi Allah yang tenang ini.
Yang membuatkan aku bertambah sebak, bila waktu pengebumian dijalankan aku menunaikan solat jumaat di Masjid Nabawi..mungkin memahami kesedihan atau kebetulan imam Masjid Nabawi terpaksa mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak hampir 3 kali...tersedu-sedu..sampikan dia tidak boleh meneruskan pembacaan..terpaksa diulang semula solat..Aku serta rombongan keluarga yang lain apa lagi tersedu-sedua la...

Saturday, 15 December 2012

volkswagen memecah tradisi trend kereta


Dulu-dulu volkswagen hanya dikenali dengan model kereta kodoknya iaitu bettle tapi sekarang hampir 20 model dikeluarkan. Antaranya:-
- Golf
- Golf GTi
- Polo
- Polo sedan
- Polo GTi
- Passat
- Passat CC
- Toureg
- Sharan
- Touran
- Jetta
- Bettle.

Kesemua model volkswagen ini telah merubah presepsi masyarakat yang hanya mengetahui volkswagen hanya mengeluarkan kereta kodok...bak kata mak saya.
Menggunakan teknologi canggih dan body kereta yang mantap..volkswagen telah berjaya mendominasi carta pembelian tertinggi untuk 2012. Model yang paling mendapat sambutan adalah "GOLF". Menggunakan kapasiti TSI yang bermaksud "Turbo Suspention Injection" membuatkan model ini mendapat tempat dihati anak muda yang gemarkan rupabentuknya yang comel dan daya pecutan yang stabil.
Link : www.volkswagen.com.my

Ermmm...bila la boleh dapat pakai kereta ni...

Apam polkadot


Wednesday, 5 December 2012

Durian crepe

Selepas fenomena cupcake, macaroon,pavlova dan lain-lain sekarang ni timbul durian crepe plak. Disebabkan terlalu banyak permintaan sebab tu sekeajp je jadi popular. First time rasa...errrmm!!! not bad sedap so langkah seterusnya nak cari resepi.

Nasib baiklah seorang kawan ni bermurah hati untuk memberikan resepinya..Alhamdulillah ada lagi orang yang baik kat bumi ni ye..Maklumla zaman sekarang ni mana ada yang free..klu ada pun belum tentu betul.

Maka eksperimen pertama pun bermula, jadi tu memang jadi tapi kulitnya tebal x jadi nipis macam kat kedai tu..so??? dimanakah silapnya dari gaya geleknya kah? dari gaya bancuhannyakah?tak jumpa jawapan. wuawua!!! nangis. Tapi tak putus harapan coz tau rasa tu dah ada cuma skill je belum jumpa. Maksudnya resepi ni boleh diguna pakai..hikhikkkk

Hari ni saya bermurah hati untuk syer resepi durian crepe...sape2 yang dah ada tu kalau nak compare2 untuk menambahbaikan repesi anda apa salahnya. Resepi ni pun saya dah ubah sikit-sikit mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan :-

Bahagian kulit

250gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
25gm butter
sedikit gula
sedikit garam
sedikit santan

Untuk isi

100gm whipping cream - non diary cream (gold label)

Cara membuatnya:-

- Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung ubi
- Pecahkan telur satu persatu - kacau sehingga kuningnya pecah
   Campurkan kedalam tepung
- cairkan butter (campur kedalam bancuhan tepung).
- masukkan gula, garam dan santan
- kacau sehingga sebati
- Jika terdapat ketulan tepung, sebaiknya diblender untuk mendapatkan tekstur yang halus
- Masak seperti buat lempeng.
- Biarkan ianya masak untuk satu bahagian sahaja
- Biarkan crepe tadi sejuk sepenuhnya kerana kalau masih panas dikhuatiri whipping cream akan cair
- Balutkan bersama whipping cream, durian dan whipping cream semula.
- Siap untuk dihidang.

Monday, 26 November 2012

Bandung...syurga membeli belah

Dah lama tak update blog... x de cerita yang menarik untuk diupdate so biarkan lah.
Kali ni nk story mory percutian saya n family ke bandung, Indonesia best betul. Biasala sebelum pg sana smpat la survey blog2 yg pernah pegi ke bandung...teruja. penerbangan kesana mengambil masa lbh kurang 2 jam 20minit setibanya di airport bandung, terkejut..punya ciput airport dia..dalam hati secure ke sistem diorg ni..kalau kat malaysia ni secanggih2nya. dh lebih kurang mcm hentian duta je...uissh2x padahal international airpot tu.. sampai je andy (sahabat disana) sudah siap menunggu..x smpat nk posing kat airpot kecik tu coz hujan lebat..kelam kabut. Sampai kat bandung jam 5.45ptg tp gelapnya sama je mcm wktu malaysia.Di Indonesia waktu diorg lewat 1 jam dr Malaysia ...so smpat lagi nk shopping Mmg byk FO kat sini...ade yg local brand n ade juga international brand. wlupn smpi kat sana 6.30ptg tp dh gelap...wlupn letih smangat shopping ttp membara.. kitaorg pg serang kat jln dago untuk permulaan..

Tempat shopping kain..murahhhhh!!!!
Restoran Sunda - cantik decorasinya

Rumah Mode

Airport
Masakan Padang

Masakan Sunda