masa beli tiket dah sedia maklum yang kitaorang akan naik flight dari Sabiha Gocken International Airport. Untuk makluman Airport ni terletak di bahagian benua Asia dan jarak dari Kota Instanbul lebih kurang 50km (1jam 30minit). Nak pegi naik apa? tu soalan yang terpancul kat mulut..
Ok..kebiasaanya hotel di Istanbul akan alert dan kita kena rajin bertanya. Memang ada service dari hotel ke Airport (tengokla nak pg airpot mana) cth flight saya jam 9.30pagi jadi shuttle van akan collect jam 6.30pagi (ada schedule of time) bukan sesuka hati boleh pickup..kalau terlambat memang MASAK!!!!!...service shuttle van ni akan pick up betul-betul depan hotel so x jadi masalah. harga pun ok 10euro. Just pesan je kat receptionist hotel utk wakeup call dont worry sure tak kena tinggal...
Airport Schiphol sangat unik nampak croud tapi teratur... |
Ok..back to story, pesawat selamat mendarat dengan jayanya..alhamdulillah
Dalam train dari Schiphol Airport ke Amsterdam Centraal |
Amsterdam Centraal... |
Di belakang tu Amsterdam Centraal |
pemandangan di luar Amsterdam Centraal bertentangan dengan terusan. |
minta bantuan dari polis yang mengawal di situ..bagitau hanya perlu jalan kaki sahaja untuk sampai ke hotel tak perlu naik train or teksi..that good!!! saved cost..
10 minit jalan dah sampai hotel betul-betul di tepi jalan utama dan pusat tumpuan orang ramai. Manusia bertali arus (dalam hati...apa diorang buat ni ha?) 70% daripadanya adalah pelancong macam saya..ha jawapannya melancong la...apa lagi kalau orang tempatan xde keje nak mundar mandir kan. As usual kitaorang akan check in hotel (Neutraal Hotel) Ok untuk hotel ni saya check in untuk 2 hari dengan harga RM588.00 tapi kan saya tersilap pandang masa book huhuhu nak tau kenapa??? kitaorng terpaksa share bilik air..adoiiiii nak cancel dah tak boleh sbb last minit tanya encik suami dia kata ok je then ok la nasib baik konsepnya 2bilik share 1 bilik air..so x de la havoc sgt dgn orang lain, memandangkan hotel ni dekat dengan pelbagai akses, senang la..
Apa yang menarik kat Amsterdam? banyak sebenarnya..kitaorang pilih-pilih untuk lengkapkan 2 1/2hari (off course memang tak boleh cover semua) Kat sini saya senaraikan tempat menarik supaya uolls yang ada hati nak pergi tak meraba-raba nak mencari :-
* Kalverstraat Street
* Flower market
* Damrak Square
Di sekitar Damrak ni pun tak habis jalan sebenarnya..sebab apa? kiri dan kanan adalah shopping area..wow!!!! H&M, Zara, bershka, kedai-kedai souvenier memang berlambak dan untuk pengetahuan uolls semua GANJA adalah legal di Amsterdam..oh ya!!!. tidak menjadi satu masalah pun kalau anda membeli ganja di sana.
Apa lagi tempat menarik selain tempat-tempat yang saya cite ni..ha!!! mostly berada di luar kota Amsterdam..so stay tuned membaca coz saya akan story pengalaman saya berada di tempat yang saya rasakan sangatlah mendamaikan....daaaa...