Iklan

Thursday, 18 October 2018

Lisbon, Portugal


Pada mulanya saya bercadang untuk ke Morocco tapi disebabkan harga tiket yang terlalu mahal (compare to Lisbon) so pilihan kami adalah ke Lisbon. Ternyata pilihan kami untuk ke Lisbon tepat!!! Kenapa? beriya-iya saya UP sangat Lisbon ni? ha meh saya story.

Saya menaiki pesawat TAP Portugal dari Seville. Penerbangan mengambil masa 1jam 30minit sahaja. Cuaca sejuk dari pagi hingga sekitar jam 2 petang. Saya tinggal di Cantador Guest House  lokasi yang strategik (konsep di sini berbeza dengan negara-negara yang pernah saya lawati) kenapa? waktu check in seperti biasa jam 3 petang. Untuk daftar masuk admin guest house dh emailkan saya segala maklumat yang diperlukan (tapi saya tak alert dengan benda tu dan tak tau pun ...hahahaha). hahh sudah mana nak cari WIFI (maklumat ada dalam email no pin pintu masuk dan pintu bilik.
Nasib baik la ada sorang mamat portugal ni bermurah hati bagi kitaorang pinjam hotspot dia... Cari punya cari memang ada maklumat tu (lega tapi masa tu baru jam 8pagi sedangkan check in time jam 3 petang..hahahaha) apalagi no pin pintu masuk dah ada letak je la beg sambil tawakal janganlah hilang. Sesi penerokaan pun bermula...lets go!!!!.

#Portugal ni boleh dikategorikan sebagai negara yang kurang dikunjungi oleh orang Asia especially orang Malaysia (tak jumpa seorang pun orang Malaysia). Mungkin sebab tak de/kurang promosi tentang sektor pelancongan #Portugal. Secara keseluruhannya saya boleh katakan #Portugal adalah salah satu negara yang mesti dilawati.

Parca De Comarcio
Sebelum sampai di bandar Lisbon, macam-macam bermain dalam fikiran saya (janganla tempat ni tak best!!! mau boring nanti) sebab apa tau saya cakap macam tu. Sepanjang perjalanan dari airport ke bandar lisbon kiri dan kanan pemandangan tak menarik perhatian saya langsung!!! banyak bangunan yang terbiar dan tak terurus (aduhhh risau dah). Bila sampai bandar sunyi sepi!!! WHATTTT...ooohhh no (lupa baru jam 7.45pagi memangla sunyi sepi). tapi telahan saya silap lepas jam 10.00 pagi. semua lorong-lorong dipenuhi manusia. Untuk pengetahuan semua Bandar Lisbon terletak di tepi laut dan berbukit bukau. Di kelilingi bangunan-bangunan lama yang menarik lorong-lorong kecil yang bersimpang siur (semua lorong-lorong ni berfungsi menghubungkan antara satu-satu tempat). Dari hotel saya ke pusat tumpuan pelancong tak jauh jalan kaki je ataupun naik tram (cute sangat).. Antara tempat menarik kat lisbon adalah Parca De Comarcio lebih kurang macam dataran merdeka ramai orang berkumpul di sini untuk mengabdikan kenangan.

Sebelum sampai ke sini saya pun sempat la juga research serba sedikit tentang bandar Lisbon dan terjumpa blog http://www.faizalfredley.com dapatla juga membuat plan tempat mana yang patut saya pergi. Salah satunya seperti gambar kat bawah ni. TORRE DE BELEM

Belem Tower
Belem Tower ni siap dibina pada tahun 1519. Tujuannya ada la untuk menjadi benteng pertahanan pertama sebelum musuh menyerang. Telah menjadi warisan UNESCO pada tahun 1983 sebagai salah satu warisan dunia yang harus dipelihara dan dikekalkan. Masih lagi utuh berdiri megah walaupun dah berdekat-dekat berlalu. Senibina nya pun gah menamppakkan kekuasaan #Portugal di zamannya.

Perjalanan ke sini agak jauh dari pusat bandar. Tapi jangan risau banyak pengangkutan awam disediakan antaranya 

* Tram (Naik yang warna hijau) tapi kena jalan kaki sikit sebab dia berhenti di Belem Square sahaja.
* Bas Hop onn Hop Off (Yellow bus : Sticker Biru tulis Tagus)
* Naik Tuk Tuk (mahal sikit sekitar 15 euro)

Banyak sangat tempat menarik kat Lisbon ni dan semuanya berhampiran. Dari apa yang saya perhatikan Bandar Lisbon ni boleh tahan pesat pembangunannya. Antaranya jambatan kat bawah ni, selain tu ada juga Cable car atas laut, Jambatan yang panjang macam kat Pulau Pinang, menara kat atas laut (mcm di Dubai).

25 De Abril Bridge a.k.a San Fracisco Bridge
Jambatan kat sebelah ni namanya 25 De Abril atau dahulunya dikenalali sebagai Salazar Bridge. Menghubungkan bandar Lisbon dan Bandar Almada. Siap di bina pada 6 Ogos 1966.

Penambahan laluan keretapi dibina pada tahun 1999. Jambatan ni orang Portugal gelar San Francisco Bridge sebab reka bentuknya hampir sama dan arkiteknya juga adalah warga Amerika Syarikat (no wonderlaaa).





SOE JORGE CASTLE

Dari hotel saya ke Istana lama ni dekat sangat 5 minit jalan kaki..tapi sedikit mencabar sebab naik bukit (semput). Serius cakap tempat ni sangat menenangkan dan sangatlah cantik. Pemandangan dari atas bukit yang boleh menamppakan sebahagian bandar Lisbon dan lautan biru yang terbentang luas.
tenang rasanya. Cuaca yang berangin dan dingin sambil memejamkan mata membuatkan diri terasa di awang-awangan..memang feeling habislaa.. agak lama saya menghabiskan masa di sini kerana kawasannya yang luas dan banyak port bergambar yang cantik-cantik.

Sekali pandang sama macam bangunan kat Melaka tu..tak ingat pulak namanya.Ye la dah Melaka kan pernah dijajah Portugis apa yang ada di #Portugal ada juga la di Melaka.

Rossio Square

Apa yang saya perasan orang di #Portugal ni sukakan monumen. Setiap bulatan jalan raya mesti ada monumen dan mereka bangga dengan pahlawan-pahlawan mereka antaranya di Rossio Square ni.
Monumen yang dibina berdiri megah di hujung menara. Satu lagi tempat posing menarik hehehe

















Seville, Spain

Apa yang menarik di Seville atau Sevilla?




Saya akan sharekan pengalaman selama hampir 5hari disana
Perjalanan kami bermula dengan menaiki penerbangan MAS MH607 ke Singapura transit selama 1jam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan menaiki pesawat "JUMBO" Lufthansa LH779 
(A380-800) yang memakan masa selama hampir 13jam (nasib ambik flight malam) jadi tak de la rasa sangat.

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt, German (Transit ke-2) pada pukul 6.20pagi (waktu tempatan) dapatlah juga minum2, tegakkan pinggang dan menghirup udara segar. Suhu pagi ketika ini adalah 3 darjah celcius (SEJUKKKK!!!!). Hampir 4jam transit kami meneruskan perjalan ke Sevilla dengan menaiki pesawat Lufthansa. Penerbangan mengambil masa 2jam 30minit.

Macam-macam bermain difikiran bagaimanakah bentuk muka bumi SPAIN? negara yang satu ketika dulu ditakluki oleh orang ISLAM. Seville ni tak la besar (sebab airport dia tak la besar mana) lebih kurang mcm airport kat KOTA BHARU je. Cuaca? PANAS lit lit..dan kering. Saya sampai jam 1petang memang matahari tepat terpacak!!!

Pemandangan di Lapangan Terbang Frankfurt, German
Terus ke hotel untuk check in (VERTICE HOTEL, SEVILLE) almaklumla seharian tak mandi (penerbangan keseluruhan 23jam 45minit). Rehat sebentar sekitar jam 3petang saya dan suami pergi mencari makanan ditemani kawan kepada suami saya (warga Spain). Mereka alert dengan kami yang mencari makanan halal akan tetapi mereka pun tidak mahir. Akhirnya kami singgah di restoran tempatn yang menyediakan SEAFOOD. Alhamdulillah kenyang.

Kat bawah ni antara tempat-tempat menarik di Seville. Pada yang sukakan kesan-kesan sejarah inilah tempatnya tapi kalau tak mungkin korang akan rasa boringnya ..well kalau dah dapat berjalan tu pegi mana-mana pun syokkannnn!!!


1. CATHEDRAL DE SEVILLE

Gereja Cathedral De Seville ini adalah yang ke-3 terbesar di dunia yang telah didaftarkan sebagai warisan UNESCO pada 1987. Sebelum dijadikan gereja Cathedral De Seville ini merupakan sebuah MASJID agung AlMohad, (masih boleh lihat pada seni ukir, kubah dan juga menara (Giralda)

Pemandangan di waktu siang




2. ALCAZAR PALACE

Terletak bersebelahan sahaja dengan Catherdral De Seville. Ia merupakan sebuah istana yang dibina oleh Almohad. Alcazar diambil daripada bahasa Arab Al Qasr yang bermaksud istana yang berbenteng. Bila tengok memang betul...istana ni tak boleh nampak dari luar kerana disekelilingi tembok batu yang sangat tinggi. Saya tidak berkesempatan untuk masuk disebabkan dah hampir malam (tak pelaaa kita posing kat luar aje)..



































3. PLAZA DE ESPANA

Terpukau dengan pandangan pertama!!!..ha inilah ungkapan yang sesuai. kenapa?? sebabnya saya memikirkan mereka yang membina ni sangat2 handal (seni halus) dan dibina di zaman yang serba serbi kekurangan (tak de teknologi, mesin2 tak canggih) dan masih berdiri kukuh sehingga hari ni. Mengikut sejarah (saya pun google).


Bangunan ini di bina pada tahun 1928 oleh seorang arkitek yang bernama ANIBAL GONZALEZ.
Cuaca ketika saya sampai di sini memang panas dan berangin. Perasaan pun terbuai-buai macam angin hihihihi. Setiap sudut cantik dan artistik. Gambaran perasaan saya sebelum sampai sama apabila menjejakkan kaki di sini. Langit membiru membuatkan persekitaran bertambah-tambah menarik




Jom cuci-cuci mata tengok gambar!!





4. METROPOL PARASOL

Bangunan ni sangat unik tak ubah mcm sarang tebuan. Tempat ni mcm tempat lepak-lepak dan untuk pertunjukan pentas (bukan stadium) macam dewan terbuka la.. Tak de apa yang menarik pun di sini cuma keunikan architecturenya sahaja. Tapi ini adalah salah satu tempat wajib bagi para pelancong
Jom cuci mata tengok!!!!


Mula-mula sampai Seville ketandusan mencari makanan halal tapi sekarang ni kan zaman Mr. Google so sila la guna!!!.. Banyak sebenarnya restoran halal di Seville so tak de masalah la untuk saya dan orang islam yang datang ke sini untuk mencari makanan halal. Dalam banyak-banyak restoran halal yang saya cuba saya recomand Restoran AL-WADI (restoran Syria) https://www.google.com/maps/place/Al+Wadi+Restaurant/@37.3867576,-5.9949389,15z/data=!4m2!3m1!1s0x0:0xbaa3d4272bb72a96?sa=X&ved=2ahUKEwjtmqLA9I_eAhUBA3IKHd5QBHIQ_BIwCnoECAoQCw