Iklan

Thursday 7 April 2016

Amsterdam, Netherland

Sambung story untuk next destination...

masa beli tiket dah sedia maklum yang kitaorang akan naik flight dari Sabiha Gocken International Airport. Untuk makluman Airport ni terletak di bahagian benua Asia dan jarak dari Kota Instanbul lebih kurang 50km (1jam 30minit). Nak pegi naik apa? tu soalan yang terpancul kat mulut..
Ok..kebiasaanya hotel di Istanbul akan alert dan kita kena rajin bertanya. Memang ada service dari hotel ke Airport (tengokla  nak pg airpot mana) cth flight saya jam 9.30pagi jadi shuttle van akan collect jam 6.30pagi (ada schedule of time) bukan sesuka hati boleh pickup..kalau terlambat memang MASAK!!!!!...service shuttle van ni akan pick up betul-betul depan hotel so x jadi masalah. harga pun ok 10euro. Just pesan je kat receptionist hotel utk wakeup call dont worry sure tak kena tinggal...

Airport Schiphol sangat unik nampak croud tapi teratur...
Sampai kat airport terus Check in bag n breakfast (kat istanbul banyak restoran Halal) especially asean site. Penerbangan dari Istanbul ke Amsterdam Schiphol Airport mengambil masa 3jam 30minit. Cuaca memang cantik masa ni tak berawan suhu sekitar 8 darjah celcius tak berawan macam di Istanbul. Dari dalam flight boleh nampak macam petak-petak sawah gitu. cantik sangat!!!.keterujaan untuk mengunjungi Amsterdam membuak-buak (memang simpan impian dari kecik nak pegi tak tahu la kenapa) tak salah menyimpan angan-angan.

Ok..back to story, pesawat selamat mendarat dengan jayanya..alhamdulillah
Dalam train dari Schiphol Airport ke Amsterdam Centraal
as usual kena check in, cop passport dan seangkatan dengannya la...Sama jugak kita orang lepak-lepak dulu sebelum meneruskan perjalanan tapi kali ni kitaorang lepak kat Starbuck je coz tempat lain macam annoying je tak berani. Kat starbuck pun just minum Hot Choclate dan jangan terkejut 1 cup tu bernilai 10euro = RM40.00 (Oh my god???) serius mahal cm gini tapi tak pe la kan...since kita dah tukar duit janganla nk convert duit Malaysia..kalau kira boleh pitam!!!.

Amsterdam Centraal...
Dah hilang pening-pening lalat apalagi cari tiket untuk ke Amsterdam Centraal senang je nk cari kaunter tiket sebelah starbuck je..Tiket murah je dalam 8euro untuk 2 orang lepas tu terus pegi gate 3 utk naik train underground. Dari airport nak ke Amsterdam Centraal ambik masa 20 minit, jangan risau kalau tertinggal train sebab kekerapan dalam 5 ke 10 minit (sangat-sangat effisyen).

Di belakang tu Amsterdam Centraal
pemandangan di luar Amsterdam
Centraal bertentangan dengan terusan.
Amsterdam Centraal ni kira macam KL Central la...besar dan banyak train menghubungkan ke negara-negara eropah yang lain. kalau tak rajin bertanya boleh sesat dek oiiii..Jalan keluar dari stesyen nak cari hotel yang dah siap sedia tempah.
minta bantuan dari polis yang mengawal di situ..bagitau hanya perlu jalan kaki sahaja untuk sampai ke hotel tak perlu naik train or teksi..that good!!! saved cost..

10 minit jalan dah sampai hotel betul-betul di tepi jalan utama dan pusat tumpuan orang ramai. Manusia bertali arus (dalam hati...apa diorang buat ni ha?) 70% daripadanya adalah pelancong macam saya..ha jawapannya melancong la...apa lagi kalau orang tempatan xde keje nak mundar mandir kan. As usual kitaorang akan check in hotel (Neutraal Hotel) Ok untuk hotel ni saya check in untuk 2 hari dengan harga RM588.00 tapi kan saya tersilap pandang masa book huhuhu nak tau kenapa??? kitaorng terpaksa share bilik air..adoiiiii nak cancel dah tak boleh sbb last minit tanya encik suami dia kata ok je then ok la nasib baik konsepnya 2bilik share 1 bilik air..so x de la havoc sgt dgn orang lain, memandangkan hotel ni dekat dengan pelbagai akses, senang la..

Apa yang menarik kat Amsterdam? banyak sebenarnya..kitaorang pilih-pilih untuk lengkapkan 2 1/2hari (off course memang tak boleh cover semua) Kat sini saya senaraikan tempat menarik supaya uolls yang ada hati nak pergi tak meraba-raba nak mencari :-

* Kalverstraat Street
* Flower market
* Damrak Square

Di sekitar Damrak ni pun tak habis jalan sebenarnya..sebab apa? kiri dan kanan adalah shopping area..wow!!!! H&M, Zara, bershka, kedai-kedai souvenier memang berlambak dan untuk pengetahuan uolls semua GANJA adalah legal di Amsterdam..oh ya!!!. tidak menjadi satu masalah pun kalau anda membeli ganja di sana.

Apa lagi tempat menarik selain tempat-tempat yang saya cite ni..ha!!! mostly berada di luar kota Amsterdam..so stay tuned membaca coz saya akan story pengalaman saya berada di tempat yang saya rasakan sangatlah mendamaikan....daaaa...

No comments:

Post a Comment